Selamat Datang Tahun 1 2021





Salam sejahtera kepada semua pelajar yang dikasihi dan selamat datang ke SJK Chung Hua Sungai Jernang 2021. Diharapkan anak-anak pelajar yang belajar sini akan menjadi pelajar yang baik dan mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara".

Tidak lama lagi, anak-anak kita dapat duduk di dalam kelas mereka buat pertama kalinya, sebuah pengalaman yang tentunya berbeza dari kelas-kelas di tadika.
Para ibu bapa usah risau, memahami kedudukan anak-anak kita di Tahun Satu ini, para guru dan pelajar di kelas yang lebih tinggi akan membantu anak-anak kita supaya dapat membiasakan diri dengan perjalanan sekolah. Tuan Puan ibu bapa yang dihormati, untuk berjaya dan untuk cemerlang, kita tidak boleh hanya bercakap dan bermimpi. Memastikan anak-anak kita berjaya, tanggungjawab tersebut bukan semata di atas bahu anak-anak kita dan guru sahaja, kita sebagai ibu bapa juga perlu sentiasa melibatkan diri dan memantau pelajaran anak-anak kita. Anak-anak perlu menyiapkan diri untuk belajar, guru sentiasa bersedia memberikan pendidikan yang terbaik dan kita, ibu bapa, perlu sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anak-anak kita. Kita juga sebolehnya perlu melibatkan diri dalam aktiviti sekolah sama ada melalui penyertaan PIBG atau KSIB (kumpulan sokongan ibu bapa). Sekolah mengalu-alukan komitmen ibu bapa untuk bersama membantu sekolah demi mencapai tahap optimum melalui peranan yang kita boleh mainkan. Sebarang sumbangan sama ada melalui buah fikiran, material juga penyertaan dalam aktiviti amat lah dihargai. ___________________________________________________________________________________________ Norma baharu atau kelaziman baru menjadi frasa yang sering disebut belakangan ini. Amalan norma baharu seperti kerap membasuh tangan, penjarakan sosial dan memakai topeng pelitup sangat penting sebagai bingkai pencegahan penyebaran Covid-19. Berikut disertakan link video SOP untuk murid tahun 1 yang berkaitan tentang SOP di sekolah :
https://youtu.be/E5_dVuWzApo Atas kesungguhan, komitmen, kesabaran, ketabahan dan keredaan, mudah-mudahan kita akan bersama-sama menjayakan usaha kita dalam membendung penularan Covid-19 selama ini. Cikgu Stanley Anak Vincent Guru Bimbingan dan Kaunseling
Share:

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2021

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)


MINIT MESYUARAT AGUNG
PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2021
NAMA UNIT: PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
GURU PENASIHAT :   STANLEY ANAK VINCENT                                   
1.0    UCAPAN ALU-ALUAN
 MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN AHLI BAHARU KE UNIT PEMBIMBING RAKAN SEBAYA DAN MEMULAKAN MESYUARAT DENGAN UNDIAN PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA YANG BAHARU

2.0     PERKARA–PERKARA YANG DIBINCANGKAN
2.1  PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA. MESYUARAT TELAH BERSETUJU MELANTIK  AHLI JAWATANKUASA YANG BAHARU.


CARTA ORGANISASI PRS

2.1.1  Harapan kepada semua jawatankuasa yang dilantik dapat menjalankan tugas    dengan amanah dan penuh bertanggungjawab. Selain menjadi ‘role model’ atau pelajar contoh kepada ahli yang lain.
2.1.2  Ahli jawatankuasa boleh dilucutkan jawatan sekiranya tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
2.1.3  Semua ahli perlu memberikan kerjasama dan sokongan kepada semua ahli jawatankuasa.

2.2  CADANGAN AKTIVITI DAN PERANCANGANTAHUNAN

BULAN

AKTIVITI

1.

Pelantikan Ahli & AJK

2.

Pembahagian Tugas dan Promosi PRS

3.

Latihan 1 : Pengenalan PRS 

4

Latihan 2 : Kesedaran Kendiri

5

Latihan 3 : Asas Komuniakasi

6

Latihan 4 : Awal Remaja

7

Penilaian

8

Skema Permarkahan

9

Anugerah


2.3  PERINGATAN TENTANG
2.3.1        KEHADIRAN
Kehadiran adalah wajib untuk setiap kali perjumpaan. Murid yang tidak hadir 3 kali akan diberi surat amaran. Kehadiran untuk setiap program perlu direkodkan.

2.3.2        PENYERTAAN / PENGLIBATAN
Semua ahli wajib menyertai aktiviti sekurang-kurangnya peringkat sekolah. Peringkat penglibatan tertinggi adalah sehingga peringkat kebangsaan.

2.3.3        PENCAPAIAN
Markah pencapaian akan diambil kira dan dikey in dalam sistem sahsiah diri murid (SSDM) iaitu menyertai aktivit di bawah unit bimbingan dan kaunseling. Selain itu, markah turut menyumbang kepada (PAJSK) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum.

2.3.4        Murid-murid perlu melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti supaya mendapat markah yang cemerlang.
2.4  PERATURAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI
              Disiplin: Sentiasa berpakaian kemas dan hadir di setiap perjumpaan 
3.0  HAL-HAL LAIN
        Tiada

4.0  PENUTUP
Cikgu Stanley Anak Vincent mengucapkan terima kasih kerana telah memilih untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah. Ahli diingatkan untuk sentiasa hadir pada setiap perjumpaan dan diharap semua ahli jawatankuasa dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.


     Saya yang menjalankan tugas,

   
     (Claire Annlyn Anak Alfanso)
     SETIAUSAHA

    

     Disahkan oleh,


     (EN Stanley Anak Vincent)
     GURU PENASIHAT

BAHAGIAN 1: PENGENALAN

 

1.0.            PENGENALAN

 

Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah diperkenalkan di sekolah menengah Malaysia pada tahun 1988 setelah Institut Aminuddin Baki menjalankan kursus kejurulatihan bagi kumpulan pertama. Sehingg tahun 1992, tiga kumpulan jurulatih telah menghadiri kursus ini di Institut Aminuddin Baki.

 

2.0.            SEJARAH PERKEMBANGAN

 

2.1.            Projek perintis di empat buah sekolah iaitu SMK(P) Sri Aman Petalang Jaya, SMK Aminuddinbaki ,Kuala Lumpur, SM Sains Selangor, Cheras Kuala Lumpur dan SMK (L) Bukit Bintang Petaling Jaya. Projek ini telah dijalankan berperingkat-peringkat, dari hujung bulan februari 1986 hingga bulan November 1986.

2.2.            Laporan perkembangan latihan tersebut telah disampaikan kepada Pengarah Institut Pengurusan Pendidikan Negara (IPPN-IAB  sekarang). Dr. Yaacob bin Haji Mat Nong, dan Pengarah Bahagian Sekolah-Sekolah, Dato’ Haji Jumaat bin Dato’ Haji Mohd Nor yang telah menyokong dan meminta supaya program ini diteruskan di beberapa buah sekolah lagi.

2.3.            Rentetan laporan tersebut satu Seminar/Bengkel PRS diadakan pada 19 hingga 23 Januari 1987 yang dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian serta Pensyarah Maktab Perguruan. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba diperingkat sekolah.

2.4.            IPPN (IAB) telah menerima peruntukan dari pinjaman Bank Dunia ke 8 untuk menjalankan kursus pendek tiga bulan yang releven untuk Kementerian Pelajaran. Salah satu daripada kursus yang dicadangkan ialah Kursus Pengurusan dan Latihan untuk program PRS bagi menyedia dan melatih guru bimbingan dan kaunseling menjadi jurulatih peringkat negeri.

2.5.            Pada 9 hingga 10 November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum kursus diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

2.6.            Pada 7 Disember 1987 hingga 31 Mac 1988, seramai 34 orang peserta terdiri daripada Guru Bimbingan dan Kaunseling (30 orang ), dan Pensyarah Maktab Perguruan (4 orang ) telah mengikuti kursus tersebut. 33 orang peserta telah dianugerahkan sijil lulus dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah ibni Al-Marhum Sultan Abubakar dalam majlis Pembukaan Rasmi sempena pertukaran nama IPPN kepada Institut Aminuddin Baki (IAB) pada 20 Oktober 1988.

2.7.            Jabatan Pelajaran Negeri telah giat meperkembangkan konsep ini dengan menggunakan tenaga jurulatih untuk menjalankan Kursus Teragih diperingkat negeri masing-masing.

 

2.7.1        Pada 21 hingga 24 Ogos 1988 bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.

2.7.2        Pada 13 hingga 14 September 1988 mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu

·         Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS

·         Teknik tafsiran keperluan

·         Teknik-teknik latihan.

·         Teknik penilaian program

·         Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.

·         PRS dari perspektif Islam

 

2.7.3        Pada 21 hingga 22 Disember 1989 satu bengkel meneliti modul

 

 

3.0.            PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

3.1.            Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan perlakuan dan fizikal.

3.2.            Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.

 

4.0.            DEFINISI

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak bertugas untuk memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi ia menjadi seorang pendengar yang peka kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela serta rela memberi khidmat dalam sistem sekolah.

 

 

5.0.            RASIONAL

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah lama bertapak dalam system pelajaran kita. Walaupun perkhidmatan ini masih mempunyai ruanag yang luas untuk diperbaiki, khidmat “pelajar membantu pelajar” merupakan satu khidmat sokongan yang penting untuk mengisi ruang tersebut.  Oleh sebab pelajar adalah lebih mudah ditemui dan dijangka lebih memahami curahan perasaan rakan, maka mereka lebih mudah dirapati. Golongan pelajar yang terlatih dalam kemahiran asas menolong sangat penting  untuk meningkatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

 

5.1.            Guru bimbingan dan kaunseling belum mencukupi untuk menampung keperluan khidmat yang makin bertambah.

5.2.            Bertambah masalah salahlaku dikalangan pelajar. Pelajar memerlukan bimbingan dan perhatian. PRS sebagai khidmat sokongan.

5.3.            Belum lagi menjelajah dan menggunakan pengaruh rakan sebaya secara sistematik untuk membimbing rakan-rakan kearah perlakuan positif.

5.4.            Membantu khidmat bimbingan dan kaunseling dalam menyediakan saluran untuk mencurahkan perasaan, dan perkara lain yang tidak dinyatakan kepada orang dewasa.

 

6.0.            FALSAFAH

“BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN”

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

 

7.0.            VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

 

8.0.            MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

 

9.0.            MATLAMAT

9.1.          Membina budaya kasih mesra dan saling membantu dikalangan pelajar.

9.2.    Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.

9.3.         Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

9.4.    Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku dikalangan pelajar.

 

10.0.        OBJEKTIF

10.1.   Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik,     perlakuan, emosi dan peribadi.

10.2.    Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk     mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

10.3.      Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara     berkesan dengan rakan dan individu lain.

10.4.    Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan     aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

 

11.0.        ETIKA PRS

PRS perlu patuh kepada etika berikut:

11.1.        Amanah dan menyimpan rahsia.

11.2.        Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

11.3.        Tahu batasan dan keupayaan diri.

11.4.        Sentiasa berusaha meningkatakan diri dari pelbagai aspek.

11.5.   Melapor kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling tenteng kes yang boleh merosakkan diri atau orang lain.

11.6.        Merujuk kes rumit kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling.

11.7.        Mematuhi peraturan sekolah dan norma masyarakat dan agama.

 

12.0     IKRAR PRS

Saya/Kami dengan ini berikrar  menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.

 

12.1.    Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan

12.2.    Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.

12.3.    Berusaha menjadi pelajar contoh.

12.4.    Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.

12.5.    Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.

12.6.    Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS

 

13.0     SENARAI TUGAS PRS

13.1.        Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan

sekeliling.

13.2.        Sebagai khidmat sokongan, PRS membantu menggerakkan

      perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

13.3.        Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.

13.4.        Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling

seperti membuat rujukkan jika perlu.

13.5.        Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Kaunselor/Guru Bimbingan

dan Kaunseling menjalankan strategi intervensi jika perlu.

13.6.        Sebagai Role Model kepada pelajar lain.

13.7.        Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri,

Berasa selesa dan berimpati.

13.8.        Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.

13.9.        Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif

sebelum membuat keputusan.

13.10.    Memberi sokongan dan galakkan untuk rakan mengambil langkah

positif.

13.11.    Mematuhi etika kerahsiaan.

13.12.    Menyedari bahawa buka semua masalah boleh diatasi.

13.13.    Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah

biasa/normal.

13.14.    Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan

Mengalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.

13.15.    Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain

supaya melibatkan diri.

13.16.    Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk

            Membantu.

 

Apa itu Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)?

Ia adalah seorang pelajar yang berkhidmat dan membantu pelajar lain, terutama mereka yang memerlukan pertolongan di dalam mengendalikan masalah. Pembimbing Rakan Sebaya akan dilatih di dalam bidang perhubungan manusia supaya ia berupaya menggalakkan kawan-kawan berbincang tentang masalah, pandangan, kebimbangan, dan lain-lain aspek lagi. Maklumat-maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Pembimbing Rakan Sebaya dilatih bagaimana menjadi seorang kawan yang berkesan melalui pembinaan hubungan yang berasaskan rasa hormat dan faham. Pembimbing Rakan Sebaya akan diselia dengan teliti oleh Guru Kaunseling dalam masa mereka menjalankan tugas. Satu faedah yang didapati ialah dalam masa mereka menolong kawan memahami diri dan masalahnya, Pembimbing Rakan Sebaya sendiri akan belajar memahami dirinya sendiri. Ini yang dipanggil kesedaran-kendiri (self-awareness).

 

Adakah anda masih berminat mengikuti latihan ini?

 

       Ringkasnya Pembimbing Rakan Sebaya ( PRS ) ialah:

Ø  seorang yang mesra dan senang bergaul dan berupaya menolong orang lain.

Ø  mempunyai sifat menerima, sabar, mengambil berat, berminat, dan boleh dipercayai.

Ø  mempunyai sikap yang positif terhadap kawan-kawan sebaya, sekolah, dan juga orang dewasa.

 

Apa tanggungjawab Pembimbing Rakan Sebaya?

 

Ä  Menjadi pendengar yang faham kepada masalah kawan.

Ä  Membantu Guru Kaunseling di dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling.

Ä  Membantu pelajar baru dalam masa orientasi.

Ä  Memimpin kumpulan perbincangan.

Ä  Membantu Guru Kaunseling di dalam kaunseling kelompok.

Ä  Menjadi tenaga pengajar kepada pelajar yang lemah di dalam satu-satu mata pelajaran.

Ä  Menjadi sebagai contoh / model.

Ä  Merancang projek membantu pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dari segi moral dan material.

Ä  Menolong menjayakan kempen-kempen untuk faedah pelajar umumnya.

 

Masihkah anda berminat?

 

Jika masih berminat, isikan borang permohonan yang boleh didapati daripada Guru Kaunseling di Bilik Kaunseling sama ada:

Ä Anda sendiri berminat untuk  memohon menjadi ahli PRS ; atau

Ä Anda ingin mencadangkan nama rakan anda yang anda tahu dia berminat dan berpotensi untuk menjadi ahli PRS.


Contoh-contoh soalan Ujian Lisan dan Bertulis


UJIAN LISAN

 

01.    Nama, Tempat tinggal, kampung, Anak yang ke berapa, Ibu bapa/penjaga, cita-cita, hobi, isu-isu semasa dan lain-lain.

02.    Bagaimana anda boleh menjadikan unit bimbingan dan kaunseling lebih diminati di kalangan pelajar ?

03.    Dari mana anda mendapatkan maklumat tentang PRS.

04.    Kenapa anda berminat untuk menjadi PRS?

05.    Apakah maksud PRS?

06.    Bagaimana anda menghabiskan masa lapang anda?

07.    Apakah peranan anda yang boleh anda mainkan sebagai PRS yang berjaya?

08.    Apakah kekuatan/ kelemahan yang ada pada diri anda untuk menjadi seorang PRS?

09.    Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang sering dihadapi oleh para pelajar di sekolah ini?

10.    Bagaimana cara yang boleh menjadikan seseorang pelajar itu sebagai PRS yang berkesan?

11.    Adakah pernah anda menolong rakan anda dalam menyelesaikan masalah?

12.    Apakah program / aktiviti unit bimbingan dan kaunseling yang telah anda ikuti di sekolah ini?

13.    Apakah pandangan anda mengenai unit bimbingan dan kaunseling?

14.    Pada pandangan anda, apakah personality , kebolehan, kemahiran yang mesti ada pada PRS?

15.    Jika anda ada masalah, mahukah anda berbincang dengan seseorang mengenai masalah tersebut. Mengapa?

16.    Apakah harapan anda/ cadangan anda untuk meningkatkan keberkesanan unit bimbingan dan kaunseling di sekolah?

17.    Berapakah jumlah guru Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ini?

18.    Apakah yang anda tahu tentang kaunseling/ komunikasi?

19.    Bagaimanakah cara anda mengendalikan sesebuah kes rakan anda yang kronik?

20.    Bagaimanakah cara anda memberi respon / tindakbalas terhadap cerita rakan anda?

21.    Apakah perasaan anda jika anda tidak terpilih sebagai PRS pada tahun ini?

 


 

UJIAN BERTULIS

 

Nama               : ………………………

Tingkatan        : ………………………

Tarikh              :……………………….

 

ARAHAN      : Sila beri respon kepada satu jawapan sahaja, dengan membulatkan jawapan yang anda pilih.

 

1.         Komunikasi di antara manusia ialah

            A. Cara kita berhubung dengan orang lain

            B. Cara kita menggunakan alat-alat pancaindera

            C. Cara kita menggunakan khidmat orang lain

            D. Cara kita berusaha mencari bantuan orang lain

 

2.         Di bawah ialah sebab-sebab berlakunya masalah perhubungan di antara manusia, melainkan:

A.    Tidak faham bahasa

B.     Sudah ada syak-prasangka

C.     Maksud yang dihantar tidak jelas

D.    Persefahaman di antara satu dengan lain

 

3.         Kaunseling bermaksud

A.    Pertemuan bersemuka di antara Kaunselor dengan Klien

B.     Kaunselor beri nasihat

C.     Klien diberi pertolongan material

D.    Menyelesaikan semua masalah

 

4.         Satu cara meninggikan kepercayaan terhadap seseorang ialah

A.    Pendedahan diri yang tinggi

B.     Beri pinjam duit

C.     Perhubungan yang berkesan

D.    Selalu berjumpa

 

5.         Di dalam memberi kepercayaan kepada seseorang terdapat risiko:

A.    Sama ada hubungan menjadi lebih baik atau buruk terpulang kepada kelakuan seseorang itu pada masa hadapan

B.     Hubungan dengan seseorang akan bertambah erat

C.     Kepercayaan yang diberi akan menambahkan beban seseorang

D.    Hubungan dengan seseorang tidak akan berlanjutan.

 

6.         Etika Kaunselor ialah seperti di bawah MELAINKAN:

A.    Menyimpan rahsia

B.     Memberi rujukan khidmat lain jika Kaunselor tidak upaya menolong

C.     Menerangkan dengan jelas syarat-syarat menerima pertolongan

D.    Menganggap Klien bukan unik, mereka serupa sahaja

 

7.         Di dalam perhubungan kaunseling, pekara yang pertama yang harus diusahakan oleh Kaunselor ialah:

A.    Memberi pertolongan secepat mungkin

B.     Membina hubungan Kaunselor-Klien yang kukuh

C.     Mendapat beberapa banyak maklumat mengenai Klien

D.    Memberi nasihat yang berguna

 

8.         Kemahiran penting yang harus dipelajari oleh Kaunselor ialah:

A.    Memberi nasihat

B.     Memberi maklumat

C.     Memberi perhatian

D.    Memberi panduan

 

9.         Empati bererti:

A.    Faham tentang perasaan dan emosi seseorang seolah-olah diri sendiri

mengalaminya.

B.     Berasa kasihan terhadap penderitaan seseorang

C.     Menghormati perasaan seseorang dengan tidak mencungkil

D.    Memberi pertolongan supaya seseorang itu tidak menderita lagi

 

10.       Respon yang menunjukkan empati kepada ayat ini: “Saya tidak tahu apa yang mesti saya buat. Setiap kali saya bericadangan ada saja yang tidak betul. Kalau macam ini lebih baik saya berdiam diri”

A.    Kalau macam itu, memang baik awak berdiam diri.

B.     Mungkin awak cakap kasar dengan dia

C.     Awak rasa bosan dengan sikap dia

D.    Usaha awak untuk mengambil bahagian tidak dihargai, ini membuat awak marah dan kecil hati.

 

11.       ‘Pendedahan Diri’ di dalam konteks kaunseling bererti:

A.    Membuka minda

B.     Mendedahkan rahsia orang

C.     Menceritakan hal peribadi yang sulit kerana percaya.

D.    Berkongsi perasaan

 

12.       Di dalam memberi respon menunjukkan empati, perkara yang ditekankan ialah:

A.    Kisah yang diceritakan oleh seseorang

B.     Perasaan seseorang apabila berlaku satu peristiwa

C.     Keinginan seseorang untuk bercerita

D.    Perkara-perkara yang ditinggalkan semasa bercerita

 

13.       Memberi respon (maklumbalas) yang minimum adalah seperti di bawah:

A.    “Hmm…m…m

B.     “Ceritakanlah lagi, apa berlaku”

C.     “Tentu awak rasa marah pada saya”

D.    “Oh, begitu rupanya”

 

14.       Kumpulan perkataan-perkataan di bawah menunjukkan perasaan seseorang, MELAINKAN:

A.    Benci, marah, gundah

B.     Terlupa, terkenang, bersepah

C.     Gembira, senang, tenang

D.    Kecewa, hampa, bangga

 

15.       Maksud yang hendak disampaikan boleh diberi melalui, MELAINKAN

A.    Gerak Badan

B.     Air Muka

C.     Pandangan Mata

D.    Tanpa pertemuan

 

16.       Satu daripada kenyataan di bawah menunjukkan soalan jenis terbuka:

A.    Ini awak punya?

B.     Bagaimana perasaan awak sekarang?

C.     Awakkah yang buat?

D.    Tahukah awak siapa yang melakukannya?

 

17.       Matlamat kaunseling individu yang bermasalah ialah:

A.    Menukar perlakuan kepada yang lebih diterima

B.     Menerima masalahnya

C.     Memberi pertolongan seberapa yang boleh

D.    Menggalakkan perlakuan yang sedia ada

 

18.       Kaunseling individu ialah untuk:

A.    Orang sakit jiwa

B.     Orang yang ada masalah biasa

C.     Orang gila

D.    Orang yang dirasuk fikiran yang karut

 

 

19.       Satu daripada cara memastikan seseorang kaunselor itu faham tentang apa yang dicadangkan oleh klien ialah

A.    Mengesahkan (Checking)

B.     Cungkil

C.     Berdiam diri

D.    Menerima

 

20.       Satu daripada cara untuk menolong seseorang mengetahui tentang dirinya ialah:

A.    Beri maklumbalas yang jujur

B.     Jangan ditegur

C.     Perhatikan sahaja

D.    Beritahu orang lain

 

 

UJIAN EMPATI

(RESPON BERKESAN)

 

Nama               : ………………………

Tingkatan        : ………………………

Tarikh              :……………………….

 

ARAHAN: Baca kenyataan di bawah. Cuba anda pilih satu jawapan sahaja dengan menandakan kepada respon yang anda fakir PALING sesuai untuk kenyataan-kenyataan berikut.

 

1.         “Kedua ibu bapa terutama ayah saya merasa kecewa dengan saya. Dia sering membandingkan saya dengan kakak saya. Kenapa dia tidak menerima hakikat bahawa saya tidak dapat menandingi kakak saya?

 

A.    Mungkin ayah anda berpendapat bahawa anda tidak benar-benar berusaha seperti kakak anda.

B.     Telah menjadi kebiasaan bagi ibu bapa membandingkan anak-anak mereka. Mungkin anda bersikap terlalu sensitive.

C.     Anda merasa marah dan kecil hati kerana ayah anda tidak menghargai diri anda?

D.    Apakah sebab-sebab kenapa ibu bapa anda tidak berpuas hati dengan anda?

 

2.         “ Saya cuba ikut nasihat cikgu. Saya tidak mahu lagi berkawan dengan budak-budak jahat itu, tetapi mereka sentiasa mengganggu saya. Apa patut saya buat?”

A.           Jangan pedulikan mereka, buat tak tahu saja.

B.           Kenapa awak berkenalan dengan dia dulu

C.           Awak rasa menyesal sekarang berkawan dengan dia dulu.

D.           Awak rasa bimbang dan takut setiap kali mereka menganggu awak. Awak rasa diri awak terancam dan sekarang awak  serba salah.

 

3.         “Saya tak dapat langsung menumpukan perhatian pada pelajaran. Fikiran saya melayang setiap kali saya mula belajar, saya apa pun tak dapat saya kerjakan. Kalau beginilah seterusnya, saya pasti gagal. Oh Tuhan, apa yang harus saya lakukan? Saya tak pernah gagal sebelum ini. Kedua ibu bapa menaruh penuh harapan kepada saya.”

A.    Jangan bimbang. Kadang-kadang seseorang itu gagal. Saya pasti ibu bapa anda akan faham.

B.     Saya rasa awak ini terlalu memberatkan harapan keluarga anda

C.     Oleh kerana penumpuan perhatian merupakan masalah anda, bolehkah anda sebutkan perkara-perkara menganggu fikirkan  anda sehingga menghalang kerja-kerja anda?

D.    Rasa takut gagal buat pertama kalinya di dalam hidup dan tidak dapat memenuhi harapan ibu bapa amat merunsingkan anda.

 

 

4.         “Adik saya mahu mengaku saya ini kakak dia. Tiap-tiap kali dia cakap dengan kawannya saya bukan kakak dia. Saya ingat dia benci saya”

A.    Awak rasa kecil hati adik awak menolak awak sebagai kakaknya. Dia buat awak rasa kekurangan pada diri awak.

B.     Mengapa dia tidak mahu mengaku, kan ke awak kakak dia? Semua orang tahu.

C.     Agaknya dia iri hati dengan awak sebab awak cantik?

D.    Awak cakaplah dengan dia yang awak rasa kecil hati, bila dia kata begitu.

 

 

5.         “ Kadang-kadang saya mahu berhenti sekolah. Saya tidak nampak faedah mempelajari semua ini yang kebanyakannya tidak berguna langsung apabila saya bekerja nanti.”

A.    Jangan lakukan sesuatu yang akan anda kesali kemudian kelak. Anda tidak akan sedar pentingnya pelajaran sehingga anda mengharungi alam pekerjaan

B.     Kenapa anda mengatakan yang pelajaran tiada kaitan dengan pekerjaan anda pada masa depan?

C.     Mempelajari sesuatu yang kurang berkaitan dengan dunia pekerjaan benar-benar membosankan anda dan ini membuat anda ingin behenti sekolah

D.    Saya faham sekolah menjemukan kerana saya pernah merasa begitu

 

6.         “ Saya tahu saya gemuk. Itu sebab orang tak suka saya.”

A.    Lebih baik awak diet

B.     Biasanya orang gemuk memang orang tak suka

C.     Awak rasa awak tak cantik sebab awak gemuk

D.    Awak rasa sedih bila orang tak pedulikan awak. Awak rasa diketepikan kerana awak gemuk.

 

7.         “Saya sedang memikirkan dengan serius untuk menarikdiri daripada pencalonan sebagai ketua murid. Saya rasa ada pelajar lain yang lebih berkebolehan untuk menjalankan tugas itu”

A.    Anda tidak sepatutnya mengundur diri disaat akhir. Apa anggapan kawan-kawan dan guru-guru anda nanti.

B.     Bagi saya anda mempunyai kebolehan menyandang jawatan itu, lebih-lebih lagi pada tahun lalu anda adalah nai ketua murid.

C.     Adakah sesuatu kurang pada diri anda yang membuatkan anda merasa tidak dapat menjalankan tugas itu sebaik orang lain?

D.    Anda ragui kebolehan anda memikul tanggungjawab sebagai ketua murid.

 


8.         “ Macam mana nak belajar? Mak bapa saya sentiasa berkelahi. Macam mana saya nak tumpukan fikiran pada pelajaran?”

A.    Mengapa mak bapa awak selalu berkelahi?

B.     Awak pergilah belajar di perpustakaan

C.     Awak rasa curiga dan takut setiap kali mak bapa awak berkelahi. Ini membuatkan  awak runsing dan tak tenteram

D.    Awak tak boleh tumpukan fikiran pada pelajaran sebab emak bapa awak selalu berkelahi.

 

 

9.         “Saya tak tahan lagi dengan ibu bapa saya. Asyik nak ambil tahu hal saya saja. Kenapa tak boleh biarkan sahaja saya sendirian?. Kadang-kadang saya rasa lebih baik mereka mati.”

A.    Anda tidak harus mengeluarkan kata-kata begitu terhadap ibu bapa anda. Saya pasti mereka kasihkan anda.

B.     Anda rasa ibu bapa anda mengongkong hidup anda dan ini benar-benar membosankan anda.

C.     Kemungkinan ibu bapa anda merasa anda masih memerlukan perhatian dan perlindungan.

D.    Bersabarlah. Saya faham perasaan anda. Saya pasti ibu bapa anda akan memberi anda kebebasan yang lebih setelah anda dewasa.

 

10.       “Saya tak ada masa untuk belajar. Saya orang miskin dan terpaksa membantu emak saya menjual kuih.

A.    Awak rasa bertanggungjawab terhadap adik beradik awak.

B.     Tanggungjawab yang awak pikul sangat berat & awak tak berani melepaskannya kerana takut bersalah.

C.     Saya kasihan melihat penderitaan awak. Boleh saya beri RM50 untuk menolong awak.

D.    Adik-beradik awak yang lain tak boleh menolong awak?

 


 

LATIHAN KOMUNIKASI

 

ARAHAN: Tandakan satu respon yang anda fikirkan boleh menunjukkan anda mendengar dengan empati dan boleh menggalakkan rakan anda berkongsi maklumat tambahan selanjutnya.

 

1.         “Ali beritahu saya, Cikgu hendak jumpa saya.”

 

A.    Ya, saya dengar awak tak boleh bergaul dengan orang lain di dalam kelas

B.     Oh ya, memang betul. Cakaplah apa yang telah berlaku antara awak dengan kawan-kawan lain di dalam kelas

C.     Memang sudah lama saya hendak bercakap dengan awak. Bagaimana perasaan awak tentang kawan-kawan awak di dalam kelas selama ini?

D.    Ya, saya cuma ingin menolong anda supaya berasa senang di dalam kelas.  Boleh kita bincang tentang apa yang berlaku di dalam kelas selama ini.

E.     Saya hendak dengar cerita awak tentang apa yang berlaku di dalam kelas.

 

 

2.         “Memang saya tak akan berjaya di dalam temuduga itu. Saya tahu saya akan gagal seperti dulu juga.”

 

A.    Tidak, Awak takkan gagal. Katakan pada diri awak, awak takkan gagal

B.     Hai, awak harus yakin pada diri sendiri, saya pasti awak berjaya

C.     Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan.

D.    Awak bertanyalah orang yang pernah pergi temuduga, mungkin mereka boleh tolong awak untuk jadikan panduan.

E.     Awak rasa, sebab awak pernah gagal masa lepas di dalam temuduga, kali ini pun akan gagal juga.

 

 

3.         “ Saya datang berjumpa awak kerana saya perlukan pertolongan. Apa patut saya buat?

 

A.    Nampaknya awak mahu saya beritahu awak apa yang harus awak lakukan.

B.     Perkara pertama pertama yang patut awak buat ialah mendapatkan seberapa banyak maklumat. Sudah awak Tanya tentang biasiswa?

C.     Saya tak boleh menyelesaikan masalah awak

D.    Apa yang awak hendak buat?

E.     Saya tidak pasti. Boleh kita bincang lagi tentang perkara itu?

 

 

4.         “Kalaulah saya dengar cakap bapa saya, perkara ini tidak akan berlaku”

 

A.    Kita hidup dan kita belajar. Bukan buruk sangat membuat kesilapan.

B.     Menyesali perkara yang telah berlaku tiada guna

C.     Memang susah. Cakaplah pada saya apa yang telah berlaku.

D.    Awak rasa takut sebab bapa awak selalu betul di dalam beberapa perkara.Mungkin ada perkara lain yag dia betul.

E.     Saya tertanya-tanya apa yang awak telah usahakan untuk menolong diri awak sendiri.

 

Ingat! bila anda memberi respon, anda tidak mahu menjadi seperti hakim, penyiasat @ seolah-olah tidak berminat. Memang sukar untuk kita menyampaikan rasa mesra dan penerimaan melalui kata-kata. Pendedahan diri yang sangat awal, tidak akan menolong kerana perhatian ditumpukan pada diri sendiri. Cubalah sampaikan perasaan yang sedang dialami oleh Klien anda.

 

 

 

SELAMAT MENCUBA

RUJUKAN : 

https://drive.google.com/file/d/1Er9ZMC-Rf6VJRn4-mRUKZ7Q3CaEwoD1A/view?usp=sharing

 


 

 

 

Share:

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MSSS Bola Keranjang di Sibu

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages