GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING ZON SAMARAHAN DAN CARTA ORAGNISASI PGBKS ZON SAMARAHAN


 Hari ini berjaya berjaya menggumpul dan menyusun data GBK Zon Samarahan 2021. 

Selamat berkenalan 

https://anyflip.com/fytie/pkte/


CARTA ORGANISASI PGBKS, ZON SAMARAHAN



AJK ini turut terpakai 2021-2022




Share:

7 Tips Belajar di Rumah Semasa PKP Supaya Tak Ketinggalan Pelajaran

Walaupun sudah hampir setahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, itu bukan lah halangan untuk pelajar meneruskan pembelajaran. Pelajar masih lagi berpeluang untuk meneruskan pembelajaran secara atas talian (Online) di rumah masing-masing. Bagi memastikan pelajar tak tertinggal jauh dalam pelajaran, belajar di rumah adalah sangat penting dan ibu bapa juga perlu memainkan peranan yang besar untuk memantau aktiviti pembelajaran anak-anak mereka di rumah. Berikut saya kongsikan beberapa tips dan kaedah belajar di rumah sewaktu PKP supaya tak cepat bosan dan ketinggalan jauh dalam mata pelajaran. 

1. Buat Jadual Harian Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan, itu bukan alasan untuk menutup buku. Proses pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa di rumah masing-masing. Oleh itu, jadual belajar adalah sangat penting. Dengan adanya jadual, anda dapat seimbangkan masa belajar, berehat dan bermain. Selain itu, ia juga dapat melatih mendisiplinkan diri dalam menepati masa walaupun di rumah. Dengan adanya jadual belajar juga, pasti anda tidak akan terlepas kelas-kelas online yang diatur oleh guru. 

2. Membuat Nota Selepas belajar dan memahami sesuatu bab, anda haruslah membuat nota ringkas sebagai tanda anda telah memahami pelajaran yang dipelajari. Dengan adanya nota juga ia dapat membantu anda untuk mengimbas kembali fakta dan maklumat yang telah dibaca supaya dapat memantapkan lagi daya ingatan.
3. Ikuti Sesi Pembelajaran Secara Online Sejak PKP ini berlangsung, ramai guru dan pensyarah telah mula bergerak aktif dengan menyediakan bahan pembelajaran secara online kepada pelajar. Ada guru yang merakam video kemudian dihantar kepada pelajar dan ada juga guru yang melaksanakan sesi pembelajaran secara langsung dengan menggunakan aplikasi Zoom, Google Classroom dan macam-macam lagi bagi mengajar anak murid secara online. Dengan mengikuti semua kelas online yang dibuat oleh guru, pasti tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. 

4. Tonton Video Pembelajaran di YouTube Boleh dikatakan hampir kesemua pelajar gemarkan Youtube. Jadi, apa kata kali ini anda manfaatkan penggunaan YouTube untuk tujuan pembelajaran. Banyak Channel berkaitan pembelajaran yang boleh ditonton dan ini merupakan kaedah pembelajaran yang paling berkesan untuk belajar di rumah. Bila tak faham, boleh ulang tengok sampai faham, kan senang. Jadi ini antara Channel YouTube Pengajaran Cikgu di Malaysia: Cikgu Romie (Matematik), Cikgu Hailmi (Sains), Cikgu Adlina Sojep (Sejarah)

5. Tonton Channel Pendidikan di TV Selain itu, para pelajar juga boleh belajar melalui saluran TV Pendidikan dan ini juga dapat membantu murid yang tiada sambungan internet di rumah atau sambungan internet yang agak lemah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah sepanjang tempoh PKP. Anda boleh tonton di saluran Astro Tutor TV dan TV Okey di RTM. 

6. Gunakan WhatsApp Untuk Dapatkan Nota & Kerja Sekolah Dalam waktu PKP ini, ramai guru yang dah mula buat group-group pembelajaran dengan pelajar menggunakan aplikasi WhatsApp. Guru akan berkongsi semua nota dan kerja rumah melalui aplikasi ini. Jadi, anda perlu sentiasa peka. Baca semua nota dan siapkan latihan yang guru beri. Guru dah sediakan bahan, jadi hargailah usaha guru. 

7. Muat Turun Aplikasi Pembelajaran di Play Store/App Store Sekarang semuanya di hujung jari. Kini di Play Store dan juga App Store telah menyediakan pelbagai aplikasi berkaitan pembelajaran yang boleh di muat turun secara percuma dan berbayar. Antara aplikasi yang ada; belajar grammar, jawab quiz dan macam-macam lagi. Boleh search sendiri. Taip saja pasti keluar.


kredit : https://sembangkejayaan.blogspot.com
Share:


 

Share:



Kaedah sistematik menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif


Secara mudahnya, PPSi ini mengenalpasti kecenderungan murid dalam pelbagai aspek dalam kehidupan

Share:

 Apa Itu Kaunseling?

KAUNSELING bukan bermaksud memberi nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Namun kaunselor tidak memberi jawapan secara angsung kepada semua persoalan klien. Kerana apa yang baim untuk kaunselor tidak semestinya baik untuk klien. Keistemewaan khidmat kaunseling ialah membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah kepada isu yang dihadapi.

Oleh itu kaunseling bukan mermaksud nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara kaunselor dan klien turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah Dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya Dalam permasalahannya bukan masalahnya.

Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran semula. Pembelajaran semula berlaku melalui perkongsian cerita atau penglahiran perasaan, mendapat pengetahuan atau maklumat baru hasil daripada interaksi bersama kaunselor, mendapat kemahiran baru melalui contoh atau model daripada kaunselor dan melalui main peranan.

Definisi Kaunseling

Menurut Blocher (Shertzer & Stone, 1974), Kaunseling adalah satu proses interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan persekitaran dan menghasilkan pembentukan dan/ atau penjelasan matlamat dan nilai untuk tingkahlaku masa depan.

Krumboltz (Georange & Cristiani, 1990), pula mengatakan, kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor Dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesaian kepada masalah klien.

Patterson(1967) Dalam bukunya The Conselor in the School, menjelaskan bahawa kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan diantara seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti Dalam usaha memperbaiki kesihatan mantal klien.

Carl Rogers Dalam bukunya Caunseling and Psychotherapy, menyebut kaunseling sebagai suatu proses pembetulan diri untuk berkembang secara biasa dengan pertolongan pakar dan dapat pula menerima pengalaman yang belum pernah dirasai supaya ia dapat disesuaikan dengan diri seseorang itu.

Abdul Halim (1990) mengatakan kaunseling ialah sebagai suatu kegiatan bersifat psikologikal untuk membantu manusia lain membantu dirinya dengan cara yang sistematik dan bertanggung jawab.

Sementera itu mengikut Nur Aini (1989) konsep kaunseling Dalam Islam membawa maksud petunjuk serta bimbingan dan menyeru manusia ke jalan Allah atau menyebarkan dakwah islamiah untuk mendapatkan keredaannya

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Prinsip Kaunseling

  1. Manusia mempunyai harga diri.
  2. Manusia itu unik.
  3. Manusis yang memiliki personaliti yang bersepadu juga memiliki personaliti yang sihat.
  4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri.
  5. Manusia berkembang melalui proses sosialisasi.

Proses Kaunseling

  1. Menyediakan pra-sesi
  2. Membina hubungan(melayan, mendengar dan memahami)
  3. Meneroka dan menganalisis masalah
  4. Mengenalpasti masalah
  5. Membincangkan alternatif
  6. Mengambil tindakan
  7. Menamatkan sesi

Sesi Kaunseling Individu

Sesi Kaunseling Individu merupakan salah satu sesi yang perlu dijalankan kepada semua Murid. Kebanyakkan sesi yang dijalankan meliputi bidang peribadi, akademik, kekeluarga, kes disiplin, kemahiran belajar, perundingan kaunseling ibu bapa, kerjaya, psikososial dan sebagainya.


Sesi Kaunseling Kelompok

Kaunseling Kelompok diadakan antara tiga atau lebih individu.Penggunaan interaksi kelompok utk memfasiliti pemahaman kendiri dan membentuk perubahan tingkahlaku ahli-ahli kelompok.


Jenis-jenis Kelompok.

(1) Kelompok Bimbingan. – Contoh-contoh tajuk yang diperbincangkan: masalah sosial (bahaya dadah), pengurusan masa, kemahiran belajar, pemilihan kerjaya, persediaan peperiksaan, menjalani ujian personaliti, pengurusan stres dan sebagainya.

(2) Kelompok Kaunseling – Kelompok ini diadakan antara lima hingga sepuluh orang. Berbincang sesama ahli dengan penyeliaan kaunselor.

(3) Kelompok lain – kelompok terapi, kelompok rujukan, kelompok jemputan dan sebagainya.


Kelebihan Kaunseling Kelompok.

(1) Sangat praktik- Tugas kaunselor banyak. Jimat masa-Selesaikan masalah yang sama secara kelompok.

(2) Berkaitan dengan jenis masalah yang dihadapi klien- Masalah interpersonal- lebih percaya rakan sebaya.

(3) Klien mempunyai peluang mencuba tingkah laku baru Dalam keadaan selamat dengan sokongan ahli-ahli lain.

(4) Klien akan merasa kurang tertekan apabila mengetahui orang lain juga mempunyai masalah yang sama.

Unsur-unsur terapeutik Dalam kaunseling kelompok.

(1) Memberi harapan kepada klien.
(2) 
Perasaan selamat dan mendapat sokongan.
(3) 
Kesatuan antara ahli-ahli.
(4)
 MemMuridi sesuatu dari ahli lain.
(5) 
Pembelajaran interpersonal (perorangan)

Prinsip Kerahsiaan Dalam Kaunseling.

(1) Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bkn muktamad. Dalam situasi tertentu boleh dedahkan.
(2) 
Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau orang ramai.
(3) Kerahsiaan sesuatu yang tlh diketahui umum - kaunselor tidak terikat dengan kerahsiaan lagi.

Kepentingan Kerahsiaan

(1) Klien rasa selesa dan selamat meluah perasaan

(2) Klien boleh harapkan kaunselor dan menaruh kepercayan

Situasi pengecualian kerahsiaan.

(1) Klien membahayakan diri dan orang lain.

(2) Klien sendiri meminta maklumat ttg dirinya didedahkan.

(3) Mahkamah meminta maklumat didedahkan.

(4) Kaunselor mencurigai klien seperti ada penderaan berlaku.

Aktiviti/ Program Kaunseling

Perundingan Kaunseling

Unit Bimbingan dan Kaunseling Bantura selalu berjumpa dan menjemput ibu bapa bagi membincangkan perkembangan potensi anak-anak mereka, masalah disiplin dan perkembangan kerjaya Murid. Di samping itu juga UBK merupakan perantara di antara guru dan Murid. Kebanyakan guru merujuk Murid yang memerlukan bimbingan dan yang bermasalah disiplin.

Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP )

Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama dengan Unit Pentadbiran menjalankan beberapa Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan (LDAP) terhadap semua guru dan kakitangan.

Bimbingan PRS

Unit Bimbingan & Kaunseling merupakan Penasihat kepada Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).Kaunselor selalu menjalankan kelas bimbingan PRS pada setiap hari Khamis setiap minggu (tertakluk kepada perubahan tarikh dan masa serta kesesuaian Murid dan kaunselor). Kelab PRS merupakan satu kelab yang sentiasa membantu UBK dan perantara di kalangan Murid lain. Ahli kelab PRS didedahkan tentang beberapa ilmu pengetahuan seperti kemahiran kaunseling, kemahiran komunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran oranganisasi, mengendalikan beberapa ujian personaliti dan sebagainya.

Rasional

Murid lebih mudah ditemui dan diperngaruhi oleh rakan mereka. Oleh itu, penggunaan pengaruh rakan sebaya untuk menyampaikan mesej antidadah dan mengajak mereka supaya memainkan peranan yang lebih berkesan perlu diperluaskan Dalam mencegah penggunaan dadah di kalangan rakan, keluarga dan masyarakat sekitar.

Objektif

  1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyampaikan mesej antidadah.
  2. Dapat memainkan peranan sebagai orang yang berpengaruh Dalam menyampaikan mesej antidadah kepada rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
  3. Menolong rakan sebaya yang mempunyai risiko tinggi supaya berhubung dengan Guru Bimbingan & Kaunseling
  4. Memberi khidmat sukarela Dalam aktiviti antidadah apabila tamat persekolahan.
Share:

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages