LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM SEMPENA PERAYAAN EASTER.

 

Maksud Perayaan Easter

Hari Easter atau Paskah merupakan perayaan penganut agama Kristian yang memperingati kejadian Yesus Kristus dihidupkan kembali (atau "dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Ia lazimnya disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur mengikut takwim Gregorius), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (“Holy Week”) penganut Kristian akan menyambut Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib dan pada hari Ahad seminggu sebelum Easter pula dikenali sebagai Ahad Palma (“Palm Sunday”).

Pada hari Ahad Palma itu setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah didoakan oleh para paderi sebagai tanda permulaan Minggu Suci.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani yang merayakan datangnya musim bunga.

Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur pula adalah simbolik kepada kesuburan.

Objektif

·         Murid dapat memahami konsep perayaan Easter.

·         Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan

·         Dapat memupuk tabiat menghormati adat resam sesuatu kaum 

 Sasaran

·         Semua murid dan guru SJK Chung Hua Sungai Jernang.

 Tarikh Pelaksanaan

·         5.03.2021 (Isnin) Sempena Cuti Peristiwa

 Masa

·         10.10 pagi – 12.00 tengah hari

·   Di bawah merupakan aktiviti mewarna telur untuk semua murid tahap 1 dan 2 di sekolah.












Selain melukis dan mewarna pada telur, murid-murid boleh melukis / mewarna pada kertas A4.

Secara kesimpulan, program ini  dianjurkan untuk memberi  pengetahuan dan kesedaran kepada murid-murid tentang perayaan dan seiring dengan matlamat satu Malaysia. Oleh itu menjadi tanggungjawab sekolah untuk menjalankan aktiviti yang bersesuaian sempena sambutan Perayaan Easter dan murid dapat memahami konsep perayaan . Murid dapat melibatkan diri secara langsung dalam kemeriahan perayaan tersebut serta dapat memupuk tabiat menghormati adat resam sesuatu kaum.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages