“PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH SESI 2024 / 2025”

“PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH SESI 2024 / 2025”

PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Sekolah merupakan institusi awal yang boleh membina dan membentuk asas-asas kepimpinan yang positif dikalangan pelajar. Secara umumnya, kebanyakan tugas mereka adalah membantu membina suasana sekolah yang harmonis. Atas dasar itu, SJK Chung Hua Sungai Jernang akan menganjurkan Program Kepimpinan sebagai satu latihan asas kepada pelajar.

Bagi mencapai hasrat melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual, satu pendekatan yang bersepadu perlu ditanamkan dalam diri setiap pemimpin kecil di sekolah yang telah dilantik. Program kepimpinan dirangka untuk memupuk kredibiliti sebagai seorang pelajar yang berdedikasi. Pemimpin yang berkualiti menjadi aset kepada sekolah dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, berilmu dan menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya yang lain.

          3. OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memantapkan sahsiah diri dan etika seorang pelajar yang memikul tanggungjawab.

3.2   Memberi pendedahan mengenai daya kepimpinan berkualiti yang seharusnyaada dalam diri setiap pengawas.

3.3    Memberi bimbingan dan panduan kepada pelajar berkaitan tugas – tugas di sekolah.


Tajuk: Kepimpinan di Kalangan Murid Sekolah

1. Pengenalan Kepimpinan

  • Apa Itu Kepimpinan?
    • Definisi kepimpinan.
    • Peranan seorang pemimpin.
  • Ciri-Ciri Pemimpin Berjaya
    • Amanah, bertanggungjawab, berani, dan berintegriti.

2. Kepentingan Kepimpinan

  • Kenapa Kepimpinan Penting?
    • Membantu dalam mencapai matlamat bersama.
    • Meningkatkan kerjasama dalam kumpulan.
    • Membina keyakinan diri dan orang lain.

3. Gaya Kepimpinan

  • Pelbagai Gaya Kepimpinan
    • Kepimpinan autoritatif.
    • Kepimpinan demokratik.
    • Kepimpinan laissez-faire.

4. Kemahiran Asas Kepimpinan

  • Komunikasi Berkesan
    • Mendengar aktif.
    • Menyampaikan idea dengan jelas.
  • Kerjasama dan Kerja Berpasukan
    • Membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan.
    • Menyelesaikan konflik dengan cara yang baik.
  • Pengurusan Masa
    • Menetapkan keutamaan.
    • Mengurus masa untuk belajar dan aktiviti kokurikulum.

5. Kepimpinan Dalam Aktiviti Sekolah

  • Menjadi Pemimpin Dalam Aktiviti Kokurikulum
    • Contoh: Ketua pasukan sukan, ketua kelab.
  • Kepimpinan Dalam Kelas
    • Contoh: Ketua kelas, pengawas.

6. Aktiviti Interaktif

  • Latihan dan Permainan Kepimpinan
    • Permainan peranan (role play).
    • Aktiviti membina pasukan (team-building activities).

7. Kisah Inspirasi

  • Contoh Pemimpin Muda Berjaya
    • Cerita tentang murid-murid atau remaja yang berjaya dalam kepimpinan.

8. Penutup

  • Motivasi dan Galakan
    • Menggalakkan murid untuk mengambil peranan kepimpinan.
    • Menekankan bahawa setiap orang boleh menjadi pemimpin dalam cara mereka sendiri.

Contoh Aktiviti:

  1. Permainan "Pimpin dan Ikut": Murid dibahagikan kepada pasangan. Seorang menjadi pemimpin dan seorang lagi menjadi pengikut. Pemimpin akan memberikan arahan yang perlu diikuti oleh pengikut. Aktiviti ini mengajar tentang tanggungjawab dan komunikasi.

  2. Projek Kumpulan: Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberikan tugasan projek. Setiap kumpulan perlu memilih seorang pemimpin untuk mengkoordinasikan usaha kumpulan mereka. Projek ini membantu mereka memahami peranan kepimpinan dalam konteks praktikal.

Ceramah kepimpinan untuk murid sekolah haruslah interaktif dan melibatkan banyak aktiviti yang boleh menarik minat mereka serta mempraktikkan konsep yang dipelajari.



Share:

Minggu Pertama Pembukaan Sekolah 2024

  1. KONSEP PEMBUKAAN SEKOLAH
  1. Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". Minggu pertama persekolahan seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal.
  2. Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi persekolahan akan menjadi penentu kepada pembentukan adab, akhlak dan motivasi dalam kalangan murid. Pihak sekolah mempunyai ruang memupuk pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid dalam tempoh ini. Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka masa panjang.
  3. Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti serta mewujudkan komunikasi berkesan. Hal ini dapat mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan guru, guru dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti.
  4. Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah adalah seperti yang berikut:
  1. mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang;
  2. mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
  3. merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai;
  4. mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti;
  5. memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan
  6. memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi.
  1. Program Transisi Tahun Satu 2.0 bagi murid Tahun 1 dan program sekolah penyayang hendaklah diteruskan dan disesuaikan dengan konsep seperti perkara 4. Program yang bersifat mendidik berkaitan dengan budaya sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum juga boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian.
  2. Konsep ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera. 

4. KUMPULAN SASAR – Lampirkan senarai kehadiran murid (peserta program) selepas program dilaksanakan.

4.1     Semua murid tahun 2 hingga 6

4.2     Semua murid tahun 1

4.3     Semua Pra Sekolah

 

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PELANCARAN PROGRAM

Tarikh           : 11 Mac 2024  (Isnin)

Masa            : 0710 am 

Tempat         : Dewan Sekolah

 

 

 

 

 

11 Mac 2024 (Isnin)  -  15 Mac 2024 (Jumaat)

MASA

AKTIVITI MENYAMBUT KEDATANGAN : MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA SEJAHTERA.

Tindakan

6.30– 7.10 am

 

Waktu masuk sekolah

 

Menyambut kedatangan murid di pintu pagar

“Selamat Datang Ke Sekolah”

 

Penampilan guru yang kemas dan ceria.

 

Bersikap mesra  dan membuat sapaan kepada murid dan ibu bapa / penjaga.

 

Mengambil berat dan prihatin terhadap murid

a. Membetulkan tali leher / tali kasut
b. Mengenakan butang baju

 

 

Barisan Pentadbir

 

Guru Bertugas Harian

 

Guru Kelas

 

Guru Bimbingan dan Kaunseling

1240 – 1330

Pm

 

Waktu balik

 

Bersikap mesra  dan membuat sapaan kepada murid dan ibu bapa / penjaga.

 

Mengambil berat, sabar dan prihatin terhadap murid

 

  1. Membetulkan tali leher / tali kasut


b. Membimbing murid   

membetulkan baju dan rambut agar sentiasa kemas

 

 

Barisan Pentadbir

 

Guru Bertugas Harian

 

Guru Kelas

 

Guru Bimbingan dan Kaunseling


Pembangunan Karakter Murid Membangunkan daya kreativiti & inovatif

      Mencungkil dan menyerlahkan bakat murid

Komunikasi yang berkesan Menjadikan sekolah tempat yang seronok


      Menjadikan sekolah tempat yang seronok

      Memupuk semangat Kerjasama

      Menggalakkan murid hadir ke sekolah

      Komunikasi yang berkesan

Menjadikan sekolah tempat yang seronok

      Untuk mengeratkan silaturahim

      Menggalakkan murid hadir ke sekolah

      Memberikan keseronokan belajar

Komunikasi yang berkesan

Selamat datang ke sekolah

 

Pelancaran Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024 / 2025

Perhimpunan, Pelancaran Program Suai Kenal





Share:

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MSSS Bola Keranjang di Sibu

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages