LAPORAN BERGAMBAR PROGRAM PPDa & JAUHI DARVIH 2021 (1 APRIL - 20 APRIL 2021)

*Hebahan Penyiaran Secara Dalam Talian Bagi Program 5 Minit Antidadah Sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan Kepada Murid Di Semua Sekolah Rendah Dan Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2021*

*Tarikh : 19 Februari 2021(Jumaat)*
*Masa : 9.00 pagi - 9.10 pagi*
*URL : http://gg.gg/sambutanHADK2021*
Di anngarkan semua murid lelaki 262 dan 226 perempuan seluruh sekolah menyertai program online tersebut.

Mohon semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mengikuti sesi hebahan tersebut sebagai sokongan dalam meneruskan kesinambungan Pendidikan Pencegahan Dadah kepada warga sekolah serta murid-murid khususnya.

*LEBIH BAIK CEGAH*

INFO / PROGRAM 5 MINIT PPDa

Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.

Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.

Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat. Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.

Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.

Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai “dadah yang disalahguna”.

____________________________________________________________________

 Salam sejahtera kepada semua murid-murid yang dikasihi. Dibawah merupakan link Kuiz Online Bimbingan yang boleh murid sertai 16/6/2021:

1- JAUHI DADAH
https://wordwall.net/play/16680/560/746

Murid-murid boleh cuba menjawab. Terima kasih!

Kertas Kerja / Laporan PPDa










Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MSSS Bola Keranjang di Sibu

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages