LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM
AMALAN GURU PENYAYANG DAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN
PENYAKIT BERJANGKIT (COVID 19) SERTA SOP KESELAMATAN DI SEKOLAH 2021 (MINGGU
PERTAMA PERSEKOLAHAN)
Pelaksanaan amalan
Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di
sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi,
mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna
Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern)
terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap
mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria,
prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset
yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan
disayangi setiap masa.
Penyayang membawa
maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas
kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah
seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang
berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai
kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling
menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa
murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga,
dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan
penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid,
ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Antara Objektif Program Guru Penyayang
adalah
·
Menjiwai amalan penyayang sebagai
budaya guru.
·
Menginsafi bahawa kehadiran murid
merupakan rahmat kepada sekolah
·
Menyedari bahawa setiap murid adalah
asset kepada sekolah
·
Menghargai sumbangan murid, ibu bapa,
komuniti/masyarakat kepada
sekolah.
Kaedah pelaksanaan Guru Penyayang adalah secara
berterusan sepanjang tahun 2021 dan membudayakan warga sekolah. Ia akan
dilaksanakan berdasarkan pelbagai aktiviti yang dirancang seperti berikut;
1. Pelancaran Program Guru Penyayang
2. Mengalu-alukan kehadiran murid
3. Program Mentor Mentee
4. Penghargaan kepada murid (hari lahir/sambutan
perayaan utama)
5. Penghargaan kepada murid (kehadiran penuh
bulanan)
Lawatan / Pemeriksaan Mengejut oleh Pihak PDRM
untuk memastikan SOP dipatuhi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan