- KONSEP PEMBUKAAN
SEKOLAH
- Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik
sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini
selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik
(ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia,
Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". Minggu pertama persekolahan
seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan
yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek
sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal.
- Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi
persekolahan akan menjadi penentu kepada pembentukan adab, akhlak dan
motivasi dalam kalangan murid. Pihak sekolah mempunyai ruang memupuk
pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid dalam tempoh ini.
Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah
akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka masa panjang.
- Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk sikap bekerjasama
dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan
komuniti serta mewujudkan komunikasi berkesan. Hal ini dapat mewujudkan
hubungan mesra antara murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan
guru, guru dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti.
- Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah
adalah seperti yang berikut:
- mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang;
- mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
- merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat memupuk nilai;
- mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau
penjaga dan komuniti;
- memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid,
guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan
- memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar
belakang sosioekonomi.
- Program Transisi Tahun Satu 2.0 bagi murid Tahun 1 dan program
sekolah penyayang hendaklah diteruskan dan disesuaikan dengan konsep
seperti perkara 4. Program yang bersifat mendidik berkaitan dengan budaya
sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum juga boleh
dilaksanakan mengikut kesesuaian.
- Konsep ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
4. KUMPULAN SASAR – Lampirkan
senarai kehadiran murid (peserta program) selepas program dilaksanakan.
4.1
Semua murid tahun 2 hingga 6
4.2 Semua murid tahun 1
4.3 Semua Pra Sekolah
5. BUTIRAN PELAKSANAAN
PELANCARAN PROGRAM
Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin)
Masa :
0710 am
Tempat : Dewan Sekolah
11
Mac 2024 (Isnin) - 15 Mac 2024 (Jumaat) |
||
AKTIVITI
MENYAMBUT KEDATANGAN : MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA
SEJAHTERA. |
Tindakan |
|
6.30– 7.10 am
Waktu masuk sekolah |
Menyambut
kedatangan murid di pintu pagar “Selamat Datang Ke Sekolah”
Penampilan guru
yang kemas dan ceria. Bersikap
mesra dan membuat sapaan kepada murid dan ibu bapa / penjaga. Mengambil berat
dan prihatin terhadap murid a. Membetulkan
tali leher / tali kasut
|
Barisan
Pentadbir
Guru Bertugas
Harian
Guru Kelas
Guru Bimbingan
dan Kaunseling |
1240 – 1330 Pm
Waktu balik |
Bersikap
mesra dan membuat sapaan kepada murid dan ibu bapa / penjaga. Mengambil
berat, sabar dan prihatin terhadap murid
membetulkan baju dan rambut agar sentiasa
kemas
|
Barisan
Pentadbir
Guru Bertugas
Harian
Guru Kelas
Guru Bimbingan
dan Kaunseling |
●
Mencungkil
dan menyerlahkan bakat murid
●
Menjadikan sekolah tempat yang seronok
●
Memupuk
semangat Kerjasama
●
Menggalakkan
murid hadir ke sekolah
●
Komunikasi
yang berkesan
●
Untuk mengeratkan silaturahim
●
Menggalakkan murid hadir ke sekolah
●
Memberikan keseronokan belajar
Selamat datang ke
sekolah
Pelancaran Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024 / 2025
Perhimpunan, Pelancaran Program & Suai Kenal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan