SEJARAH / MAKLUMAT ASAS SJK CHUNG HUA SUNGAI JERNANG

 







Kenangan tahun 2017, 2018, 2019



SEJARAH SEKOLAH

SJK Chung Hua Sg. Jernang ditubuhkan pada tahun 1938 oleh Encik Kuan Siong Chiam dan Encik Kuang Siong Hua. Dua adik beradik tersebut menggunakan bilik tamu rumah mereka sebagai bilik kelas. Pada masa itu, hanya terdapat belasan orang murid sahaja yang mengikuti kelas tersebut. Guru Besar yang pertama ialah Encik Chong Wu Shu. Nama sekolah ialah Sekolah Rendah Chung Chen. Pada tahun 1940, Encik Kuan Siong Chiam dan Encik Kuan Siong Hua mendapat sebidang tanah lebih kurang satu ekar untuk dijadikan tapak sekolah. Mereka bersama orang kampung membina satu blok bangunan sekolah yang beratap. Encik Chin Joo Siew merupakan guru dan juga Guru Besar pada masa itu. Beliau mengajar Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik dan Muzik.

Pada tahun 1941, orang Jepun menjajah Negeri Sarawak, oleh itu, sekolah terpaksa ditutup. Pada tahun 1946, sekolah tersebut dibuka semula. Bangunan sekolah dinaiktaraf menggunakan atap zinc dan kayu. Pada tahun 1956, Encik Kuan Siong Chiam dan adiknya bersama Lembaga Pengurusan Sekolah berjaya mendaftar tanah sekolah dari Jabatan Ukur Tanah. Pada masa itu, nama sekolah ditukar menjadi SJK Chung Hua Sg. Jernang. Pada tahun 1958, Lembaga Pengurusan Sekolah berjaya memohon sebidang tanah dengan keluasan 1.89 ekar bersebelahan dengan tanah sedia ada sekaligus menjadikan keluasan tanah 2.88 ekar.

Pada tahun 1960, bilangan murid adalah seramai 35 orang manakala guru adalah 3 orang. Pada tahun 1975, Encik Ho Chai Wan adalah Guru Besar dengan bilangan murid 60 orang dan bilangan guru 4 orang. Pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan pembinaan sebuah bilik darjah. Pada tahun 1985, sekolah mempunyai bekalan elektrik dan dapat dihubungi dengan jalan raya.

Pada tahun 1991, Menteri Pembangunan Negeri, YB Datuk Adenan Hj. Satem memberi bantuan sebanyak RM20,000.00 untuk membina Bilik Pentadbiran dan membaiki bilik darjah. Bilik Sains telah dibina oleh Lembaga Pengurusan Sekolah pada tahun 1999.  Pada Tahun 2002, sekolah mendapat bekalan air paip. YB Datuk Adenan memberi bantuan RM20,000.00 untuk membina 2 buah bilik darjah dan RM10,000.00 dikhaskan untuk membina sebuah tandas sekolah.

Pada tahun 2004, YB Datuk Adenan memberi bantuan sebanyak RM40,000.00 untuk membina sebuah bilik komputer, bilik perpustakaan dan tempat letak kereta. Pada tahun 2005, Encik Ferederick Ong menjadi Guru Besar, beliau berjaya memohon bantuan sebanyak RM60,000.00 dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaiktaraf 3 buah bilik darjah. Beliau bersara pada 01 November 2006 dan Puan Kho Hui Ling selaku Penolong Kanan Pentadbiran telah memangku jawatan Guru Besar.

Pada tahun 2008, Encik Yap Shui Lee bertugas sebagai Guru Besar sehingga sekarang. Beliau berusaha memohon kebenaran untuk membina satu blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi 18 buah bilik darjah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, beliau juga memohon bantuan modal untuk menambah dana pembinaan bangunan sekolah. Pada tahun 2009 di bawah Pakej Ransangan Ekonomi, Kementerian Pelajaran Malaysia memberi Dana Pembinaan Bangunan Baru sebanyak RM200,000.00. Upacara Pecah Tanah telah dilangsungkan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Dr. George Chan pada 23 Mei 2009.

Melalui Projek-projek Khas, sekolah juga telah mendapat peruntukan daripada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin sebanyak RM200,000.00 dan diterima melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak pada 24 Ogos 2010. Di samping itu, sekolah telah menerima Bantuan Peruntukan di bawah Program Bantuan Modal (RMK-10) Sekolah-sekolah SJKC bagi Negeri Sarawak iaitu sebanyak RM50,000.00 pada 13 April 2011 dan RM28,120.00 pada 4 Mei 2011.

Atas usaha gigih dan berkat kerjasama New School Building Project Committee, Kementerian Pelajaran Malaysia, Menteri-menteri, Ketua-ketua masyarakat, Syarikat-syarikat Swasta, orang persendirian, guru-guru dan ibu bapa, akhirnya berjayalah kita membina satu blok bangunan baru sekolah yang begitu megah sekali.


Gambar Pembanguanan
















Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MSSS Bola Keranjang di Sibu

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages