LAPORAN PROGRAM LGBT 2020

LAPORAN

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN :

 KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN SEKSUAL. TIDAK OK!

2020

 

 

Pada

05 OKTOBER HINGGA 30 OKTOBER 2020

Tempat

KELAS MASING-MASING (TAHAP 2)

Anjuran

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HUA SUNGAI JERNANG

SAMARAHAN

 

NAMA PROGRAM

 

“KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN. TIDAK OK!”

 

PENDAHULUAN

Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :

 

a)          Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik.

b)          Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.

c)          Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.

d)          Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.

e)          Mencium  kanak-kanak dengan bernafsu.

f)           Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.

g)          Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak.

h)         Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.

i)           Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.

j)            Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.

k)          Melakukan onani  terhadap kanak-kanak.

l)           Melacurkan kanak-kanak.

 

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.

 

 

 

 

 

 

RASIONAL

Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

 

(a)       Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

 

(b)      Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

 

(c)        Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

 

(d)        Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

 

(e)        Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

 

OBJEKTIF

a)  Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.

b)  Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.

c)  Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.

d)  Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.

e)  Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.

f)   Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SENARAI JAWATANKUASA

 

Pengerusi

Yap Shui Lee

(Guru Besar SJK Chung Hua Sungai Jernang)

Naib Pengerusi

Phang Siat Kian

(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Ho Lee Na

(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Penyelaras / Setiausaha

Stanley Anak Vincent

Penceramah

Kelas

Liew Chui Siet

Lai Pei Fong

Tahun 4 Kuning

Tahun 4 Merah

Ho Lee Na

Lai Pei Fong

Tahun 5 Merah

Tahun 5 Kuning

Ho Lee Na & Tan Poh San

Lai Pei Fong & Teng Kion Neng

Tahun 6 Merah (Perempuan)

Tahun 6 Kuning (Perempuan)

Stanley Ak Vincent & Manuel Ang

Yazid Bin Bujang & Muhammad Famizwan

Tahun 6 Merah (Lelaki)

Tahun 6 Kuning (Lelaki)

 

 

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 4, 5 dan 6

 

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh

:

5 Oktober hingga 30 Oktober 2020

Masa

:

Fleksible (Masa Minor)

Tempat

:

Kelas masing-masing

 

PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program. Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan program.

 

TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran

  •  

 

 

 

 

PENUTUP

KEKURANGAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

         Wabak Covid-19 amat memberi kesan kepada program tersebut. Dengan ini, program tersebut berbentuk “Norma Baharu” dan mematuhi S.O.P semasa.

         Masa yang pendek dan maklumat ringkas diberikan kepada murid tidaklah mencukupi. Dengan itu, program akan berterusan dengan penyebaran maklumat-maklumat berkaitan melalui media atau secara dalam talian seperti group whatapps, youtube, google classroom dan sebagainya. 

 

PENUTUP

 

Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku. Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

 

Disediakan oleh,

 

 

(Stanley Anak Vincent)

Penyelaras Program

Disemak oleh,

 

 

(Ho Lee Na)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Disahkan oleh

 

 

(Yap Shui Lee)

Guru Besar

SJK CHUNG HUA SUNGAI JERNANG

 

 

 

 

 




Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages