Kebiasaannya, selepas masyarakat Cina meraikan Tahun Baru, ia akan disusuli satu lagi perayaan iaitu Chap Goh Mei.
Istilah Chap Goh Mei berasal daripada dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina.
Sambutan ini turut dimeriahkan dengan letupan mercun dan bunga api.
Secara literalnya, “Chap Goh” memberi maksud “15” dan “Mei” pula bermakna “malam”.
Walaupun hari terakhir dalam perayaan Tahun Baru Cina, tetapi hari Chap Goh Mei tetap disambut dengan meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.
Pada hari Chap Goh Mei, orang Cina akan mengadakan upacara sembahyang dan juga menyediakan masakan yang sedap untuk makan besar bersama dengan keluarga. Selain itu, pesta Chap Goh Mei juga dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan persembahan tradisional Cina seperti perarakan tanglung, teka-teki, persembahan tarian naga dan singa, menyalakan bunga api dan opera Cina.
Di sekolah, aktiviti pertandingan mewarna telah dijalankan bagi memeriahkan suasana di sekolah. Segala aktivti seperti berhimpun adalah dilarang kerana musim pandemik Covid-19. Dibawah merupakan gambar yang diambil semasa hari kejadian.
15.3.2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan