LAPORAN ZIARAH CAKNA 2020 : 

https://drive.google.com/file/d/1Bt4-VYy6nGgJC-HBzR3z7GDzyGzvhgYq/view?usp=sharing





Share:

PROGRAM MINDA SIHAT & BAHAN

LAPORAN PENUH PROGRAM MINDA SIHAT

https://drive.google.com/file/d/1CUNj7c3QQxCCyn7qK7vHhXnBcmrLgiPx/view?usp=sharing








https://drive.google.com/file/d/1Eu-Kt_mHfaeTn-T5Yf8uwKe6Z38Er4HI/view?usp=sharing



https://drive.google.com/file/d/1ZaqyhuDE2UWoW93pCciIYAI0hkIamY_o/view?usp=sharing


SENARAI SEMAK KEPERLUAN MURID 
(SARINGAN / SOAL SELIDIK)
https://drive.google.com/file/d/1lUCmz4tTdiPqOsorsjNWvDe2O8k1gzfk/view?usp=sharing

ANALISIS BOB
https://drive.google.com/file/d/1Fg5h25auuH0bp3oeOiI8_-JNRRP_Cq1G/view?usp=sharing












Share:

LAPORAN PROGRAM LGBT 2020

LAPORAN

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN :

 KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN SEKSUAL. TIDAK OK!

2020

 

 

Pada

05 OKTOBER HINGGA 30 OKTOBER 2020

Tempat

KELAS MASING-MASING (TAHAP 2)

Anjuran

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HUA SUNGAI JERNANG

SAMARAHAN

 

NAMA PROGRAM

 

“KATAKAN TIDAK PADA SENTUHAN. TIDAK OK!”

 

PENDAHULUAN

Definisi kanak-kanak mengikut perlembagaan negara adalah merujuk kepada Akta Kanak-kanak (2001) iaitu “ kanak-kanak adalah merupakan seseorang yang berusia di bawah umur 18 tahun”. Sehubungan itu, isu gangguan seksual terhadap kanak-kanak boleh berlaku apabila seorang individu dalam kalangan kaum lelaki atau perempuan, menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu seksnya. Gangguan seksual boleh terjadi apabila berlakunya unsur atau keadaan seperti memaksa, mengancam atau menipu terhadap kanak-kanak dengan tujuan untuk melakukan aktiviti seks. Gangguan seksual tersebut boleh berlaku secara fizikal ataupun bukan fizikal. Pernyataan gangguan seksual adalah seperti di bawah :

 

a)          Mengeluarkan perkataan dan aksi lucah terhadap kanak-kanak secara langsung atau melalui media cetak dan elektronik.

b)          Menghantar ‘sms’, ‘mms’ dan video lucah secara sengaja.

c)          Mengintai atau ‘skodeng’ kanak-kanak untuk tujuan keberahian seks.

d)          Menggalak atau memaksa kanak-kanak menonton video lucah.

e)          Mencium  kanak-kanak dengan bernafsu.

f)           Bercerita atau bercakap perkara lucah terhadap kanak-kanak.

g)          Sentuhan seks (mengusap-usap bahagian sulit badan, membelai-belai bahagian tubuh) terhadap kanak-kanak.

h)         Mengambil gambar pornografi kanak-kanak.

i)           Persetubuhan sama ada melalui faraj atau dubur terhadap kanak-kanak.

j)            Memasukkan sesuatu objek ke dalam faraj, mulut atau dubur kanak-kanak.

k)          Melakukan onani  terhadap kanak-kanak.

l)           Melacurkan kanak-kanak.

 

Isu ini menjadi serius dan dapat dielakkan serta ditangani sekiranya masyarakat mengamalkan sikap prihatin dan mengambil tahu keadaan sekeliling. Masyarakat tidak boleh hanya membebankan tangunggungjawab menangani isu ini kepada pihak sekolah sahaja.

 

 

 

 

 

 

RASIONAL

Program ini bertujuan untuk memberi pemahaman tentang gangguan seksual dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak-pihak yang terlibat:

 

(a)       Meningkatkan pemahaman dan kesedaran kepada murid dan pihak sekolah terhadap perlakuan gangguan seksual.

 

(b)      Menjadi panduan untuk menentukan kategori gangguan seksual terhadap murid.

 

(c)        Memberi panduan tentang tindakan yang boleh diambil oleh pihak sekolah terhadap murid yang mengalami gangguan seksual.

 

(d)        Memberi panduan untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

 

(e)        Memberi panduan kepada pihak sekolah cara terbaik menangani gangguan seksual melalui program pencegahan gangguan seksual.

 

OBJEKTIF

a)  Menolak unsur-unsur yang tidak bermoral.

b)  Menjaga nama baik sekolah sebagai institusi pendidikan.

c)  Menghasilkan penyelesaian yang adil kepada mangsa gangguan seksual dan merahsiakannya.

d)  Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap kepada orang yang melakukan kesalahan supaya tidak berulang lagi.

e)  Menanam nilai-nilai murni kepada warga sekolah.

f)   Meningkatkan rasa selamat dalam kalangan murid.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SENARAI JAWATANKUASA

 

Pengerusi

Yap Shui Lee

(Guru Besar SJK Chung Hua Sungai Jernang)

Naib Pengerusi

Phang Siat Kian

(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Ho Lee Na

(Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Penyelaras / Setiausaha

Stanley Anak Vincent

Penceramah

Kelas

Liew Chui Siet

Lai Pei Fong

Tahun 4 Kuning

Tahun 4 Merah

Ho Lee Na

Lai Pei Fong

Tahun 5 Merah

Tahun 5 Kuning

Ho Lee Na & Tan Poh San

Lai Pei Fong & Teng Kion Neng

Tahun 6 Merah (Perempuan)

Tahun 6 Kuning (Perempuan)

Stanley Ak Vincent & Manuel Ang

Yazid Bin Bujang & Muhammad Famizwan

Tahun 6 Merah (Lelaki)

Tahun 6 Kuning (Lelaki)

 

 

KUMPULAN SASARAN

Semua murid tahun 4, 5 dan 6

 

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh

:

5 Oktober hingga 30 Oktober 2020

Masa

:

Fleksible (Masa Minor)

Tempat

:

Kelas masing-masing

 

PENGISIAN DAN KAEDAH PELAKSANAAN

Ceramah akan dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling dengan menggunakan tayangan slide berkaitan program. Jadual pergerakan kelas akan disediakan bagi melicinkan lagi perjalanan program.

 

TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran

  •  

 

 

 

 

PENUTUP

KEKURANGAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

         Wabak Covid-19 amat memberi kesan kepada program tersebut. Dengan ini, program tersebut berbentuk “Norma Baharu” dan mematuhi S.O.P semasa.

         Masa yang pendek dan maklumat ringkas diberikan kepada murid tidaklah mencukupi. Dengan itu, program akan berterusan dengan penyebaran maklumat-maklumat berkaitan melalui media atau secara dalam talian seperti group whatapps, youtube, google classroom dan sebagainya. 

 

PENUTUP

 

Adalah diharapkan agar program ini berjalan lancar seperti yang dirancang dan dapat memberi impak positif kepada peserta agar dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan tahu bertindak apabila sesuatu perkara berlaku. Selain itu, diharap agar peserta mengetahui saluran dan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka.

 

Disediakan oleh,

 

 

(Stanley Anak Vincent)

Penyelaras Program

Disemak oleh,

 

 

(Ho Lee Na)

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

 

Disahkan oleh

 

 

(Yap Shui Lee)

Guru Besar

SJK CHUNG HUA SUNGAI JERNANG

 

 

 

 

 




Share:

SEPKM - e-REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

SEPKM - e-REKOD PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 

LOG IN : https://mgkkjohor.com/e/login/

LINK PENGENALAN: https://youtu.be/xUagX_NHF50

LINK PANDUAN / MANUAL PENGGUNA : https://drive.google.com/file/d/1veDjUurPloGO3ZjmWk3--p77pEq2PRSv/view?usp=sharing



Bersama beberapa Pegawai di PPD Samarahan dan JU SEPKM




Selesai penataran bersama JU di samarahan atas inisiatif sendiri. Seterusnya perancangan membuat penataran bersama guru-guru secara "google meet". 

SELESAI, PENATARAN JU SEPKM.

1. Norshida (SMK KS)

2. Dhamirah (SMK Sebuyau)

3. Anne (SKDMM)

4. Stanley (SJK CH Sg Jernang)

Tarikh  :  3 NOV 2020

Hari      :  KHAMIS

Masa   :  8.30 pagi

Peserta :

⏩ Guru B&K Daerah Samarahan, Serian & Simunjan


link video -(untuk diri sendiri) https://youtu.be/aYK0kLZtkbI


2021

PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SEPKM)

Panduan penulisan SEPKM yang disediakan oleh JU Kebangsaan Ckgu Ai....sila rujuk untuk pengisian yang lbh jelas. bahan-bhan ini jgn share kpd GBLD ya...mrk tak perlu buat sedetail ini takut mrk keliru pula. Guru Bimbingan Lantikan Dalaman (GBLD) tak perlu buat sedetail ini

sebarkan dalam group bersama GBKSM sahaja. Tq

https://drive.google.com/file/d/1nHFAQm3smaaLQ4FnNVZdTxSvxCL84gHi/view?usp=sharing

A) PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

Perhimpunan

a) Perhimpunan Harian b) Perhimpunan Rasmi Mingguan c) Perhimpunan Kokurikulum d) Perhimpunan Pagi. e) Perhimpunan kerohanian. f) Perhimpunan Harian (Modul 5 Minit Dadah) g) Perhimpunan Rasmi (Pelancaran Program Ziarah Cakna) h) Perhimpunan Pagi (Bicara Kerohanian)

Mesyuarat / Taklimat / Bicara Profesional

a) Mesyuarat Guru Bilangan 1/2020 b) Latihan dalam Perkhidmatan (LADAP) c) Profesional Learning Communities (PLC) d) Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 e) Bicara professional bersama rakan guru f) Bicara professional bersama Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) g) Bicara professional bersama pentadbir (Guru Besar)

Penyediaan Kertas Kerja

a) Membuat kertas kerja (Program Transisi Tahun 1) b) Membuat pemurnian kertas kerja. c) Membuat draf kertas kerja. d) Perbincangan berkaitan penrancangan program (Proses penyediaan kertas kerja).

Dokumentasi

a) Penulisan dan pelaporan program (Transisi Murid Tahun 1) b) Perkongsian Bahan Maklumat (Infografik/Poster/Video) c) Penulisan kajian kes/kajian tindakan. d) Penulisan modul intervensi. e) Membuat poster/brosur sebagai bahan outreach murid f) Penyediaan data murid berisiko cicir/ murid ponteng berfokus g) Menyediakan borang penyertaan program.

Pelaporan Sesi Kaunseling

a) Membuat laporan sesi kaunseling individu. b) Membuat laporan sesi kaunseling kelompok. c) Membuat laporan sesi bimbingan individu. d) Membuat laporan sesi bimbingan kelompok. e) Memurnikan pelaporan sesi kaunseling individu.

Pengurusan Bilik Kaunseling

a) Mengemas bilik bimbingan dan kaunseling. b) Menyusun atur perabot di bilik kaunseling (transformasi bilik) c) Mengemas meja kerja. d) Mentadbir/ melaksana Ujian Pentaksiran Psikometrik murid Tahun 6 (IMK/IKP). e) Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar utama sekolah (AGP). f) Mencari bahan-bahan tentang sesuatu maklumat sebaran di laman web. g) Menyebar luas bahan outreach (infografik/video) untuk murid PdPR. h) Membuat hebahan psikososial melalui konti UBK








B) PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kelas Ganti
a) Sasaran kelas ganti mempunyai dua kategori sasaran iaitu sasaran biasa dan rujukan. b) Sasaran biasa merujuk kepada ketetapan kelas yang telah diberikan oleh pihak sekolah (Butiran Sistem Melindungi Masa Intruksional (MMI) c) Rujukan adalah kelas ganti yang dirujuk oleh guru lain yang meminta kita menggantikan kelas mereka, atas keperluan atau kecemasan dan lain-lain. d) Bilangan waktu merujuk kepada jumlah waktu yang perlu GBKSM ganti. e) GBK hanya perlu mengisi carian murid dan pelaporan di bahagian klasifikasi kelas ganti (melaksana aktiviti bimbingan dan kaunseling, untuk aktiviti selain guru kaunseling, menggunakan bahan guru ganti dan menjaga kelas peperiksaan tidak perlu proses carian murid dan pelaporan. f) GBK juga boleh mengisi di bahagian individu/kelompok sekiranya semasa kelas ganti, GBK melaksana sesi bimbingan.

Konsultasi
a) Konsultasi adalah satu proses tolong menolong yang berlansung antara individu professional (kaunselor) dengan klien untuk menyelesaikan masalah. b) Perbincangan atau perkongsian sesuatu isu berkaitan dengan murid. c) Perbincangan untuk membantu menyelesaikan isu yang dirujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling (contonya rujukan daripada guru kelas, guru mata pelajaran atau agensi luar seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat d) Pengisian mengikut keperluan dan isu yang dibincangkan.

Program
a) Membuat pelaporan program mengikut pelaksanaan program yang telah dilaksanakan. b) Isi keseluruhan item yang terdapat dalam sistem. c) Pelaksanaan program perlu mempunyai objektif, pengisian dan sasaran.

Ziarah Cakna
a) Program ziarah cakna ini boleh diringkaskan kepada aktiviti lawatan guru ke rumah murid untuk bertemu dengan ibu bapa penjaga bagi memberi manfaat positif kepada perkembangan menyeluruh pelajar. b) Lawatan yang dibuat juga bertujuan mengumpul maklumat keluarga murid, memahami latar belakang murid berdasarkan tempat mereka dibesarkan dan secara tidak langsung dapat merapatkan lagi hubungan atau ibu bapa dan guru c) Kaedah pelaksanaan sama seperti kunjung bantu murid, beza dari segi sasaran. d) Semua warga sekolah terlibat.

D) LAIN-LAIN SUMBANGAN DI SEKOLAH

a) AJK Buku Program Merentas Desa b) Pengacara Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. c) AJK Rewang sempena Maulidur Rasul. d) AJK Hakim Penamat Sempena Hari Sukan Peringkat Sekolah. e) Menyelaras aktiviti Kelab Keselamatan Jalan Raya/ aktiviti kelab kerjaya. f) AJK Frontliner mengawal pergerakan murid semasa waktu rehat. g) AJK saringan suhu murid dalam norma baharu. h) Bertugas sebagai Pengawas Ujian PKSK.

D) PERKHIDMATAN LUAR SEKOLAH

Program Anjuran KPM

a) Panel Modul Kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah, KPM. b) Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan. c) Seminar Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling Anjuran KPM. d) Bengkel Penyelarasan SePKM.

Program Anjuran JPN

a) Simpsoium Bimbingan dan Kaunseling Negeri Sarawak . b) Bengkel Profesionalisme Guru Bimbingan dan kaunseling Negeri Sarawak. c) Mesyuarat AJK Bengkel Profesionalisme Guru Bimbingan Negeri Sarawak. d) Taklimat Penataran SEPKM Negeri Sarawak.

Program Anjuran PPD

a) Mesyuarat Pengurusan Guru Bimbingan dan Kaunseling Bilangan 1/2021 Peringkat Daerah Samarahan. b) Mesyuarat AJK MGKK Daerah Samarahan. c) AJK Program Kepimpinan ASAS PRS Daerah Samarahan. d) Fasilitator Program Minda Sihat daerah Samarahan e) Bengkel ‘WOW Presentation” Powerpoint Peringkat Zon Senai Daerah Samarahan f) Bengkel Penataran SePKM Daerah Samarahan. g) Bengkel Panduan Penulisan Aktiviti Bimbingan dan Kaunseling Atas Talian Sekolah-sekolah Daerah Samarahan.

Program Anjuran Agensi Luar

a) Mesyuarat penyelarasan program anjuran Kolej ....... b) AJK sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) c) Fasilitator Program Murid Cicir bersama JKM. d) Sukarelawan Bantuan Bencana Banjir. e) Mesyuarat bersama Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (KRT)


E) KENYATAAN CUTI

a) Cuti Sakit b) Cuti Tanpa Rekod (CTR) c) Cuti Rehat Khas (CRK) d) Cuti Bersalin (1/1/2021- 1/4/2021) e) Cuti Sempena Tahun Baru Cina f) Cuti Pertengahan Penggal Pertama.



4 PENDEKATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.       Pendekatan Bimbingan dan Kaunseling boleh dibahagikan kepada 4 pendekatan berikut :

1.1.    Pendekatan Pencegahan
Pendekatan ini berasaskan andaian bahawa satu-satu  masalah  itu mungkin timbul dan sebelum masalah itu meruncing, usaha dijalankan untuk menghalangnya. Misalnya, kempen dan pendidikan pencegahan AIDS dan kem waja diri.
1.2.    Pendekatan Perkembangan
Pendekatan ini merupakan satu usaha untuk mengenal pasti keperluan murid dialam persekolahan supaya mereka dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, pengalaman serta akhlak yang mulia. Tugas dan perlakuan pembelajaran dikenal pasti dan dijelaskan kepada murid. Kemudian aktiviti bimbingan dirancang untuk melengkapi kurikulum akademik. Murid diberi peluang untuk belajar mengenali diri mereka dan orang lain sebelum timbul masalah dalam hidup mereka  contohnya  taklimat persediaan menghadapi peperiksaan dan ceramah motivasi.
1.3.    Pendekatan Pemulihan
Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah  mengatasi  dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk  mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri sesi kaunseling individu.
1.4.    Pendekatan Krisis
Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang  timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan segera dari guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbir sekolah. Misalnya, murid yang bergaduh  di sekolah, mengalami histeria, menangis dengan tiba-tiba, cuba membunuh diri, menggunakan dadah atau yang sedang mengalami peristiwa cemas seperti kematian anggota keluarga, penceraian ibu bapa dan penderaan.


SENARAI TUGAS GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA

1.  Mengenalpasti keperluan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui  kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan murid, guru,  pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.

2.  Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

3.  Merancang, melaksana dan mengawalselia sesi bimbingan dan kaunseling individu dan kelompok, secara profesional dan beretika.

4.  Merancang, mengelola dan melaksana aktiviti bimbingan individu dan kelompok serta tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan murid secara optimum.

5.  Merancang, menyedia dan menyebar maklumat bimbingan dan kaunseling kepada  semua murid melalui media yang sesuai.

6.  Merancang, mentadbir, memeriksa, merekod, menganalisis, mentafsir dan melapor Pentaksiran Psikometrik berdasarkan arahan Kementerian Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa.

7.  Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori murid yang  berkaitan
dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

8.  Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid.

9.  Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Peningkatan Disiplin Diri Murid.

10.  Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Pendidikan Kerjaya Murid.

11.  Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti konsultasi dan rujukan, berhubung dengan Psikososial dan Kesejahteraan Mental murid.

12.  Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program, aktiviti dan konferens dengan ibu bapa, guru, staf sokongan serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan murid.

13.  Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

14.              Merancang, menyelaras dan menilai sumber serta bahan resos berkaitan   Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

15.  Setiausaha kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

16.  Penggerak utama dalam program latihan bagi meningkatkan kefahaman tentang profesionalisme Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.  Membuat rujukan atau memberi khidmat kaunseling kepada murid, guru, kakitangan serta sesiapa sahaja yang memerlukan, sekiranya berlaku krisis dalam kawasan sekolah.

18.  Pegawai perhubungan / seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19.  Menjalankan tugas di luar sekolah dalam bidang bimbingan dan  kaunseling,  sebagaimana diarahkan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

20.  Melaksana tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

FOKUS PERKHIDMATAN B&K

1.               Perkhidmatan B&K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut;
1.1              Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid
1.2              Peningkatan disiplin diri murid
1.3              Pendidikan kerjaya murid
1.4              Psikososial dan kesejahteraan mental murid

Fokus 1 : Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid:
2.               Fokus ini adalah untuk  memupuk  pengembangan personaliti kendiri   (character)
murid daripada aspek berikut :
2.1    Sikap penyayang (kepedulian)
2.2    Budi bahasa
2.3    Konsep kendiri
2.4    Kepemimpinan
2.5    Komunikasi
2.6    Kekemasan diri
2.7    Ketepatan masa


Outcome Perwatakan murid yang berketrampilan dan terpuji.

Fokus 2 :Peningkatan Disiplin Diri Murid
3.               Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan  anti-sosial yang lain.

Outcome : Murid yang berdisiplin serta sekolah yang aman dan sejahtera.


Fokus 3 : Pendidikan Kerjaya Murid
4.               Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
4.1              Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat mengenal pasti potensi diri, minat, sikap dan hala tuju kerjaya.

4.2              Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.


4.3              Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi awam atau swasta.
Outcome : Murid yang tahu hala tuju pendidikan dan kerjaya masa hadapan

Fokus 4 : Psikososial dan kesejahteraan mental murid
5.               Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan  mengurus
kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B&K hendaklah;
5.1            Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi
5.2            Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi
5.3            Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif


Outcome : Murid yang sihat pemikirannya



Share:

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages