Psikometrik 2023 (Pentaksiran & Intervensi)


Pentaksiran Tahun 6 (9.12.2023)
Share:

Bertugas sebagai Jurulatih di Pusat Ko (9.12.2023)

Share:

Bertugas sebagai AJK Program English in Camp

https://anyflip.com/laqnf/bobv/
Share:

Gambar Intervensi Minda Sihat

Share:

Persidangan Sambutan Bulan Psikologi & Kaunseling Peringkat Negeri Sarawak . Di JPN. 5.10.2023

putra jaya aras 1

REFLEKSI DIRI SEORANG KAUNSELOR

• TUJUAN

1. MENILAI KESEJAHTERAAN DIRI SENDIRI (MENTAL, EMOSI, SPIRITUAL DAN FIZIKAL)

2. MENILAI KEPERLUAN PENINGKATAN ILMU DAN PENGETAHUAN SERTA KEMAHIRAN

3. MENILAI KUALITI PERHUBUNGAN INTERPERSONAL

4. MENILAI TAHAP AMALAN NILAI YANG MEMBENTUK INTEGRITY DIRI

5. MENGESAN PERUBAHAN YANG DIALAMI SAMA ADA SECARA SEDAR MAHUPUN BAWAH SEDAR

MENINGKATKAN AKSES PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING OLEH WARGA KPM

PENYEDIA PERKHIDMATAN

KUALITI DAN KUANTITI PERKHIDMATAN :

TERSEDIA DAN ADA

FASILITI MENCUKUPI

CEPAT DAN CEKAP

-BERETIKA

BERBUDAYA TINGGI

ADA TINDAK SUSUL/INTERVENSI / SEMPURNA/ LENGKAP

PENGGUNA PERKHIDMATAN

TIADA STIGMA

SIKAP MENCARI BANTUAN PSIKOLOGI YANG POSITIF

MERASAI KESAN PSIKOLOGI POSITIF (LEBIH BAHAGIA DAN SEJAHTERA)

MENGALAMI PERUBAHAN TINGKAHLAKU YANG POSITIF

BERJAYA PEROLEHI MATLAMAT HIDUP

CORRIGAN (2004):

2 JENIS STIGMA:



. STIGMA MASYARAKAT

STIGMA INDIVIDU

• KESANNYA:

"PEOPLE WILL THINK I'M LOSING MY MIND"

"PEOPLE WILL THINK MY LIFE IS OUT OF CONTROL"

• "PEOPLE THINK I'M HIGH MAINTENANCE"

⚫ "PEOPLE WILL THINK I CAN'T HANDLE ANY CHALLENGES

"PEOPLE WILL THINK I MAGNIFY ISSUES

• Hilang peluang social (pinjaman, insurans dll)

• Penyusutan keyakinan diri dan penghargaan kendiri

MENANGANI STIGMA UMUM KEPADA PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

KAMI KUAT KERANA BERIKHTIAR MENDAPATKAN BANTUAN

MENDAPATKAN TERAPI ADALAH MENCIPTA MINDA YANG POSITIF DAN SIHAT

JIKA KITA LEBIH TERBUKA DAN JUJUR

MENDAPATKAN TERAPI SEBENARNYA MENUNJUKKAN KEYAKINAN DIRI
YANG TINGGI

KAJIAN TENTANG STIGMA 1
PEMBOLEHUBAH / DAPATAN
GENDER
ISU
PROMOSI PERKHIDMATAN

Lagu Promosi
Hero by Mariah 



Share:

Training Of Trainers (TOT) Minda Segar Untuk Minda Sihat di SM Teknik Sejingkat. 4.10.2023

Share:

Karnival Kerjaya Murid Peringkat Negeri (Sukses) di Politeknik

  Np
.. Lee lll🤣☹️
Share:

MODUL PROGRAM MINDA SIHAT (2021)

 1.0 PENGENALAN

Kesejahteraan minda yang ampuh bagi seseorang murid merupakan perkara

penting untuk membolehkan mereka berperanan dengan baik ketika berhadapan

dengan stress, anxiety dan kemurungan. Gaya tindak yang baik ketika berdepan

dengan masalah semasa, dapat menjadikan mereka seorang individu yang teguh

emosi, tingkahlaku dan pemikiran.


2.0 OBJEKTIF MODUL


Modul Program Minda Sihat ini dibangunkan untuk kegunaan Guru Bimbingan

dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) dalam memberi intervensi kepada murid-

murid Tingkatan Empat yang telah menjalani Saringan Minda Sihat.


3.0 KANDUNGAN MODUL


Sepuluh modul yang dibangunkan mencakupi aspek, mengurus emosi,

membangunkan daya tindak, membuat keputusan dan membina matlamat.


3.1 Kawal Marah Teknik 3B

3.2 Tangani Stres 10B

3.3 Teknik Relaksasi

3.4 Berfikir Secara Positif

3.5 Harga Diri

3.6 Penyelesaian Masalah

3.7 Tegas Diri

3.8 Buat Cerita

3.9 Moto Hidup

3.10 Rancangan Hidupku


DOWNLOAD MODUL MINDA SIHAT (2021)


5.0 MODUL

5.1 AKTIVITI 1 KAWAL MARAH


TAJUK : Kawal Marah

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mempelajari cara-cara mengawal kemarahan secara positif.


MASA : 60 minit

BAHAN : Pengenalan Kawal Marah (Lampiran 1), Panduan kawal marah


3B (Lampiran 2).


LANGKAH :


1. GBKSM menerangkan definisi kemarahan kepada murid.

2. GBKSM berbincang bersama murid berkaitan tanda-tanda marah

yang dialami oleh individu.

3. GBKSM mengajar Langkah 3B mengawal kemarahan (Lampiran 1).


FALSAFAH : Sabar Sebahagian Daripada Iman


MODUL MINDA SIHAT 4


LAMPIRAN 1


Nota Guru


Pengenalan Kawal Marah

Kemarahan terbina secara perlahan-lahan dan menyebabkan perubahan pada

fisiologi badan. Kemarahan juga merupakan satu masalah emosi utama akibat

daripada stres jika tidak dikawal. Marah mengakibatkan kesan emosi negatif kepada

individu dan menjejaskan keupayaan untuk berfungsi secara optimum. Kemarahan

boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan boleh berlaku secara spontan atau

perlahan-lahan.


Definisi Kemarahan

Kemarahan adalah perasaan semulajadi yang ada pada setiap individu.

Kemarahan merupakan kesan emosi akibat daripada:


i. Sakit hati / kecewa

ii. Ancaman / ugutan

iii. Penderaan fizikal

iv. Kehilangan

Tanda-tanda Marah

i. Fizikal


 Mengetap gigi

 Sakit / pening kepala

 Tangan berpeluh

 Muka merah padam


ii. Emosi

 Sedih

 Rasa bersalah

 Geram

 Gelisah

iii. Tingkah laku

 Menangis

 Menjerit

 Mengeluarkan kata-kata kesat

 Mengasingkan diri


MODUL MINDA SIHAT


LAMPIRAN 2


Nota Guru


Langkah 3B


i. B : Berhenti


 Kebolehan berhenti adalah penting supaya anda mempunyai masa

untuk mempertimbangkan situasi (melihat dan mendengar).

 Bertenang, contohnya kira sampai 10, tarik nafas dengan mendalam

atau membaca doa.

 Jika anda tidak dapat mengawal kemarahan, tinggalkan tempat

kejadian dengan serta merta.


ii. B : Berfikir


 Adalah baik jika boleh merancang pemikiran anda sebelum bercakap

dengan orang yang anda marah.

 Cuba kenal pasti dan selesaikan masalah tersebut.

 Jangan buat sesuatu yang merumitkan lagi keadaan.

 Kekal pada isu tersebut, jangan ungkit perselisihan lama dan jangan

ambil hati.


iii. B : Bertindak


 Daya tindak merujuk kepada usaha untuk mengatasi perkara yang

menimbulkan kemarahan.


MODUL MINDA SIHAT 6


5.2 AKTIVITI 2 TANGANI STRES


TAJUK : Tangani Stres 10B

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. meningkatkan pengetahuan tentang kaedah-kaedah

menangani stres.

2. meningkatkan kemahiran menangani stres.


MASA : 60 minit

BAHAN : Radio

LANGKAH :


1. GBKSM menerangkan tentang kaedah 10B kepada murid.

2. GBKSM membimbing murid dengan membuat simulasi 10B;

a. Bertenang – Membuat pernafasan relaks;

 Tarik nafas dalam kiraan 3 dan lepas.

 Tarik nafas dalam kiraan 5 dan lepas.

 Tarik nafas dalam kiraan 7 dan lepas.


b. Bernafas dengan dalam – Tarik nafas dalam-dalam dan

dalam kiraan 7 lepaskan dengan suara yang kuat.

c. Berkata: Relaks / Tak mengapa;

 GBKSM membuat provokasi kepada murid.

Contoh:

GBKSM : Ada murid yang mengatakan kamu seorang


yang pengotor.


Murid : ...tarik nafas dan menjawab......ok, tak

mengapa, nanti saya perbaiki diri.


d. Beribadat – GBKSM menggalakkan murid beribadat

mengikut agama masing-masing.

e. Bercakap dengan seseorang;

 GBKSM dan murid melakonkan aktiviti berkongsi

masalah. GBKSM dan murid saling bertukar tempat.


f. Berurut

 GBKSM melatih murid teknik mengurut leher dan

bahu serta kepala.


MODUL MINDA SIHAT


g. Berehat dan mendengar muzik;

 GBKSM menerangkan situasi yang sesuai untuk

murid mendengar muzik.

 Berbaring, pejamkan mata dan pasang muzik

dengan perlahan. Sebaik-baiknya muzik

instrumental.


h. Beriadah

 GBKSM berbincang dengan murid aktiviti riadah

yang boleh dibuat.

Contoh : Berkelah, berenang, bermain bola,

bermain dam dan berbasikal.


i. Bersenam

 GBKSM berbincang tentang aktiviti senaman.

Contoh: Jogging, aerobic, skipping, senaman lantai.


j. Berfikiran positif

 GBKSM menggalakkan murid melihat sesuatu secara

positif.

Contoh:

Situasi 1 : Seorang budak perempuan berpakaian


cantik dan bergincu.


Fikiran negatif : Budak perempuan itu mengada-


ngada.


Fikiran positif : Budak perempuan itu seorang

yang gembira dan suka dirinya

kelihatan cantik.


Situasi 2 : Seorang guru memarahi murid yang

nakal dan membuat bising di kelas.

Fikiran negatif : Guru itu marah sebab benci

kepada murid tersebut.

Fikiran positif : Guru itu marah akan perbuatan

murid tersebut dan bukan diri

murid itu.


3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


Falsafah : Usaha Tangga Kejayaan


MODUL MINDA SIHAT 8


5.3 AKTIVITI 3 TEKNIK RELAKSASI


TAJUK : Teknik Relaksasi

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengetahui maksud relaksasi.

2. menyatakan faedah latihan relaksasi.

3. mengamalkan sebahagian aktiviti latihan relaksasi.


MASA : 60 minit

BAHAN : CD teknik pernafasan dan urutan leher dan bahu.


(Lampiran 3)


LANGKAH :


1. GBKSM menerangkan teknik-teknik relaksasi seperti:

a. Latihan pernafasan

b. Urutan bahu, leher dan kaki

c. Terapi muzik

d. Relaksasi otot

e. Aromaterapi

2. GBKSM menunjukkan teknik relaksasi (Lampiran 3).

3. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Kebahagiaan Hak Milik Semua


MODUL MINDA SIHAT


LAMPIRAN 3


Nota Guru


i. Latihan Pernafasan

Proses pengendalian

a. Berdiri dengan menjarakkan kaki dan longlaikan tangan disisi.

b. Pejam mata dan biarkan kepala tunduk ke hadapan.

c. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung sedalam-dalamnya dengan

kiraan 10.

d. Hembuskan nafas perlahan-lahan melalui hidung.

e. Terapkan perasaan lega setiap hembusan nafas.

f. Ulangi 5 kali sehingga berasa tenang dan relaks.

g. Akhirnya, buka mata perlahan-lahan.


ii. Urutan leher dan bahu (Sama Jantina)

Proses pengendalian

a. GBKSM menjemput murid duduk di atas kerusi dan mendapatkan

kedudukan selesa.

b. GBKSM berdiri di belakang murid dan cadangkan melakukan urutan bahu

dan leher.

c. Minta murid tanggalkan cermin mata (jika ada) dan menutup mata.

d. Letakkan tangan GBKSM dengan perlahan di atas bahu murid.

e. Letakkan ibu jari di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan-lahan

hingga ke bahagian bahunya dan kemudian kembali ke bahagian tengkuk.

Ulangi 3 kali.

f. Dengan menggunakan kedua belah tangan, urut dari bahagian bahu

hingga ke bahagian atas lengan. Ulangi 3 kali.

g. Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke

luar menjauhi tulang belakang. Ulangi 3 kali.

h. Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk dengan menggunakan

teknik memutar.

i. Letakkan satu tangan di dahi murid dan tangan yang satu lagi di bahagian

tengkuk. Dengan perlahan putarkan kepala murid ke kanan dan kemudian

ke kiri.

j. Gunakan jari-jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke

bahagian tengah tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulangi 3 kali

k. Letakkan kembali tangan di bahagian bahu murid.


MODUL MINDA SIHAT 10


iii. Terapi muzik

Proses pengendalian

a. GBKSM mengucapkan ‘selamat datang’ serta minta murid duduk di kerusi

sofa.

b. Pilih CD mengikut kesukaan murid

c. Pasang CD dan earphone

d. Pejam mata dan bayangkan keadaan tenang sambil mendengar muzik.

e. Sekiranya murid masih stres, minta murid kongsi perasaan dengan orang

lain.


iv. Relaksasi otot

Proses pengendalian

a. GBKSM mempersilakan murid duduk di atas kerusi yang selesa

b. Pejamkan mata

c. Genggamkan sebelah tangan dengan kuat selama beberapa saat dan

tumpukan perhatian kepada ketegangan genggaman tersebut.

d. Kemudian lepaskan genggaman perlahan-lahan. Rasakan ketegangan itu

hilang perlahan-lahan.

e. Ulangi latihan ini pada otot-otot di bahagian lain badan (mata, muka, dahi,

tangan dan kaki).


MODUL MINDA SIHAT


5.4 AKTIVITI 4 BERFIKIR SECARA POSITIF


TAJUK : Berfikir Secara Positif

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui maksud pemikiran positif.

2. menyenaraikan beberapa faedah pemikiran positif.

3. mengamalkan aktiviti pemikiran positif.


MASA : 60 minit

BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 4), Panduan berfikiran positif


(Lampiran 5).


LANGKAH :


1. GBKSM memberikan satu senario kepada murid untuk

dibincangkan (Lampiran 4).

2. GBKSM akan menganalisa senario bersama-sama murid.

3. GBKSM menerangkan langkah-langkah berfikiran secara

positif (Lampiran 5):

a. Langkah 1 : Mengenalpasti situasi.

b. Langkah 2 : Menilai kewujudan pemikiran negatif.

c. Langkah 3 : Menilai sama ada pemikiran negatif

tersebut sahih/wajar, serta mempunyai

fakta yang kukuh.


d. Langkah 4 : Gantikan pemikiran negatif dengan

pemikiran yang lebih munasabah.

4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Kehidupan Lebih Bererti Apabila Fikiran Sentiasa Positif


SENARIO


Dipersalahkan Kerana Melakukan Kesalahan Disiplin


LAMPIRAN 5


Nota Guru

Kemungkinan Respon

i. Respon Negatif

Pemikiran negatif :-

Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,

“Mesti ada orang cuba menganiaya aku”.


Tindakan negatif:-

Berasa kecil hati. Suka ponteng kelas dan sekolah. Terus bersedih dan sentiasa

mengelak daripada berjumpa rakan dan GBKSM.


Hasil negatif:-

Tidak dapat menumpukan perhatian kepada pdp dalam kelas. Keputusan

peperiksaan semakin merosot dan mencari alasan untuk berhenti sekolah.


ii. Respon Positif

Pemikiran positif:-

Situasi ini akan diterima dengan ungkapan sebegini,

“Aku akan cuba berubah dengan lebih baik pada masa akan datang”.


Tindakan positif:-

Berjumpa dengan GBKSM untuk membincangkan langkah- langkah bagi memperbaiki

diri.

Hasil positif:-

Berasa selesa dengan diri sendiri dan mempunyai harga diri yang tinggi. Tidak perlu

mengalami stres.


MODUL MINDA SIHAT


5.5 AKTIVITI 5 HARGA DIRI


TAJUK : Harga Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui maksud kepentingan harga diri.

2. mengenalpasti perasaan yang wujud dan cara

menanganinya.

3. mengenalpasti kelemahan dan kekuatan untuk membantu

kemajuan diri.


MASA : 60 minit

BAHAN : Helaian potensi diri (Lampiran 6).

LANGKAH :


1. GBKSM berbincang dengan murid tentang maksud harga diri.

2. GBKSM mengedar dan membimbing murid melengkapkan Helaian

Potensi Diri (Lampiran 6).

3. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelebihan diri yang perlu

terus kekal pada diri dan ditingkatkan.

4. GBKSM berbincang dengan murid tentang kelemahan diri yang

perlu diperbaiki.

5. Murid diminta menyusun butiran potensi diri mengikut keutamaan.

6. GBKSM membuat pengukuhan.

7. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Kejayaan Akan Dicipta Oleh Orang Yang Mempunyai Harga Diri


Yang Tinggi.


MODUL MINDA SIHAT 14


LAMPIRAN 6


Helaian Potensi Diri


Kelebihan Diri Kelemahan Diri


1.


2.


3.


4.


5.


1.


2.


3.


4.


5.


MODUL MINDA SIHAT


5.6 AKTIVITI 6 PENYELESAIAN MASALAH


TAJUK : Penyelesaian Masalah

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. menyatakan apa itu penyelesaian masalah.

2. menyenaraikan kebaikan penyelesaian masalah yang baik.

3. membincangkan langkah-langkah untuk menyelesaikan

masalah.


MASA : 60 minit

BAHAN : Lembaran senario (Lampiran 7), panduan kemahiran daya

tindak (Lampiran 8) dan tips membuat keputusan (Lampiran 9).


LANGKAH :


1. GBKSM memberi senario kepada murid (Lampiran 7).

2. GBKSM perlu menyenaraikan respon daripada murid dan

membincangkan di papan putih.

3. GBKSM melatih murid menggunakan pendekatan IDEAL untuk

mempertingkatkan kemahiran penyelesaian masalah (Lampiran 7)

4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Agi Idup Agi Ngelaban


MODUL MINDA SIHAT 16


LAMPIRAN 7


CONTOH SENARIO

Ahmad seorang murid yang pemalu dan pendiam. Disebabkan oleh sikapnya itu

beliau sering menjadi bahan ejekan dan dibuli oleh rakan-rakan sekolah. Ahmad juga


tidak mampu untuk membuat aduan kepada guru kerana telah diugut oleh murid-

murid tersebut. Jika anda adalah Ahmad, bagaimanakah anda menyelesaikan


masalah ini?


i. I – Identify (kenalpasti masalah)

Ahmad sering menjadi bahan ejekan dan buli akibat sifatnya yang pemalu dan

pendiam.


ii. D – Describe (Huraikan pilihan yang ada)

a. Membuat aduan kepada guru.

b. Membiarkan saja perlakuan tersebut.

c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan.

d. membuat keputusan memberitahu ibu bapa dan pindah sekolah.


iii. E – Evaluate (Buat penilaian bagi setiap pilihan: kelebihan dan kelemahan)

a. Membuat aduan kepada guru

 Masalah dapat diselesaikan.

 Dapat bersekolah dengan tenang.

 Murid akan diambil tindakan dihukum.

 Murid akan berdendam kepadanya.


b. Membiarkan saja perlakuan tersebut

 Masalah tidak dapat diatasi.

 Murid akan terus mengejek dan membuli.

 Ahmad akan lebih murung dan stres.


c. Bertindak agresif dengan membalas tindakan rakan

 Akan berasa puas dapat membalas

 Timbul rasa yakin diri dan berani

 Akan diambil tindakan oleh guru disiplin


MODUL MINDA SIHAT


d. Membuat keputusan pindah sekolah

 Mendapat suasana dan rakan baru.

 Lebih fokus untuk belajar kerana tiada gangguan.

 Sekiranya tidak berubah daripada sikap lamanya maka dia akan terus

dibuli di sekolah baru.

 Mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.


v. A – Act (Bertindak berdasarkan pilihan yang baik)

Pilih keputusan ( A )

Sebab-sebab memilih adalah dengan membuat aduan kepada guru, oleh itu

masalah akan dapat diatasi kerana murid yang membuli akan diambil

tindakan, seperti tindakan disiplin, kaunseling dan sebagainya dan dirinya juga

akan diberi dorongan dan kaunseling agar dapat membina keyakinan diri.


vi. L – Learn (Belajar dan semak semula)

Menyedari bahawa terdapat banyak pilihan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Pilihan yang terbaik adalah yang paling praktikal.


5.7 AKTIVITI 7 TEGAS DIRI


TAJUK : Tegas Diri

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:

1. mengetahui maksud tegas diri.

2. memberi contoh individu yang tegas diri.

3. membuat latihan untuk menilai tahap perlakuan tegas diri

murid.


MASA : 60 minit

BAHAN : Borang Penilaian Sikap Tegas Diri (Lampiran 10), Nota Guru


(Lampiran 11).


LANGKAH :


1. GBKSM mengedarkan Borang Penilaian Sikap Tegas Diri berkaitan

sikap asertif (Lampiran 10).

2. GBKSM meminta murid menjawab Borang Penilaian Sikap Tegas

Diri.

3. GBKSM mentafsir sikap tegas diri murid.

4. GBKSM menerangkan ciri-ciri individu yang asertif.

5. GBKSM menerangkan perbezaan di antara sikap pasif, tegas dan

agresif/garang (Lampiran 11)

6. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Berani Kerana Benar


MODUL MINDA SIHAT


LAMPIRAN 10


BORANG PENILAIAN SIKAP TEGAS DIRI


BIL ITEM


SKALA


1

Kerap

2

Kadang

kala

3

Jarang

Sekali

4

Tidak

Pernah


1.

Dalam sesuatu mesyuarat yang diselubungi oleh

kemarahan, percanggahan pendapat, saya boleh bercakap

dengan penuh yakin.

2. Jika saya berasa ragu-ragu, saya mudah meminta

pertolongan.

3. Kalau ada sesiapa bersikap tidak adil dan garang, saya

dapat menangani situasi ini dengan penuh keyakinan.

4. Bila seseorang suka menyindir saya ataupun orang lain,

saya dapat bercakap tanpa berasa marah.

5. Bila saya ditindas, saya akan menyuarakan pandangan

dengan terus terang tanpa bersikap agresif.


6.

Sekiranya saya berasa saya diambil mudah, saya boleh

menarik perhatian mengenai perkara itu tanpa bermasam

muka atau rasa kecewa.


7.

Kalau seseorang meminta kebenaran untuk melakukan

sesuatu yang saya tidak mahu beliau lakukan, seperti

merokok, saya akan menyatakan;

"JANGAN" tanpa berasa bersalah.

8. Jika sesiapa meminta pendapat tentang sesuatu, saya

boleh memberikan pandangan walaupun tidak popular.

9. Saya boleh berhubung secara mudah dan berkesan dengan

orang atasan.


10.

Bila layanan yang diberi tidak memuaskan samada di kedai

ataupun di restoran, saya dapat menyatakan perasaan

tidak puas hati tanpa menyerang pihak lain.

11.

Bila terdapat sesuatu peluang / tawaran yang penting,

saya akan menyuarakan bagi pihak diri sendiri.

12. Bila saya dapat mengesan sesuatu yang tidak betul, saya

akan bertindak tanpa menunggu akibat yang lebih buruk.

13. Bila ada berita buruk yang perlu saya sampaikan, saya

dapat menyatakan dengan tenang tanpa terlalu risau.


MODUL MINDA SIHAT 20


14. Jika saya memerlukan sesuatu, saya akan memintanya

secara berterus terang.


15.

Bila seseorang tidak memberi perhatian terhadap apa yang

saya katakan, saya berupaya menyampaikan maksud saya

tanpa bercakap lantang dan berasa kecewa.


16.

Bila seseorang silap memahami apa yang saya sampaikan,

saya akan membuat pembetulan tanpa rasa bersalah

ataupun memperkecilkan orang itu.


17.

Bila saya tidak bersetuju dengan pandangan ramai, saya

dapat menyampaikan pendapat saya tanpa rasa bersalah

ataupun angkuh.

18. Saya sedia menerima teguran.

19. Saya dapat memberikan pujian tanpa berasa malu atau

kelihatan mengampu.

20. Bila marah, saya masih dapat menyampaikan pendapat

tanpa menghukum atau pun berasa kecewa.


KAEDAH MENGIRA SKOR PENILAIAN TEGAS DIRI (ASERTIF)


 Jumlahkan kesemua markah pada jawapan setiap ruang.

 Kalau jumlah di antara 20 - 25, klien adalah seorang yang berkeyakinan dan asertif dalam

menghadapi sebarang situasi.

 Kalau jumlah di antara 26 - 35, walaupun klien boleh mempunyai sikap asertif tetapi boleh

diperbaiki melalui latihan tegas diri.

 Kalau jumlah di antara 36 - 50, sikap tegas diri klien tidak konsisten dan perlu berusaha untuk

memperbaiki sikap.

 Kalau jumlah skor di antara 51 - 80, klien perlu berusaha keras untuk membentuk sikap tegas

diri.


MODUL MINDA SIHAT


LAMPIRAN 11


NOTA GURU


PERBEZAAN DI ANTARA SIKAP PASIF, TEGAS DAN AGRESIF/ GARANG

Pasif Tegas Agresif/Garang


Lisan


 Meminta maaf

 Merayu

 Meleret dan

meremehkan

 Merendah diri


 Kenyataan ringkas dan

jelas

 Pernyataan menunjuk

kehendak

 Pernyataan objektif

 Kritikan membina


 Lebih menyebut saya

 Angkuh

 Menekan

 Mengancam

 Menyindir

 Menyalah dan

merendahkan orang


Bukan

Lisan

a) Umum


b) Khusus


 Gerak badan yang

mengharap orang

bertanya kemahuan

anda

 Pandangan yang tidak

menyakinkan apabila

menyatakan sesuatu


 Tingkah laku mendengar

penuh minat, yakin,

membayangkan kekuatan

dan prihatin


 Menunjuk kekuatan

secara berlebihan,

angkuh


Suara


 Tidak bermaya,

teragak-agak, halus dan

ragu-ragu


 Tegas, mesra, relaks dan

suara yang bersesuaian


 Nyaring, kuat, tidak

mesra dan autoritatif


Mata


 sentiasa merenung ke

bawah, berair dan

merayu


 Pandangan ikhlas, ada

eye contact tetapi bukan

menatap dengan tajam


Lain-lain

a) Kedudukan

diri


b) Gaya atau

posisi

tubuh

c) Tangan

d) Kaki


 Mencari sokongan

 Memutarbelit

 Membongkok

 Cuba menyembunyikan

diri

 Mengangguk kepala

berlebihan

 Sejuk dan menggeletar

 Berjalan menyeret,

resah gelisah dan

menghayun kaki


 Selesa dan relaks


 Relaks dan pergerakan

yang yakin

 Kedudukan selesa


 Menuding jari

 Cekak pinggang, kasar

dan suka menyindir


 Tindakbalas terburu-

buru dan menumbuk-

numbuk


 Mengetuk dengan

perlahan


MODUL MINDA SIHAT 22


5.8 AKTIVITI 8 BUAT CERITA


TAJUK : Buat Cerita

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengenalpasti perkara yang patut dilakukan dalam

menghadapi permasalahan hidup.

2. menangani masalah yang dihadapinya.


MASA : 60 minit

BAHAN : Contoh helaian cerita (Lampiran 12)

LANGKAH :


1. GBKSM memberi contoh helaian cerita kepada murid untuk dibaca

(Lampiran 12).

2. GBKSM meminta murid untuk menulis ceritanya sendiri mengikut

masalah yang sedang dialaminya.

3. GBKSM berbincang dengan murid tentang masalah yang dihadapi

mengikut nota panduan berikut;

 Apakah cabaran yang ditempuhi oleh watak dalam cerita?

 Apakah yang perlu dilakukan oleh watak untuk mengatasi

masalahnya.

 Siapakah orang yang boleh berkongsi cerita dengan watak.

 Apakah kekuatan yang ada pada diri untuk dijadikan sebagai

benteng kekuatan diri.


4. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Setiap Penyakit Ada Ubatnya


MODUL MINDA SIHAT


LAMPIRAN 12


Helaian Cerita


Dear Diary,

Ohhh.......Elly memang dah tak nak kawan dengan aku lagi.

Nampaknya dia cuma nak kawan dengan orang yang

pandai macam dia. Masa aku pergi rumah dia, dia macam

malas nak layan aku, macam terpaksa aje.

Aku rasa dah keseorangan dalam dunia ini. Kawan-kawan,

emak, abah, abang, kakak malah adik pun macam

menyingkirkan aku. Aku rasa teruk sangat, ke mana aku

nak mengadu.................


MODUL MINDA SIHAT 24


5.9 AKTIVITI 9 MOTO HIDUP


TAJUK : Moto Hidup

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. mengetahui kepentingan untuk bersifat sabar.

2. mengukuhkan sifat cekal bagi mencapai kejayaan dalam

hidup.

3. membina matlamat diri untuk berjaya.


MASA : 60 minit

BAHAN : Peribahasa (Lampiran 13).

LANGKAH :


1. GBKSM mengedarkan helaian peribahasa (Lampiran 13).

2. GBKSM dan murid berbincang tentang maksud peribahasa.

3. GBKSM mengaitkan peribahasa tersebut dengan diri murid.

4. GBKSM meminta murid memberi contoh peribahasa lain yang

sesuai untuk dirinya yang dapat dijadikan panduan dalam

kehidupan.

5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Yang Baik Jadikan Teladan, Yang Buruk Jadikan Sempadan.


MODUL MINDA SIHAT


LAMPIRAN 13


PERIBAHASA

Berikan maksud peribahasa di bawah.


1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________


2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________


3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________


4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________


MODUL MINDA SIHAT 26


Nota Guru


1. “ Belakang parang diasah lagikan tajam”

JIKA BERUSAHA DENGAN GIGIH PASTI AKAN BERJAYA


2. “Genggam bara api biar sampai jadi arang”

MEMBUAT SESUATU PEKERJAAN YANG SUSAH HENDAKLAH SABAR SEHINGGA

MENCAPAI KEJAYAAN.


3. “ Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”

CITA-CITA TANPA USAHA TIDAK AKAN TERCAPAI


4. “Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit”

USAHA YANG TERUS MENERUS PASTI AKHIRNYA AKAN MEMBERIKAN HASIL


MODUL MINDA SIHAT


5.10 AKTIVITI 10 RANCANGAN HIDUPKU


TAJUK : Rancangan Hidupku

OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:


1. membuat perancangan hidup bagi memastikan pencapaian

matlamat yang telah ditetapkan.


MASA : 60 minit

BAHAN : Helaian Rancangan Hidupku (Lampiran 14).

LANGKAH :


1. Murid diminta melengkapkan helaian Rancangan Hidupku

(Lampiran 14).

2. Murid diminta membacakan maklumat yang telah ditulis dalam

helaian Rancangan Hidupku.

3. GBKSM dan murid berbincang sama ada butiran yang ditulis

adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai.

4. Murid diminta menyimpan helaian Rancangan Hidupku untuk

dijadikan panduan membina matlamat hidup.

5. GBKSM dan murid merumuskan aktiviti yang dijalankan.


FALSAFAH : Kehidupan Yang Dirancang Dengan Baik Akan Memberi


Ketenangan


MODUL MINDA SIHAT 28


LAMPIRAN 14


Helaian Rancangan Hidupku


Matlamat Hidupku Pelan Matlamat Hidup


Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang


boleh Membantu


Usaha Yang Akan Dibuat


MODUL MINDA SIHAT


Nota Guru


Helaian Rancangan Hidupku


Matlamat Hidupku


Saya ingin menjadi doktor


Pelan Matlamat Hidup


1. Masuk kelas sains tulen

2. Belajar subjek sains tulen

3. Dapat A semua subjek

4. Masuk matrikulasi atau asasi hayat

5. Menyambung ijazah perubatan


Faktor-Faktor Dalaman dan Luaran Yang


boleh Membantu


Rakan sebaya

Sokongan guru

Sokongan ibu bapa

Asertif


Usaha Yang Akan Dibuat


Tuisyen

Belajar sendiri

Bertanya kepada guru

Belajar dalam kumpulan

Share:

Lawatan Pendidikan Bersama GB Aliran Bahasa Cina Daerah Samarahan

Share:

SARINGAN MINDA SIHAT 1 2023 DAN MODUL INTERVENSI PRISMA

PELAKSANAAN SARINGAN MINDA 1 2023

Merujuk kepada perkara diatas, pelaksanaan SMS1 bermula 4 JULAI 2023
Mohon merujuk surat KPM 600 -17/1/22 Jld. 7 (45) bertarikh 26 Jun 2023. Oleh itu, sekolah-sekolah perlu menyiapkan SARINGAN MINDA SIHAT 1 sebelum 8 SEPTEMBER 2023. 
Pautan SMS1 Sekolah Menengah: 
https://sepkm.com/msihatmenengah/
Pautan SMS1 Sekolah Rendah: 
https://sepkm.com/msihatrendah/
Pautan SMS1 Sekolah Model Khas:
https://sepkm.com/msihatkhusus/


PANDUAN DAN BAHAN MINDA SIHAT 1 2023 (MODUL MINDA SIHAT) PRISMA 


https://www.youtube.com/watch?v=OVjG2AZsp3I

KESEDARAN KENDIRI

AKTIVITI 1 : Jom Kenali Emosi
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti emosi diri,
2. menanda (√) pada gambar emoji yang menggambarkan emosi diri,
3. menilai emosi diri dengan betul.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lembaran Aktiviti Jom Kenali Emosi
LANGKAH :
1. Murid menerima ‘Lembaran Aktiviti Jom Kenali Emosi’.
2. Murid memahami ciri-ciri emosi secara umum dengan betul.
3. Murid mengenal pasti emosi diri mereka dengan betul.
4. Murid menanda (√) pada gambar emoji untuk menggambarkan emosi diri
mereka dengan betul.
5. Murid menilai emosi diri mereka sama ada positif atau negatif dengan
betul.
FALSAFAH :
Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang – emosi adalah sesuatu yang
tersembunyi namun boleh dikesan melalui riak wajah dan tingkah laku.

Edaran Guru

KESEDARAN KENDIRI

AKTIVITI 2 : Termometer Emosi
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti tahap emosi diri,
2. menyatakan tahap emosi diri,
3. menilai tahap emosi diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lembaran Aktiviti Termometer Emosi
LANGKAH :
1. Murid menerima lembaran aktiviti Termometer Emosi.
2. Murid memahami tahap emosi diri secara umum dengan betul.
3. Murid mengenal pasti tahap emosi diri mereka dengan betul.
4. Murid menyatakan tahap emosi diri mereka dengan betul.
5. Murid menilai tahap emosi diri mereka dengan skala 0-5 berdasarkan
lembaran aktiviti (menulis, melukis emoji atau perkongsian lisan).
FALSAFAH :
Bagai air di daun talas – Emosi kita selalu berubah-ubah, oleh itu perlu sentiasa
dibuat penilaian dan muhasabah diri.

KESEDARAN KENDIRI

AKTIVITI 3 : Chici Chaca Emosiku
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti cara relaksasi melalui lagu dan pergerakan,
2. mengaplikasi teknik relaksasi melalui nyanyian dan pergerakan,
3. menilai tahap ketenangan menerusi relaksasi nyanyian dan pergerakan.
MASA : 30 minit
BAHAN : Video ‘Chichi Chacha‘ – Episod Emosi
Rujukan : https://youtu.be/1dm2htUvAtM

LANGKAH :
1. Murid memahami lirik dan pergerakan mengikut lagu yang dinyanyikan.
2. Murid mengenal pasti cara relaksasi melalui lagu dan pergerakan dengan
betul.
3. Murid mengaplikasi teknik relaksasi melalui nyanyian dan pergerakan
dengan betul.
4. Murid membuat refleksi mengenai jenis-jenis emosi yang terdapat dalam
lirik lagu (marah, sedih, ceria, gembira, takut, jijik dan geli).
5. Murid menilai tahap ketenangan menerusi relaksasi nyanyian dan
pergerakan yang dilakukan dengan skala tiada perubahan, tenang atau
sangat tenang secara lisan.
FALSAFAH :
Orang yang bijak sentiasa mencari jalan untuk melakukan kebaikan pada diri
sendiri.


KESEDARAN KENDIRI

AKTIVITI 4 : Teknik Daun Luruh
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti teknik pernafasan yang betul,
2. melakukan teknik pernafasan yang betul,
3. menilai tahap ketenangan emosi diri menerusi teknik pernafasan.
MASA : 30 minit
BAHAN : Poster ‘Mudahnya Kawal Kebimbangan’ (Teknik Daun Luruh)
LANGKAH :
1. Murid duduk dengan tegak, fokus dan bayangkan diri mereka dalam
keindahan alam yang mendamaikan.
2. Murid mengamati poster ‘Mudahnya Kawal Kebimbangan’
(Teknik Daun Luruh)
3. Murid memahami teknik pernafasan 5-3-5 iaitu 5 saat menarik nafas
(melalui hidung), 3 saat menahan nafas dan 5 saat menghembus nafas
secara perlahan-lahan (melalui mulut).
4. Murid melakukan teknik pernafasan 5-3-5 (seperti langkah 3).
5. Murid mengulangi teknik di atas sehingga lengkap satu kitaran daun.

6. Murid menamatkan satu kitaran dan berkata ‘relakslah’ sambil menepuk-
nepuk bahu.

7. Murid melakukan aktiviti ini sebanyak 3 kitaran daun.
8. Murid menilai tahap kebimbangan pada skala sangat tenang, tenang atau
tidak tenang secara lisan.
RUJUKAN TAMBAHAN :
1. https://youtu.be/JsuqnzqZimQ (Muzik Instrumental)
2. https://youtu.be/gLbK0o9Bk7Q (Alternatif Teknik Pernafasan)
FALSAFAH :
Angin sepoi-sepoi bahasa itu lebih damai berbanding tiupan taufan – kawal
kebimbangan diri dengan mengamal teknik pernafasan sebelum ianya lebih
memudaratkan diri.


REGULASI KENDIRI

AKTIVITI 5 : Di Saat Diriku Tersakiti
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti bahagian tubuh yang sakit akibat emosi diri,
2. menyenaraikan punca menyebabkan tubuh menjadi sakit akibat emosi diri,
3. menilai kekerapan tubuh yang sakit akibat emosi diri.
MASA : 15 minit
BAHAN : Lembaran Aktiviti ‘Di Saat Diriku Tersakiti’.

LANGKAH :
1. Murid menerima lembaran aktiviti ‘Di Saat Diriku Tersakiti’.
2. Murid memahami bahagian tubuh yang sakit atau tidak selesa.
akibat perubahan emosi diri secara umum dengan betul.
3. Murid mengenal pasti bahagian tubuh mereka yang sakit atau tidak selesa
akibat perubahan emosi diri.
4. Murid menyenaraikan punca menyebabkan tubuh menjadi sakit atau tidak
selesa akibat perubahan emosi diri.
5. Murid menilai kekerapan bahagian tubuh yang sakit atau tidak selesa akibat
perubahan emosi diri dengan menggunakan skala jarang-jarang, kerap atau
sangat kerap secara lisan.
FALSAFAH :
Biar ribut membelah bumi, akarnya pokok usah terbongkar – perubahan emosi
adalah normal dan dialami oleh semua orang, namun jangan biarkan perubahan
emosi membinasakan diri sendiri.




REGULASI KENDIRI

AKTIVITI 6 : Apa Saya Buat Bila Marah
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti tingkah laku kemarahan,
2. mengaplikasi tingkah laku positif dalam pengurusan kemarahan,
3. menilai tingkah laku positif dalam pengurusan kemarahan dengan betul.
MASA : 15 minit
BAHAN : Lembaran Aktiviti ‘Apa Saya Buat Bila Marah’
LANGKAH :
1. Murid menerima lembaran aktiviti ‘Apa Saya Buat Bila Marah’.
2. Murid memahami tingkah laku kemarahan secara umum dengan betul.
3. Murid mengenal pasti tingkah laku kemarahan mereka dengan betul.
4. Murid membuat penilaian tingkah laku semasa marah secara kendiri.
5. Murid membuat perbandingan tingkah laku yang patut dan tidak patut
dilakukan semasa dalam keadaan marah.
6. Murid dapat menjelaskan kesan dan akibat daripada tingkah laku
kemarahan yang negatif dan positif dengan betul.
FALSAFAH :
Seperti kain kasa di atas duri – sesuatu perkara yang terlalu sukar untuk
diselesaikan, harus sabar dan berhati-hati untuk mengatasinya.


REGULASI KENDIRI

AKTIVITI 7 : Tenangkan Minda
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti teknik relaksasi minda,
2. menjalankan aktiviti relaksasi minda,
3. murid menilai tahap ketenangan diri menerusi teknik relaksasi minda.
MASA : 30 minit
BAHAN : Video ‘Model 5R: Relax 3 (Imaginasi Minda)’
Rujukan : https://youtu.be/VZmdT4VMars

LANGKAH :
1. Murid berada dalam keadaan tenang dan bersedia
2. Murid memahami audio dan cerita yang didengar dan ditonton dengan
fokus.
3. Murid melakukan teknik relaksasi minda (hipnosis) dengan menutup mata
dan mendengar ulangan audio dan cerita daripada video yang ditayangkan.
4. Murid menilai tahap ketenangan minda dan emosi mereka selepas aktiviti
relaksasi minda pada skala sangat tenang, tenang atau tidak tenang secara
lisan.
5. Guru boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam penceritaan.
6. Guru perlu peka terhadap murid agar kekal fokus sepanjang aktiviti.

FALSAFAH :
Menangi minda anda, maka anda akan menang dalam realiti


REGULASI KENDIRI

AKTIVITI 8 : Jaga Dirimu Selalu
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti tanda-tanda kebimbangan,
2. menyenaraikan tanda-tanda kebimbangan,
3. menilai tahap kebimbangan yang dihadapi.
MASA : 30 minit
BAHAN : Pen atau pensil dan Lampiran ‘Kenalpasti Tanda-tanda

Kebimbangan (Anxiety)

LANGKAH :
1. Murid berkongsi pengalaman atau pengetahuan mereka mengenai
kebimbangan dan tanda-tandanya.
2. Murid menerima lampiran ‘Kenal Pasti Tanda-Tanda Kebimbangan’ dan
menandakan serta menyenaraikan tanda-tanda kebimbingan yang mereka
alami.
3. Murid berkongsi tanda-tanda kebimbangan yang dialami.
4. Murid menilai tahap kebimbangan yang dihadapi pada skala sangat tenang,
tenang atau tidak tenang secara lisan.
FALSAFAH :
i. Seperti air di dalam kolam – Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
ii. Air dalam terenang – Hidup yang tenang dan tenteram.

MOTIVASI

AKTIVITI 9 : Jom Urus Rasa Marah
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan,
2. mengaplikasi cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan,
3. menilai tahap kualiti cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan.
MASA : 15 minit
BAHAN : Lembaran Aktiviti ‘Jom Urus Rasa Marah’

LANGKAH :
1. Murid menerima lembaran aktiviti ‘Jom Urus Rasa Marah’.
2. Murid memahami cara-cara mengurus kemarahan secara umum
dengan betul.
3. Murid mengenal pasti cara-cara mengurus tingkah laku kemarahan
mereka dengan betul.
4. Murid mengaplikasi langkah-langkah mengurus tingkah laku kemarahan
secara berpasangan menerusi kaedah main peranan berdasarkan situasi
yang diberikan.
5. Murid menilai kualiti langkah-langkah mengurus tingkah laku kemarahan
daripada hasil pembentangan main peranan rakan-rakan.
FALSAFAH :
Jagalah dirimu daripada sifat marah kerana kemarahan itu dimulai dengan
ketidakwarasan dan berakhir dengan penyesalan.

MOTIVASI

AKTIVITI 10 : Fuh....Fuh....
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti teknik relaksasi yang efektif,
2. mengaplikasi teknik relaksasi yang sesuai,
3. menilai tahap ketenangan emosi diri menerusi teknik relaksasi.
MASA : 30 minit
BAHAN : Belon
LANGKAH :
1. Murid menerima 3 belon setiap seorang.
2. Murid mengenal pasti teknik untuk melakukan aktiviti meniup belon.
2.1 Belon A - Tiup hingga meletup. (labelkan huruf A)
2.2 Belon B - Tiup hingga membesar kemudian lepaskan belon. Udara
dalam belon akan keluar dengan cepat sehingga belon
mengempis. (tuliskan nama singkatan murid)
2.3 Belon C - Tiup hingga membesar kemudian keluarkan udaranya
sedikit demi sedikit secara perlahan-lahan sehingga belon
mengempis. (labelkan huruf C)
3. Murid memahami refleksi seperti berikut;
3.1 Udara yang masuk ke dalam belon itu adalah masalah.
3.2 Belon A - Jika masalah yang ada tidak diatasi dengan baik maka
masalah akan bertambah besar dan kritikal.
3.3 Belon B - Jika penyelesaian masalah dilakukan secara terburu-buru
dan tidak terancang, masalah yang ada akan bertambah teruk dan
gagal dikawal.
3.4 Belon C - Jika penyelesaian masalah berjaya ditemui dengan tenang
dan terancang, masalah dapat diatasi dengan baik.

FALSAFAH :
Tenang menghadapi segala cabaran.

MOTIVASI

AKTIVITI 11 : Teropong Diri
OBJEKTIF :
Pada akhir aktiviti murid dapat ;
1. mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri,
2. menyenaraikan kekurangan dan kelebihan diri,
3. menilai tindakan untuk mengatasi kekurangan diri dan cara memanfaatkan
kelebihan diri.
MASA : 30 minit
BAHAN : Lembaran ‘Aktiviti Teropong Diri’
LANGKAH :
1. Murid menerima lembaran ‘Aktiviti Teropong Diri’.
2. Murid mengenal pasti kekurangan dan kelebihan diri.
3. Murid menyenaraikan kekurangan dan kelebihan diri pada lembaran aktiviti.
4. Murid menilai tindakan untuk mengatasi kekurangan diri dan cara
memanfaatkan kelebihan diri.
5. Murid berkongsi mengenai lembaran aktviti yang telah disiapkan.
6. Murid dapat mengatasi kebimbangan dengan melakukan penilaian diri.
7. Murid dapat memanfaatkan kelebihan diri yang ada dan memperbaiki
kekurangan diri dalam mengurus kebimbangan dengan bimbingan GBK.
8. Menyanyikan lagu tema program “Aku Bahagia” pada akhir sesi.
FALSAFAH :
Mensyukuri anugerah diri, menenangkan jiwa sepanjang usia.





RUJUKAN ATAU SUMBER

MODUL PRISMA | 46

1. Teori Kecerdasan Emosi ; Daniel Goleman
2. https://youtube.com/channel/UCsoklqgr4RtX149cBkUj1lw
(Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Bukit Indah, Selangor)
3. https://youtube.com/user/chichidanchacha












Share:

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages