Selamat Datang Tahun 1 2021





Salam sejahtera kepada semua pelajar yang dikasihi dan selamat datang ke SJK Chung Hua Sungai Jernang 2021. Diharapkan anak-anak pelajar yang belajar sini akan menjadi pelajar yang baik dan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".

Tidak lama lagi, anak-anak kita dapat duduk di dalam kelas mereka buat pertama kalinya, sebuah pengalaman yang tentunya berbeza dari kelas-kelas di tadika.
Para ibu bapa usah risau, memahami kedudukan anak-anak kita di Tahun Satu ini, para guru dan pelajar di kelas yang lebih tinggi akan membantu anak-anak kita supaya dapat membiasakan diri dengan perjalanan sekolah. Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk cemerlang, kita tidak boleh hanya bercakap dan bermimpi. Memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab tersebut bukan semata di atas bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita. Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa, perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB (kumpulan sokongan ibu bapa). Sekolah mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti amat lah dihargai. ___________________________________________________________________________________________ Norma baharu atau kelaziman baru menjadi frasa yang sering disebut belakangan ini. Amalan norma baharu seperti kerap membasuh tangan, penjarakan sosial dan memakai topeng pelitup sangat penting sebagai bingkai pencegahan penyebaran Covid-19. Berikut disertakan link video SOP untuk murid tahun 1 yang berkaitan tentang SOP di sekolah :
https://youtu.be/E5_dVuWzApo Atas kesungguhan, komitmen, kesabaran, ketabahan dan keredaan, mudah-mudahan kita akan bersama-sama menjayakan usaha kita dalam membendung penularan Covid-19 selama ini. Cikgu Stanley Anak Vincent Guru Bimbingan dan Kaunseling
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages