1. Buat Jadual
Harian Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjalan, itu bukan
alasan untuk menutup buku. Proses pembelajaran tetap diteruskan seperti biasa di
rumah masing-masing. Oleh itu, jadual belajar adalah sangat penting. Dengan
adanya jadual, anda dapat seimbangkan masa belajar, berehat dan bermain. Selain
itu, ia juga dapat melatih mendisiplinkan diri dalam menepati masa walaupun di
rumah. Dengan adanya jadual belajar juga, pasti anda tidak akan terlepas
kelas-kelas online yang diatur oleh guru.
2. Membuat Nota Selepas belajar dan
memahami sesuatu bab, anda haruslah membuat nota ringkas sebagai tanda anda
telah memahami pelajaran yang dipelajari. Dengan adanya nota juga ia dapat
membantu anda untuk mengimbas kembali fakta dan maklumat yang telah dibaca
supaya dapat memantapkan lagi daya ingatan.
3. Ikuti Sesi Pembelajaran Secara
Online Sejak PKP ini berlangsung, ramai guru dan pensyarah telah mula bergerak
aktif dengan menyediakan bahan pembelajaran secara online kepada pelajar. Ada
guru yang merakam video kemudian dihantar kepada pelajar dan ada juga guru yang
melaksanakan sesi pembelajaran secara langsung dengan menggunakan aplikasi Zoom,
Google Classroom dan macam-macam lagi bagi mengajar anak murid secara online.
Dengan mengikuti semua kelas online yang dibuat oleh guru, pasti tidak akan
ketinggalan dalam pelajaran.
4. Tonton Video Pembelajaran di YouTube Boleh
dikatakan hampir kesemua pelajar gemarkan Youtube. Jadi, apa kata kali ini anda
manfaatkan penggunaan YouTube untuk tujuan pembelajaran. Banyak Channel
berkaitan pembelajaran yang boleh ditonton dan ini merupakan kaedah pembelajaran
yang paling berkesan untuk belajar di rumah. Bila tak faham, boleh ulang tengok
sampai faham, kan senang. Jadi ini antara Channel YouTube Pengajaran Cikgu di
Malaysia: Cikgu Romie (Matematik), Cikgu Hailmi (Sains), Cikgu Adlina Sojep
(Sejarah)
5. Tonton Channel Pendidikan di TV Selain itu, para pelajar juga boleh
belajar melalui saluran TV Pendidikan dan ini juga dapat membantu murid yang
tiada sambungan internet di rumah atau sambungan internet yang agak lemah untuk
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari rumah sepanjang tempoh
PKP. Anda boleh tonton di saluran Astro Tutor TV dan TV Okey di RTM.
6. Gunakan
WhatsApp Untuk Dapatkan Nota & Kerja Sekolah Dalam waktu PKP ini, ramai guru
yang dah mula buat group-group pembelajaran dengan pelajar menggunakan aplikasi
WhatsApp. Guru akan berkongsi semua nota dan kerja rumah melalui aplikasi ini.
Jadi, anda perlu sentiasa peka. Baca semua nota dan siapkan latihan yang guru
beri. Guru dah sediakan bahan, jadi hargailah usaha guru.
7. Muat Turun Aplikasi
Pembelajaran di Play Store/App Store Sekarang semuanya di hujung jari. Kini di
Play Store dan juga App Store telah menyediakan pelbagai aplikasi berkaitan
pembelajaran yang boleh di muat turun secara percuma dan berbayar. Antara
aplikasi yang ada; belajar grammar, jawab quiz dan macam-macam lagi. Boleh
search sendiri. Taip saja pasti keluar.
kredit : https://sembangkejayaan.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan