SARANA 2026

 

Dimaklumkan kepada semua pihak sekolah serta Ahli Jawatankuasa PIBG bahawa setiap urusan yang melibatkan perbelanjaan kewangan PIBG hendaklah dilaksanakan secara teratur, berakauntabiliti dan mematuhi prosedur yang sewajarnya. Pengurusan kewangan yang telus bukan sahaja memastikan kelancaran pelaksanaan program, malah menjadi benteng utama dalam mempertahankan integriti pihak sekolah dan PIBG.

Berdasarkan beberapa pengalaman yang berlaku sebelum ini, terdapat keadaan di mana pihak sekolah telah dipersoalkan atau dicabar oleh pihak luar berkaitan pengurusan dan perbelanjaan kewangan PIBG, sehingga menimbulkan dakwaan berlakunya penyelewengan. Walaupun perkara tersebut tidak semestinya berasas, situasi seumpama ini boleh mencetuskan persepsi yang kurang baik sekiranya dokumentasi dan prosedur tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan setiap urusan perbelanjaan dapat dibuktikan dengan jelas, tersusun dan telus, saya selaku Pegawai Meja PIBG/PIBKS telah menyediakan infografik panduan prosedur perbelanjaan kewangan PIBG untuk rujukan semua pihak.

Infografik tersebut memperincikan aliran proses perbelanjaan bermula daripada penyediaan kertas kerja, permohonan kelulusan, pelaksanaan program, sehingga kepada proses pembayaran serta rekod kewangan. Panduan ini boleh dijadikan rujukan bagi semua jenis aktiviti, program atau perancangan yang melibatkan penggunaan dana PIBG.

Adalah diharapkan agar semua pihak sekolah dan AJK PIBG memberikan perhatian serius serta mematuhi panduan yang disediakan, supaya setiap pengurusan kewangan PIBG sentiasa berada dalam keadaan telus, teratur dan boleh dipertanggungjawabkan pada bila-bila masa.

Pengurusan yang berintegriti bukan sahaja melindungi organisasi, malah menjaga nama baik sekolah, PIBG serta kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan.



CONTOH SURAT KEBENARAN MEMUNGUT DERMA







Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

SARANA 2026

  Dimaklumkan kepada semua pihak sekolah serta Ahli Jawatankuasa PIBG bahawa setiap urusan yang melibatkan perbelanjaan kewangan PIBG hendak...

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages