19,20,21 /4/2021 : KURSUS SOKONGAN DAN KESEJAHTERAAN MENTAL KEPADA MURID, GURU DAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19 PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI 2/2021 KEGANASAN BERASASKAN GENDER (GENDER BASED VIOLENCE – GBV)


19,20,21 /4/2021

KURSUS SOKONGAN DAN KESEJAHTERAAN MENTAL KEPADA MURID, GURU DAN IBU BAPA SEMASA PANDEMIK COVID-19 PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI 2/2021

KEGANASAN BERASASKAN GENDER (GENDER BASED VIOLENCE – GBV)

1. Mendalami Gender, Dinamik, Kuasa dan Keganasan Berasaskan Gender.

2. Undang-Undang Berkenaan Keganasan Berasaskan Gender dan Hak Perlindungan Kanak-Kanak

3. Pertolongan Cemas Psikologi Untik Mangsa Keganasan Berasaskan Gender 

Nama Ketua G 2: Musli bin Andalan

KETUA KETUA NEGERI 

Melaka:Siti Ainani bt Abd Razak

Nama Wakil Negeri Sembilan: Nur Ruqayyah bt Mohd Surin

Nama Wakil Sabah: Noorafidah binti Mohd Thaufick

Nama Wakil Sarawak: Stanley Anak Vincent

Nama Wakil WP KL: Rasean Helisma binti Hamzah

Nama Wakil WP Labuan:Ahmad Radzi bin Ab Halim

Mohon wakil ketua mengemas kini senarai kehadiran peserta kursus GBV pada 19/4/2021

1. Melaka   7 /7

2. Negeri Sembilan   6 / 6

3. WP Kuala Lumpur 10/ 10

4. Sabah 8 /8

5. Sarawak   5 /5

6. WP Labuan  4 /4

SIRI 1    :    19 APRIL 2021

















20 APRIL 2021

https://youtu.be/mSPaE2nsCzg

https://youtu.be/QA0EnSMJWFU

Video dari UNICEF Indonesia yang menjelaskan penderaan dan keganasan seksual terhadap kanak-kanak dalam bahasa ramah untuk kanak2 (bahasa Indonesia)

Kisah si Aksa (boy): https://www.youtube.com/watch?v=oqNyOoX-4e4

Kisah si Geni (girl): https://www.youtube.com/watch?v=5eM1U6PXyZk


Video-video ini dari WCC Penang tentang Proses Menghadapi Mahkamah https://youtube.com/playlist?list=PLF_xU7axxStXKjYOSUXl7y4-w8PDVdR6C.

Mungkin telah dikongsi pada sesi semalam, tetapi video ini adalah suatu petikan dari video WAO yang lagi panjang berjudul Survivors Speak Up https://www.youtube.com/watch?v=SvoK75WzHHY (jika cikgu ingin menonton video sepenuhnya)

video tentang keganasan rumah tangga - Survivor's Speak Up: https://www.youtube.com/watch?v=SvoK75WzHHY


21 APRIL 2021

Share:

LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM PPDa & JAUHI DARVIH 2021 (1 APRIL - 20 APRIL 2021)

*Hebahan Penyiaran Secara Dalam Talian Bagi Program 5 Minit Antidadah Sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Kepada Murid Di Semua Sekolah Rendah Dan Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021*

*Tarikh : 19 Februari 2021(Jumaat)*
*Masa : 9.00 pagi - 9.10 pagi*
*URL : http://gg.gg/sambutanHADK2021*
Di anngarkan semua murid lelaki 262 dan 226 perempuan seluruh sekolah menyertai program online tersebut.

Mohon semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengikuti sesi hebahan tersebut sebagai sokongan dalam meneruskan kesinambungan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada warga sekolah serta murid-murid khususnya.

*LEBIH BAIK CEGAH*

INFO / PROGRAM 5 MINIT PPDa

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

____________________________________________________________________

 Salam sejahtera kepada semua murid-murid yang dikasihi. Dibawah merupakan link Kuiz Online Bimbingan yang boleh murid sertai 16/6/2021:

1- JAUHI DADAH
https://wordwall.net/play/16680/560/746

Murid-murid boleh cuba menjawab. Terima kasih!

Kertas Kerja / Laporan PPDa










Share:

LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM SEMPENA PERAYAAN EASTER.

 

Maksud Perayaan Easter

Hari Easter atau Paskah merupakan perayaan penganut agama Kristian yang memperingati kejadian Yesus Kristus dihidupkan kembali (atau "dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Ia lazimnya disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur mengikut takwim Gregorius), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (“Holy Week”) penganut Kristian akan menyambut Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib dan pada hari Ahad seminggu sebelum Easter pula dikenali sebagai Ahad Palma (“Palm Sunday”).

Pada hari Ahad Palma itu setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah didoakan oleh para paderi sebagai tanda permulaan Minggu Suci.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani yang merayakan datangnya musim bunga.

Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur pula adalah simbolik kepada kesuburan.

Objektif

·         Murid dapat memahami konsep perayaan Easter.

·         Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan

·         Dapat memupuk tabiat menghormati adat resam sesuatu kaum 

 Sasaran

·         Semua murid dan guru SJK Chung Hua Sungai Jernang.

 Tarikh Pelaksanaan

·         5.03.2021 (Isnin) Sempena Cuti Peristiwa

 Masa

·         10.10 pagi – 12.00 tengah hari

·   Di bawah merupakan aktiviti mewarna telur untuk semua murid tahap 1 dan 2 di sekolah.












Selain melukis dan mewarna pada telur, murid-murid boleh melukis / mewarna pada kertas A4.

Secara kesimpulan, program ini  dianjurkan untuk memberi  pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang perayaan dan seiring dengan matlamat satu Malaysia. Oleh itu menjadi tanggungjawab sekolah untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian sempena sambutan Perayaan Easter dan murid dapat memahami konsep perayaan . Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan tersebut serta dapat memupuk tabiat menghormati adat resam sesuatu kaum.



Share:

Program Mewarna Sempena Chap Goh Meh 2021

Kebiasaannya, selepas masyarakat Cina meraikan Tahun Baru, ia akan disusuli satu lagi perayaan iaitu Chap Goh Mei.

Istilah Chap Goh Mei berasal daripada dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan letupan mercun dan bunga api.

Secara literalnya, “Chap Goh” memberi maksud “15” dan “Mei” pula bermakna “malam”.

Walaupun hari terakhir dalam perayaan Tahun Baru Cina, tetapi hari Chap Goh Mei tetap disambut dengan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.
Pada hari Chap Goh Mei, orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang dan juga menyediakan masakan yang sedap untuk makan besar bersama dengan keluarga. Selain itu, pesta Chap Goh Mei juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan tradisional Cina seperti perarakan tanglung, teka-teki, persembahan tarian naga dan singa, menyalakan bunga api dan opera Cina.

Di sekolah, aktiviti pertandingan mewarna telah dijalankan bagi memeriahkan suasana di sekolah. Segala aktivti seperti berhimpun adalah dilarang kerana musim pandemik Covid-19. Dibawah merupakan gambar yang diambil semasa hari kejadian.

15.3.2021


Share:

Amalan Guru Penyayang 2021 dan Pendidikan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Covid 19) serta SOP Keselamatan di Sekolah. Gambar² minggu pertama

LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM

AMALAN GURU PENYAYANG DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT (COVID 19) SERTA SOP KESELAMATAN DI SEKOLAH 2021 (MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN)

 

Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 Antara Objektif Program Guru Penyayang adalah

·                     Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru.

·                     Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah

·                     Menyedari bahawa setiap murid adalah asset kepada sekolah

·                     Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti/masyarakat kepada

sekolah.

 

Kaedah pelaksanaan Guru Penyayang adalah secara berterusan sepanjang tahun 2021 dan membudayakan warga sekolah. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti berikut;

1. Pelancaran Program Guru Penyayang

2. Mengalu-alukan kehadiran murid

3. Program Mentor Mentee

4. Penghargaan kepada murid (hari lahir/sambutan perayaan utama)

5. Penghargaan kepada murid (kehadiran penuh bulanan)






Taklimat Pencegahan Penularan Covid-19 oleh Cikgu Tan Weh Weh


Taklimat Dari Cikgu Ling San San


Taklimat Cikgu Phua


Taklimat Cikgu Tan Poh San


Taklimat Cikgu Chang Shoot Kian


Cikgu Manuel Ang menyampaikan taklimat SOP kepada murid tahun 1

Lawatan / Pemeriksaan Mengejut oleh Pihak PDRM untuk memastikan SOP dipatuhi.




Semua guru telah diberikan jadual dan mempunyai peranan atau tugas dalam program ini.



Lawatan pegawai dari PPD Samarahan Bersama Pentadbir sekolah


Sokongan para pentadbir, guru dan pengawal keselamatan dalam menjaga SOP.


SOP Norma Baharu, Wajib Periksa Suhu. Bertugas sebagai guru penyayang


SOP DI KANTIN SEKOLAH

Bertugas Pada Waktu Balik
Share:

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

PROGRAM PEMBENTUKAN KARAKTER

Slaid https://drive.google.com/file/d/1Q-eqDuhZ6FU8ggE8v_91x_MUvYn7jWZJ/view?usp=drivesdk

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages