LAPORAN ZIARAH CAKNA 2020 :
https://drive.google.com/file/d/1Bt4-VYy6nGgJC-HBzR3z7GDzyGzvhgYq/view?usp=sharing
Disini saya kongsikan bahan-bahan untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan. Semoga urusan dipermudahkan. Terima Kasih
Do something today that your future self will thank you for.
It’s going to be hard, but hard does not mean impossible.
The harder you work for something, the greater you’ll feel when you achieve it.
Success doesn’t just find you. You have to go out and get it.
LAPORAN PENUH PROGRAM MINDA SIHAT
https://drive.google.com/file/d/1CUNj7c3QQxCCyn7qK7vHhXnBcmrLgiPx/view?usp=sharing
LAPORAN PROGRAM LGBT 2020 LAPORAN |
PROGRAM
PENDIDIKAN PENCEGAHAN : KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN SEKSUAL. TIDAK
OK! 2020 |
Pada
05 OKTOBER HINGGA 30 OKTOBER 2020
Tempat
KELAS MASING-MASING (TAHAP 2)
Anjuran
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HUA
SUNGAI JERNANG SAMARAHAN |
NAMA PROGRAM
“KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN. TIDAK
OK!”
PENDAHULUAN
Definisi kanak-kanak mengikut
perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “
kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”.
Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila
seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan
kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi
apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu
terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan
seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan
gangguan seksual adalah seperti di bawah :
a)
Mengeluarkan
perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui
media cetak dan elektronik.
b)
Menghantar
‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.
c)
Mengintai atau
‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.
d)
Menggalak atau
memaksa kanak-kanak menonton video lucah.
e)
Mencium
kanak-kanak dengan bernafsu.
f)
Bercerita atau
bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.
g)
Sentuhan seks
(mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap
kanak-kanak.
h)
Mengambil
gambar pornografi kanak-kanak.
i)
Persetubuhan
sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.
j)
Memasukkan
sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.
k)
Melakukan
onani terhadap kanak-kanak.
l)
Melacurkan
kanak-kanak.
Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani
sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan
sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani
isu ini kepada pihak sekolah sahaja.
RASIONAL
Program ini
bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah
yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:
(a)
Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap
perlakuan gangguan seksual.
(b)
Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.
(c)
Memberi panduan
tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang
mengalami gangguan seksual.
(d)
Memberi panduan
untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.
(e)
Memberi panduan
kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program
pencegahan gangguan seksual.
OBJEKTIF
a) Menolak unsur-unsur yang tidak
bermoral.
b) Menjaga nama baik sekolah sebagai
institusi pendidikan.
c) Menghasilkan penyelesaian yang adil
kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.
d) Menimbulkan kesedaran dan perubahan
sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.
e) Menanam nilai-nilai murni kepada
warga sekolah.
f) Meningkatkan
rasa selamat dalam kalangan murid.
SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi Yap Shui Lee (Guru Besar SJK Chung Hua Sungai
Jernang) Naib Pengerusi Phang Siat Kian (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Ho Lee Na (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) Penyelaras / Setiausaha Stanley Anak Vincent |
|||||||||||
|
KUMPULAN SASARAN
Semua murid tahun 4, 5 dan 6
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh |
: |
5 Oktober hingga 30 Oktober 2020 |
Masa |
: |
Fleksible (Masa Minor) |
Tempat |
: |
Kelas masing-masing |
PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN
Ceramah akan dikendalikan oleh guru
bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program.
Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan
program.
TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran
|
||||||
|
||||||
|
||||||
|
PENUTUP KEKURANGAN & CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN Wabak
Covid-19 amat memberi kesan kepada program tersebut. Dengan ini, program
tersebut berbentuk “Norma Baharu” dan mematuhi S.O.P semasa. Masa yang pendek dan
maklumat ringkas diberikan kepada murid tidaklah mencukupi. Dengan itu,
program akan berterusan dengan penyebaran maklumat-maklumat berkaitan melalui
media atau secara dalam talian seperti group whatapps, youtube, google
classroom dan sebagainya.
PENUTUP |
|||||
|
Adalah
diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat
memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku.
Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang
sepatutnya dilakukan oleh mereka.
Disahkan oleh
(Yap Shui Lee) Guru Besar SJK CHUNG HUA SUNGAI JERNANG
|
SEPKM - e-REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
LOG IN : https://mgkkjohor.com/e/login/
LINK PENGENALAN: https://youtu.be/xUagX_NHF50
LINK PANDUAN / MANUAL PENGGUNA : https://drive.google.com/file/d/1veDjUurPloGO3ZjmWk3--p77pEq2PRSv/view?usp=sharing
Selesai penataran bersama JU di samarahan atas inisiatif sendiri. Seterusnya perancangan membuat penataran bersama guru-guru secara "google meet".
SELESAI, PENATARAN JU SEPKM.
1. Norshida (SMK KS)
2. Dhamirah (SMK Sebuyau)
3. Anne (SKDMM)
4. Stanley (SJK CH Sg Jernang)
Tarikh : 3 NOV 2020
Hari : KHAMIS
Masa : 8.30 pagi
Peserta :
⏩ Guru B&K Daerah Samarahan, Serian & Simunjan
link video -(untuk diri sendiri) https://youtu.be/aYK0kLZtkbI
2021
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SEPKM)
Panduan penulisan SEPKM yang disediakan oleh JU Kebangsaan Ckgu Ai....sila rujuk untuk pengisian yang lbh jelas. bahan-bhan ini jgn share kpd GBLD ya...mrk tak perlu buat sedetail ini takut mrk keliru pula. Guru Bimbingan Lantikan Dalaman (GBLD) tak perlu buat sedetail ini
sebarkan dalam group bersama GBKSM sahaja. Tq
https://drive.google.com/file/d/1nHFAQm3smaaLQ4FnNVZdTxSvxCL84gHi/view?usp=sharing
A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
Perhimpunan
a) Perhimpunan Harian b) Perhimpunan Rasmi Mingguan c) Perhimpunan Kokurikulum d) Perhimpunan Pagi. e) Perhimpunan kerohanian. f) Perhimpunan Harian (Modul 5 Minit Dadah) g) Perhimpunan Rasmi (Pelancaran Program Ziarah Cakna) h) Perhimpunan Pagi (Bicara Kerohanian)
Mesyuarat / Taklimat / Bicara Profesional
a) Mesyuarat Guru Bilangan 1/2020 b) Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) c) Profesional Learning Communities (PLC) d) Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 e) Bicara professional bersama rakan guru f) Bicara professional bersama Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) g) Bicara professional bersama pentadbir (Guru Besar)
Penyediaan Kertas Kerja
a) Membuat kertas kerja (Program Transisi Tahun 1) b) Membuat pemurnian kertas kerja. c) Membuat draf kertas kerja. d) Perbincangan berkaitan penrancangan program (Proses penyediaan kertas kerja).
Dokumentasi
a) Penulisan dan pelaporan program (Transisi Murid Tahun 1) b) Perkongsian Bahan Maklumat (Infografik/Poster/Video) c) Penulisan kajian kes/kajian tindakan. d) Penulisan modul intervensi. e) Membuat poster/brosur sebagai bahan outreach murid f) Penyediaan data murid berisiko cicir/ murid ponteng berfokus g) Menyediakan borang penyertaan program.
Pelaporan Sesi Kaunseling
a) Membuat laporan sesi kaunseling individu. b) Membuat laporan sesi kaunseling kelompok. c) Membuat laporan sesi bimbingan individu. d) Membuat laporan sesi bimbingan kelompok. e) Memurnikan pelaporan sesi kaunseling individu.
Pengurusan Bilik Kaunseling
a) Mengemas bilik bimbingan dan kaunseling. b) Menyusun atur perabot di bilik kaunseling (transformasi bilik) c) Mengemas meja kerja. d) Mentadbir/ melaksana Ujian Pentaksiran Psikometrik murid Tahun 6 (IMK/IKP). e) Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar utama sekolah (AGP). f) Mencari bahan-bahan tentang sesuatu maklumat sebaran di laman web. g) Menyebar luas bahan outreach (infografik/video) untuk murid PdPR. h) Membuat hebahan psikososial melalui konti UBK
D) PERKHIDMATAN LUAR SEKOLAH
Program Anjuran KPM
a) Panel Modul Kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah, KPM. b) Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan. c) Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Anjuran KPM. d) Bengkel Penyelarasan SePKM.
Program Anjuran JPN
a) Simpsoium Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sarawak . b) Bengkel Profesionalisme Guru Bimbingan dan kaunseling Negeri Sarawak. c) Mesyuarat AJK Bengkel Profesionalisme Guru Bimbingan Negeri Sarawak. d) Taklimat Penataran SEPKM Negeri Sarawak.
Program Anjuran PPD
a) Mesyuarat Pengurusan Guru Bimbingan dan Kaunseling Bilangan 1/2021 Peringkat Daerah Samarahan. b) Mesyuarat AJK MGKK Daerah Samarahan. c) AJK Program Kepimpinan ASAS PRS Daerah Samarahan. d) Fasilitator Program Minda Sihat daerah Samarahan e) Bengkel ‘WOW Presentation” Powerpoint Peringkat Zon Senai Daerah Samarahan f) Bengkel Penataran SePKM Daerah Samarahan. g) Bengkel Panduan Penulisan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Atas Talian Sekolah-sekolah Daerah Samarahan.
Program Anjuran Agensi Luar
a) Mesyuarat penyelarasan program anjuran Kolej ....... b) AJK sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) c) Fasilitator Program Murid Cicir bersama JKM. d) Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir. e) Mesyuarat bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (KRT)
E) KENYATAAN CUTI
a) Cuti Sakit b) Cuti Tanpa Rekod (CTR) c) Cuti Rehat Khas (CRK) d) Cuti Bersalin (1/1/2021- 1/4/2021) e) Cuti Sempena Tahun Baru Cina f) Cuti Pertengahan Penggal Pertama.
4 PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1. Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut :
1.1. Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu masalah itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.
1.2. Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka contohnya taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.
1.3. Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu.
1.4. Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.
LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT