-
Selamat datang ke Blog Cikgu Stanley
Disini saya kongsikan bahan-bahan untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan. Semoga urusan dipermudahkan. Terima Kasih
-
Push yourself, because no one else is going to do it for you.
Do something today that your future self will thank you for.
-
Sometimes later becomes never. Do it now.
It’s going to be hard, but hard does not mean impossible.
-
Great things never come from comfort zones.
The harder you work for something, the greater you’ll feel when you achieve it.
-
Dream it. Believe it. Build it.
Success doesn’t just find you. You have to go out and get it.
MSSS Bola Keranjang di Sibu
Program #3A
Program #3A (Aware, Alert, Action)
Dengan segala hormaynya perkara di atas dan surat edaran ruj: PPDSAM.500-9/2/1 Jld. 2 (12) daripada pihak kami berkaitan perkara di atas bertarikh 12 Mac 2024 yang lalu. Taklimat program #3A telah dilaksanakan pada 29 Februari 2024 secara Google Meet.
Pelaksanaan : Mac – Disember 2024
Tajuk 2 (bulan April) : PENGURUSAN KEWANGAN : BIJAK BELANJA, HIDUP SEJAHTERA
Link bahan : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/hub-bpsk/3a?authuser=0
Pelaporan : sebelum 30 haribulan pada setiap bulan (diisi secara online)
Link pelaporan : https://tinyurl.com/pelaporan3A2024
Link semakan Pengisian Laporan #3A Sarawak (PPD Samarahan) - semakan sekolah yang telah membuat pelaporan mengikut bulan :
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1hzsQjY7zS8HEdALlRG6uEJYNQMT-Uke3/edit?usp=sharing&ouid=110532141324293077382&rtpof=true&sd=true
“PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH SESI 2024 / 2025”
“PROGRAM KEPIMPINAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH SESI 2024 / 2025”
PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM
Sekolah merupakan institusi awal yang boleh membina dan membentuk asas-asas kepimpinan yang positif dikalangan pelajar. Secara umumnya, kebanyakan tugas mereka adalah membantu membina suasana sekolah yang harmonis. Atas dasar itu, SJK Chung Hua Sungai Jernang akan menganjurkan Program Kepimpinan sebagai satu latihan asas kepada pelajar.
Bagi mencapai hasrat melahirkan insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual, satu pendekatan yang bersepadu perlu ditanamkan dalam diri setiap pemimpin kecil di sekolah yang telah dilantik. Program kepimpinan dirangka untuk memupuk kredibiliti sebagai seorang pelajar yang berdedikasi. Pemimpin yang berkualiti menjadi aset kepada sekolah dalam melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi, berilmu dan menjadi contoh yang baik kepada rakan sebaya yang lain.
3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Memantapkan sahsiah diri dan etika seorang pelajar yang memikul tanggungjawab.
3.2 Memberi pendedahan mengenai daya kepimpinan berkualiti yang seharusnyaada dalam diri setiap pengawas.
3.3 Memberi bimbingan dan panduan kepada pelajar berkaitan tugas – tugas di sekolah.
Tajuk: Kepimpinan di Kalangan Murid Sekolah
1. Pengenalan Kepimpinan
- Apa Itu Kepimpinan?
- Definisi kepimpinan.
- Peranan seorang pemimpin.
- Ciri-Ciri Pemimpin Berjaya
- Amanah, bertanggungjawab, berani, dan berintegriti.
2. Kepentingan Kepimpinan
- Kenapa Kepimpinan Penting?
- Membantu dalam mencapai matlamat bersama.
- Meningkatkan kerjasama dalam kumpulan.
- Membina keyakinan diri dan orang lain.
3. Gaya Kepimpinan
- Pelbagai Gaya Kepimpinan
- Kepimpinan autoritatif.
- Kepimpinan demokratik.
- Kepimpinan laissez-faire.
4. Kemahiran Asas Kepimpinan
- Komunikasi Berkesan
- Mendengar aktif.
- Menyampaikan idea dengan jelas.
- Kerjasama dan Kerja Berpasukan
- Membina hubungan yang baik dengan rakan-rakan.
- Menyelesaikan konflik dengan cara yang baik.
- Pengurusan Masa
- Menetapkan keutamaan.
- Mengurus masa untuk belajar dan aktiviti kokurikulum.
5. Kepimpinan Dalam Aktiviti Sekolah
- Menjadi Pemimpin Dalam Aktiviti Kokurikulum
- Contoh: Ketua pasukan sukan, ketua kelab.
- Kepimpinan Dalam Kelas
- Contoh: Ketua kelas, pengawas.
6. Aktiviti Interaktif
- Latihan dan Permainan Kepimpinan
- Permainan peranan (role play).
- Aktiviti membina pasukan (team-building activities).
7. Kisah Inspirasi
- Contoh Pemimpin Muda Berjaya
- Cerita tentang murid-murid atau remaja yang berjaya dalam kepimpinan.
8. Penutup
- Motivasi dan Galakan
- Menggalakkan murid untuk mengambil peranan kepimpinan.
- Menekankan bahawa setiap orang boleh menjadi pemimpin dalam cara mereka sendiri.
Contoh Aktiviti:
Permainan "Pimpin dan Ikut": Murid dibahagikan kepada pasangan. Seorang menjadi pemimpin dan seorang lagi menjadi pengikut. Pemimpin akan memberikan arahan yang perlu diikuti oleh pengikut. Aktiviti ini mengajar tentang tanggungjawab dan komunikasi.
Projek Kumpulan: Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan diberikan tugasan projek. Setiap kumpulan perlu memilih seorang pemimpin untuk mengkoordinasikan usaha kumpulan mereka. Projek ini membantu mereka memahami peranan kepimpinan dalam konteks praktikal.
Ceramah kepimpinan untuk murid sekolah haruslah interaktif dan melibatkan banyak aktiviti yang boleh menarik minat mereka serta mempraktikkan konsep yang dipelajari.
Minggu Pertama Pembukaan Sekolah 2024
- KONSEP PEMBUKAAN
SEKOLAH
- Pengurusan pembukaan sekolah KPM bagi setiap sesi akademik
sewajarnya berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat. Perkara ini
selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik
(ABC) dan sekali gus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia,
Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". Minggu pertama persekolahan
seharusnya dimanfaatkan dengan pelaksanaan program/aktiviti menyeronokkan
yang dapat menyokong murid dan guru bersedia sepenuhnya dari aspek
sosioemosi dan mental untuk melaksanakan proses pendidikan formal.
- Program dan aktiviti di sekolah pada minggu pertama sesi
persekolahan akan menjadi penentu kepada pembentukan adab, akhlak dan
motivasi dalam kalangan murid. Pihak sekolah mempunyai ruang memupuk
pelbagai nilai baik yang menjadi teras kemenjadian murid dalam tempoh ini.
Aktiviti dan amalan baik yang menyeronokkan pada awal pembukaan sekolah
akan mempengaruhi pembentukan karamah insaniah dalam jangka masa panjang.
- Pihak pentadbir sekolah bertanggungjawab memupuk sikap bekerjasama
dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan
komuniti serta mewujudkan komunikasi berkesan. Hal ini dapat mewujudkan
hubungan mesra antara murid dengan murid, murid dengan guru, guru dengan
guru, guru dengan ibu bapa dan sekolah dengan komuniti.
- Konsep pengisian program/aktiviti minggu pertama pembukaan sekolah
adalah seperti yang berikut:
- mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang;
- mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif;
- merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
dapat memupuk nilai;
- mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau
penjaga dan komuniti;
- memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid,
guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti; dan
- memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar
belakang sosioekonomi.
- Program Transisi Tahun Satu 2.0 bagi murid Tahun 1 dan program
sekolah penyayang hendaklah diteruskan dan disesuaikan dengan konsep
seperti perkara 4. Program yang bersifat mendidik berkaitan dengan budaya
sekolah, kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum juga boleh
dilaksanakan mengikut kesesuaian.
- Konsep ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
4. KUMPULAN SASAR – Lampirkan
senarai kehadiran murid (peserta program) selepas program dilaksanakan.
4.1
Semua murid tahun 2 hingga 6
4.2 Semua murid tahun 1
4.3 Semua Pra Sekolah
5. BUTIRAN PELAKSANAAN
PELANCARAN PROGRAM
Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin)
Masa :
0710 am
Tempat : Dewan Sekolah
|
11
Mac 2024 (Isnin) - 15 Mac 2024 (Jumaat) |
||
|
AKTIVITI
MENYAMBUT KEDATANGAN : MURID CERIA, GURU BAHAGIA, SEKOLAH BITARA DAN NEGARA
SEJAHTERA. |
Tindakan |
|
|
6.30– 7.10 am
Waktu masuk sekolah |
Menyambut
kedatangan murid di pintu pagar “Selamat Datang Ke Sekolah”
Penampilan guru
yang kemas dan ceria. Bersikap
mesra dan membuat sapaan kepada murid dan ibu bapa / penjaga. Mengambil berat
dan prihatin terhadap murid a. Membetulkan
tali leher / tali kasut
|
Barisan
Pentadbir
Guru Bertugas
Harian
Guru Kelas
Guru Bimbingan
dan Kaunseling |
|
1240 – 1330 Pm
Waktu balik |
Bersikap
mesra dan membuat sapaan kepada murid dan ibu bapa / penjaga. Mengambil
berat, sabar dan prihatin terhadap murid
membetulkan baju dan rambut agar sentiasa
kemas
|
Barisan
Pentadbir
Guru Bertugas
Harian
Guru Kelas
Guru Bimbingan
dan Kaunseling |
●
Mencungkil
dan menyerlahkan bakat murid
●
Menjadikan sekolah tempat yang seronok
●
Memupuk
semangat Kerjasama
●
Menggalakkan
murid hadir ke sekolah
●
Komunikasi
yang berkesan
●
Untuk mengeratkan silaturahim
●
Menggalakkan murid hadir ke sekolah
●
Memberikan keseronokan belajar
Selamat datang ke
sekolah
Pelancaran Program Minggu Pertama Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024 / 2025
Perhimpunan, Pelancaran Program & Suai Kenal






