PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)
BULAN |
AKTIVITI |
1. |
Pelantikan Ahli & AJK |
2. |
Pembahagian Tugas dan Promosi PRS |
3. |
Latihan 1 : Pengenalan PRS |
4 |
Latihan 2 : Kesedaran Kendiri |
5 |
Latihan 3 : Asas Komuniakasi |
6 |
Latihan 4 : Awal Remaja |
7 |
Penilaian |
8 |
Skema Permarkahan |
9 |
Anugerah |
BAHAGIAN
1: PENGENALAN
1.0.
PENGENALAN
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah
menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan
kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingg tahun 1992, tiga kumpulan
jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.
2.0.
SEJARAH PERKEMBANGAN
2.1.
Projek perintis di empat buah
sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur,
SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya.
Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan februari
1986 hingga bulan November 1986.
2.2.
Laporan perkembangan latihan
tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan
Negara (IPPN-IAB sekarang). Dr. Yaacob
bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin
Dato’ Haji Mohd Nor yang telah menyokong dan meminta supaya program ini
diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.
2.3.
Rentetan laporan tersebut satu
Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh
Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling
Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah
dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari
seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep,
falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah
dikeluarkan untuk dicuba diperingkat sekolah.
2.4.
IPPN
(IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan
kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu
daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk
program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi
jurulatih peringkat negeri.
2.5.
Pada
9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di
IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM,
Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia
Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian
Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.
2.6.
Pada
7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada
Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4
orang ) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan
sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan
Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis Pembukaan Rasmi
sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20
Oktober 1988.
2.7.
Jabatan
Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini dengan menggunakan
tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus Teragih diperingkat negeri
masing-masing.
2.7.1
Pada
21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya
modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk
dijadikan panduan.
2.7.2
Pada
13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan
PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih)
di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu
·
Pengenalan Konsep, Falsafah dan
Matlamat Program PRS
·
Teknik tafsiran keperluan
·
Teknik-teknik latihan.
·
Teknik penilaian program
·
Kemahiran
yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling
dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
·
PRS
dari perspektif Islam
2.7.3
Pada
21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul
3.0.
PRINSIP
PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
3.1.
Bersedia
dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa
mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.
3.2.
Perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
4.0. DEFINISI
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih
dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai
seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang
memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan
menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka
kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela
memberi khidmat dalam sistem sekolah.
5.0. RASIONAL
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam
system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang
luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu
khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut. Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui
dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah
dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat
penting untuk meningkatkan perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
5.1.
Guru bimbingan dan kaunseling
belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.
5.2.
Bertambah
masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar
memerlukan bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.
5.3.
Belum lagi menjelajah dan
menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing
rakan-rakan kearah perlakuan positif.
5.4.
Membantu khidmat bimbingan dan
kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara
lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.
6.0. FALSAFAH
“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan,
perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.
7.0. VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang
cemerlang dan berkualiti.
8.0. MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari
aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan
etika Pembimbing Rakan Sebaya.
9.0. MATLAMAT
9.1. Membina
budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.
9.2. Membina
pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada
kepercayaan kepada Tuhan.
9.3. Memupuk
potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa,
rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
9.4. Melalui
pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan
membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.
10.0. OBJEKTIF
10.1. Membina
pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan,
emosi dan peribadi.
10.2. Membina
khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi
pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.
10.3. Melatih
pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara
berkesan dengan rakan dan individu lain.
10.4. Menubuhkan
kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
11.0. ETIKA PRS
PRS perlu patuh kepada etika berikut:
11.1.
Amanah
dan menyimpan rahsia.
11.2.
Menerima
dan menghormati rakan dan orang lain.
11.3.
Tahu
batasan dan keupayaan diri.
11.4.
Sentiasa
berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.
11.5. Melapor
kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh
merosakkan diri atau orang lain.
11.6.
Merujuk
kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.
11.7.
Mematuhi
peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.
12.0 IKRAR PRS
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan
teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS
) sesi _____.
12.1. Menerima jawatan ini dan sanggup memikul
tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan
12.2. Berpegang teguh kepada etika Pembimbing
Rakan Sebaya.
12.3. Berusaha menjadi pelajar contoh.
12.4. Berazam meningkatkan mutu akademik dan
disiplin diri.
12.5. Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih
sayang.
12.6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti
perkhidmatan PRS
13.0 SENARAI TUGAS PRS
13.1.
Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan
sekeliling.
13.2.
Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sekolah.
13.3.
Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.
13.4.
Sebagai
penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling
seperti membuat rujukkan jika perlu.
13.5.
Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan
dan Kaunseling
menjalankan strategi intervensi jika perlu.
13.6.
Sebagai Role Model kepada pelajar
lain.
13.7.
Menjadi
fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,
Berasa selesa dan berimpati.
13.8.
Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
13.9.
Mendengar,
menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif
sebelum membuat keputusan.
13.10. Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan
mengambil langkah
positif.
13.11. Mematuhi etika kerahsiaan.
13.12. Menyedari bahawa buka semua
masalah boleh diatasi.
13.13. Berbincang dan membantu rakan
yang menghadapi masalah
biasa/normal.
13.14. Memimpin rakan melihat masalah
dengan objektif dan
Mengalakkannya mencari penyelesaian
sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
13.15. Menjalankan program membantu
sambil mempengaruhi rakan lain
supaya melibatkan diri.
13.16. Mengutamakan kesejahteraan
diri dan memahami batasan diri untuk
Membantu.
Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?
Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain,
terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah.
Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya
ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan,
kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan
dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan
yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham.
Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam
masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa
mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya
sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil
kesedaran-kendiri (self-awareness).
Adakah anda masih berminat
mengikuti latihan ini?
Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya (
PRS ) ialah:
Ø seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang
lain.
Ø mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil
berat, berminat, dan boleh dipercayai.
Ø mempunyai sikap yang positif terhadap
kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa.
Apa tanggungjawab
Pembimbing Rakan Sebaya?
Ä
Menjadi pendengar yang faham
kepada masalah kawan.
Ä
Membantu Guru Kaunseling di
dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.
Ä Membantu pelajar baru dalam masa
orientasi.
Ä
Memimpin kumpulan perbincangan.
Ä
Membantu Guru Kaunseling di
dalam kaunseling kelompok.
Ä
Menjadi tenaga pengajar kepada
pelajar yang lemah di dalam satu-satu mata pelajaran.
Ä
Menjadi sebagai contoh / model.
Ä Merancang projek membantu pelajar-pelajar
yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material.
Ä Menolong menjayakan kempen-kempen untuk
faedah pelajar umumnya.
Masihkah anda berminat?
Jika masih berminat, isikan
borang permohonan yang boleh didapati daripada Guru Kaunseling di Bilik
Kaunseling sama ada:
Ä
Anda sendiri berminat
untuk memohon menjadi ahli PRS ; atau
Ä
Anda ingin mencadangkan nama
rakan anda yang anda tahu dia berminat dan berpotensi untuk menjadi ahli PRS.
Contoh-contoh soalan Ujian Lisan dan Bertulis
UJIAN
LISAN
01.
Nama, Tempat tinggal, kampung,
Anak yang ke berapa, Ibu bapa/penjaga, cita-cita, hobi, isu-isu semasa dan
lain-lain.
02.
Bagaimana anda boleh menjadikan
unit bimbingan dan kaunseling lebih diminati di kalangan pelajar ?
03.
Dari mana anda mendapatkan
maklumat tentang PRS.
04.
Kenapa anda berminat untuk
menjadi PRS?
05.
Apakah maksud PRS?
06.
Bagaimana
anda menghabiskan masa lapang anda?
07.
Apakah peranan anda yang boleh
anda mainkan sebagai PRS yang berjaya?
08.
Apakah kekuatan/ kelemahan yang
ada pada diri anda untuk menjadi seorang PRS?
09.
Pada pendapat anda, apakah
masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar di sekolah ini?
10.
Bagaimana cara yang boleh
menjadikan seseorang pelajar itu sebagai PRS yang berkesan?
11.
Adakah
pernah anda menolong rakan anda dalam menyelesaikan masalah?
12.
Apakah program / aktiviti unit
bimbingan dan kaunseling yang telah anda ikuti di sekolah ini?
13.
Apakah pandangan anda mengenai
unit bimbingan dan kaunseling?
14.
Pada pandangan anda, apakah
personality , kebolehan, kemahiran yang mesti ada pada PRS?
15.
Jika anda ada masalah, mahukah
anda berbincang dengan seseorang mengenai masalah tersebut. Mengapa?
16.
Apakah harapan anda/ cadangan
anda untuk meningkatkan keberkesanan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah?
17.
Berapakah jumlah guru Unit
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini?
18.
Apakah yang anda tahu tentang
kaunseling/ komunikasi?
19.
Bagaimanakah
cara anda mengendalikan sesebuah kes rakan anda yang kronik?
20.
Bagaimanakah cara anda memberi
respon / tindakbalas terhadap cerita rakan anda?
21.
Apakah perasaan anda jika anda
tidak terpilih sebagai PRS pada tahun ini?
UJIAN
BERTULIS
Nama :
………………………
Tingkatan :
………………………
Tarikh :……………………….
ARAHAN :
Sila beri respon kepada satu jawapan sahaja, dengan membulatkan jawapan yang
anda pilih.
1. Komunikasi di antara manusia ialah
A.
Cara kita berhubung dengan orang lain
B.
Cara kita menggunakan alat-alat pancaindera
C. Cara kita menggunakan khidmat orang
lain
D. Cara kita berusaha mencari bantuan orang lain
2. Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia, melainkan:
A.
Tidak faham bahasa
B.
Sudah ada syak-prasangka
C.
Maksud yang dihantar tidak
jelas
D.
Persefahaman di antara satu
dengan lain
3. Kaunseling bermaksud
A.
Pertemuan bersemuka di antara
Kaunselor dengan Klien
B.
Kaunselor beri nasihat
C.
Klien diberi pertolongan
material
D.
Menyelesaikan semua masalah
4. Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah
A.
Pendedahan diri yang tinggi
B.
Beri pinjam duit
C.
Perhubungan yang berkesan
D.
Selalu berjumpa
5. Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko:
A.
Sama ada hubungan menjadi lebih
baik atau buruk terpulang kepada kelakuan seseorang itu pada masa hadapan
B.
Hubungan dengan seseorang akan
bertambah erat
C.
Kepercayaan yang diberi akan
menambahkan beban seseorang
D.
Hubungan
dengan seseorang tidak akan berlanjutan.
6. Etika Kaunselor ialah seperti di bawah MELAINKAN:
A.
Menyimpan rahsia
B.
Memberi rujukan khidmat lain
jika Kaunselor tidak upaya menolong
C.
Menerangkan
dengan jelas syarat-syarat menerima pertolongan
D.
Menganggap
Klien bukan unik, mereka serupa sahaja
7. Di dalam perhubungan kaunseling, pekara yang pertama yang harus diusahakan oleh Kaunselor ialah:
A.
Memberi pertolongan secepat
mungkin
B.
Membina
hubungan Kaunselor-Klien yang kukuh
C.
Mendapat beberapa banyak
maklumat mengenai Klien
D.
Memberi nasihat yang berguna
8. Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh Kaunselor ialah:
A.
Memberi nasihat
B.
Memberi maklumat
C.
Memberi perhatian
D.
Memberi panduan
9. Empati bererti:
A.
Faham tentang perasaan dan
emosi seseorang seolah-olah diri sendiri
mengalaminya.
B.
Berasa kasihan terhadap
penderitaan seseorang
C.
Menghormati
perasaan seseorang dengan tidak mencungkil
D.
Memberi pertolongan supaya
seseorang itu tidak menderita lagi
10. Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini: “Saya tidak tahu apa yang mesti saya buat. Setiap kali saya bericadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini lebih baik saya berdiam diri”
A.
Kalau macam itu, memang baik
awak berdiam diri.
B.
Mungkin awak cakap kasar dengan
dia
C.
Awak
rasa bosan dengan sikap dia
D.
Usaha
awak untuk mengambil bahagian tidak dihargai, ini membuat awak marah dan kecil
hati.
11. ‘Pendedahan Diri’ di dalam konteks kaunseling bererti:
A.
Membuka minda
B.
Mendedahkan rahsia orang
C.
Menceritakan
hal peribadi yang sulit kerana percaya.
D.
Berkongsi perasaan
12. Di dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah:
A.
Kisah yang diceritakan oleh seseorang
B.
Perasaan seseorang apabila
berlaku satu peristiwa
C.
Keinginan seseorang untuk
bercerita
D.
Perkara-perkara
yang ditinggalkan semasa bercerita
13. Memberi respon (maklumbalas) yang minimum adalah seperti di bawah:
A.
“Hmm…m…m
B.
“Ceritakanlah lagi, apa berlaku”
C.
“Tentu
awak rasa marah pada saya”
D.
“Oh, begitu rupanya”
14. Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang, MELAINKAN:
A.
Benci, marah, gundah
B.
Terlupa, terkenang, bersepah
C.
Gembira, senang, tenang
D.
Kecewa, hampa, bangga
15. Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui, MELAINKAN
A.
Gerak Badan
B.
Air Muka
C.
Pandangan Mata
D.
Tanpa pertemuan
16. Satu daripada kenyataan di bawah menunjukkan soalan jenis terbuka:
A.
Ini awak punya?
B.
Bagaimana perasaan awak
sekarang?
C.
Awakkah yang buat?
D.
Tahukah awak siapa yang
melakukannya?
17. Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah:
A.
Menukar
perlakuan kepada yang lebih diterima
B.
Menerima masalahnya
C.
Memberi pertolongan seberapa
yang boleh
D.
Menggalakkan perlakuan yang
sedia ada
18. Kaunseling individu ialah untuk:
A.
Orang sakit jiwa
B.
Orang yang ada masalah biasa
C.
Orang gila
D.
Orang yang dirasuk fikiran yang
karut
19. Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang dicadangkan oleh klien ialah
A.
Mengesahkan (Checking)
B.
Cungkil
C.
Berdiam diri
D.
Menerima
20. Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah:
A.
Beri maklumbalas yang jujur
B.
Jangan ditegur
C.
Perhatikan sahaja
D.
Beritahu orang lain
UJIAN EMPATI
(RESPON BERKESAN)
Nama : ………………………
Tingkatan : ………………………
Tarikh :……………………….
ARAHAN: Baca
kenyataan di bawah. Cuba anda pilih satu jawapan sahaja dengan menandakan
kepada respon yang anda fakir PALING sesuai untuk kenyataan-kenyataan berikut.
1. “Kedua
ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan
saya dengan kakak saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak
dapat menandingi kakak saya?
A.
Mungkin ayah anda berpendapat
bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda.
B.
Telah menjadi kebiasaan bagi
ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu
sensitive.
C.
Anda merasa marah dan kecil
hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda?
D.
Apakah sebab-sebab kenapa ibu
bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?
2. “ Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak mahu lagi berkawan dengan budak-budak jahat itu, tetapi mereka sentiasa mengganggu saya. Apa patut saya buat?”
A.
Jangan
pedulikan mereka, buat tak tahu saja.
B.
Kenapa
awak berkenalan dengan dia dulu
C.
Awak
rasa menyesal sekarang berkawan dengan dia dulu.
D.
Awak
rasa bimbang dan takut setiap kali mereka menganggu awak. Awak rasa diri awak
terancam dan sekarang awak serba salah.
3. “Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali saya mula belajar, saya apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus saya lakukan? Saya tak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa menaruh penuh harapan kepada saya.”
A. Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang
itu gagal. Saya pasti ibu bapa anda akan faham.
B. Saya rasa awak ini terlalu memberatkan
harapan keluarga anda
C. Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan
masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara menganggu fikirkan anda sehingga menghalang kerja-kerja anda?
D. Rasa takut gagal buat pertama kalinya di
dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan anda.
4. “Adik saya mahu mengaku saya ini kakak dia. Tiap-tiap kali dia cakap dengan kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia benci saya”
A.
Awak rasa kecil hati adik awak
menolak awak sebagai kakaknya. Dia buat awak rasa kekurangan pada diri awak.
B.
Mengapa
dia tidak mahu mengaku, kan ke awak kakak dia? Semua
orang tahu.
C.
Agaknya dia iri hati dengan
awak sebab awak cantik?
D.
Awak cakaplah dengan dia yang
awak rasa kecil hati, bila dia kata begitu.
5. “ Kadang-kadang saya mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.”
A.
Jangan lakukan sesuatu yang
akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran
sehingga anda mengharungi alam pekerjaan
B.
Kenapa anda mengatakan yang
pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda pada masa depan?
C.
Mempelajari sesuatu yang kurang
berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat
anda ingin behenti sekolah
D.
Saya faham sekolah menjemukan
kerana saya pernah merasa begitu
6. “ Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak suka saya.”
A.
Lebih baik awak diet
B. Biasanya orang gemuk memang orang tak suka
C. Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemuk
D. Awak rasa sedih bila orang tak pedulikan
awak. Awak rasa diketepikan kerana awak gemuk.
7. “Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarikdiri daripada pencalonan sebagai ketua murid. Saya rasa ada pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas itu”
A.
Anda
tidak sepatutnya mengundur diri disaat akhir. Apa anggapan kawan-kawan dan
guru-guru anda nanti.
B.
Bagi
saya anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi pada
tahun lalu anda adalah nai ketua murid.
C.
Adakah
sesuatu kurang pada diri anda yang membuatkan anda merasa tidak dapat
menjalankan tugas itu sebaik orang lain?
D.
Anda
ragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai ketua murid.
8. “ Macam mana nak belajar? Mak bapa saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak tumpukan fikiran pada pelajaran?”
A.
Mengapa mak bapa awak selalu
berkelahi?
B.
Awak pergilah belajar di
perpustakaan
C. Awak rasa curiga dan takut setiap kali mak bapa awak berkelahi. Ini membuatkan awak runsing dan tak tenteram
D. Awak tak boleh tumpukan fikiran pada
pelajaran sebab emak bapa awak selalu berkelahi.
9. “Saya tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya saja. Kenapa tak boleh biarkan sahaja saya sendirian?. Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka mati.”
A.
Anda tidak harus mengeluarkan
kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda. Saya pasti mereka kasihkan anda.
B.
Anda rasa ibu bapa anda
mengongkong hidup anda dan ini benar-benar membosankan anda.
C.
Kemungkinan ibu bapa anda
merasa anda masih memerlukan perhatian dan perlindungan.
D.
Bersabarlah. Saya faham
perasaan anda. Saya pasti ibu bapa anda akan memberi anda kebebasan yang lebih
setelah anda dewasa.
10. “Saya tak ada masa untuk belajar. Saya orang miskin dan terpaksa membantu emak saya menjual kuih.
A.
Awak rasa bertanggungjawab
terhadap adik beradik awak.
B.
Tanggungjawab yang awak pikul
sangat berat & awak tak berani melepaskannya kerana takut bersalah.
C.
Saya kasihan melihat penderitaan
awak. Boleh saya beri RM50 untuk menolong awak.
D.
Adik-beradik awak yang lain tak
boleh menolong awak?
LATIHAN
KOMUNIKASI
ARAHAN: Tandakan
satu respon yang anda fikirkan boleh menunjukkan anda mendengar dengan empati
dan boleh menggalakkan rakan anda berkongsi maklumat tambahan selanjutnya.
1. “Ali beritahu saya, Cikgu hendak jumpa
saya.”
A.
Ya, saya dengar awak tak boleh
bergaul dengan orang lain di dalam kelas
B.
Oh ya, memang betul. Cakaplah
apa yang telah berlaku antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas
C.
Memang sudah lama saya hendak
bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam
kelas selama ini?
D.
Ya, saya cuma ingin menolong
anda supaya berasa senang di dalam kelas.
Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini.
E.
Saya hendak dengar cerita awak
tentang apa yang berlaku di dalam kelas.
2. “Memang
saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dulu juga.”
A. Tidak, Awak takkan gagal. Katakan pada
diri awak, awak takkan gagal
B.
Hai, awak harus yakin pada diri
sendiri, saya pasti awak berjaya
C.
Awak bertanyalah orang yang
pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan.
D.
Awak bertanyalah orang yang
pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan.
E.
Awak rasa, sebab awak pernah
gagal masa lepas di dalam temuduga, kali ini pun akan gagal juga.
3. “
Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya
buat?
A.
Nampaknya awak mahu saya
beritahu awak apa yang harus awak lakukan.
B.
Perkara pertama pertama yang
patut awak buat ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat. Sudah awak Tanya
tentang biasiswa?
C. Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak
D. Apa yang awak hendak buat?
E. Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi
tentang perkara itu?
4. “Kalaulah saya dengar cakap
bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku”
A. Kita hidup dan kita belajar. Bukan buruk
sangat membuat kesilapan.
B. Menyesali perkara yang telah berlaku tiada
guna
C. Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang
telah berlaku.
D. Awak rasa takut sebab bapa awak selalu
betul di dalam beberapa perkara.Mungkin ada perkara lain yag dia betul.
E. Saya tertanya-tanya apa yang awak telah
usahakan untuk menolong diri awak sendiri.
Ingat! bila anda memberi respon, anda tidak mahu
menjadi seperti hakim, penyiasat @ seolah-olah tidak berminat. Memang sukar
untuk kita menyampaikan rasa mesra dan penerimaan melalui kata-kata. Pendedahan
diri yang sangat awal, tidak akan menolong kerana perhatian ditumpukan pada
diri sendiri. Cubalah sampaikan perasaan yang sedang
dialami oleh Klien anda.
SELAMAT MENCUBA
RUJUKAN :
https://drive.google.com/file/d/1Er9ZMC-Rf6VJRn4-mRUKZ7Q3CaEwoD1A/view?usp=sharing
Tiada ulasan:
Catat Ulasan