-
Selamat datang ke Blog Cikgu Stanley
Disini saya kongsikan bahan-bahan untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan. Semoga urusan dipermudahkan. Terima Kasih
-
Push yourself, because no one else is going to do it for you.
Do something today that your future self will thank you for.
-
Sometimes later becomes never. Do it now.
It’s going to be hard, but hard does not mean impossible.
-
Great things never come from comfort zones.
The harder you work for something, the greater you’ll feel when you achieve it.
-
Dream it. Believe it. Build it.
Success doesn’t just find you. You have to go out and get it.
JOB DESCRIPTION (JD) 2020 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
|
GELARAN
JAWATAN |
Guru Kaunseling |
KETUA
PERKHIDMATAN |
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia |
|
RINGKASAN
GELARAN JAWATAN |
GK |
KEDUDUKAN
DI WARAN PERJAWATAN |
|
|
GRED
JAWATAN |
DG41-DG54 (KUP) |
BIDANG
UTAMA |
Bimbingan dan Kaunseling |
|
GRED JD |
DG41/42 |
SUB-BIDANG |
|
|
STATUS
JAWATAN |
Tetap |
DISEDIAKAN
OLEH |
< Nama
GK > |
|
HIRARKI 1
(BAHAGIAN) |
< nama
sekolah> |
DISEMAK
OLEH |
<Nama
Pegawai Penilai 1> |
|
HIRARKI 2
(CAWANGAN/ SEKTOR/UNIT) |
|
DILULUSKAN
OLEH |
<Nama
Pegawai Penilai 2> |
|
SKIM
PERKHIDMATAN |
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan |
TARIKH
DOKUMEN |
|
|
Mewujudkan
iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal
perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid
dan sekolah serta membolehkan sekolah menjalankan fungsi ditetapkan dengan
cekap, selamat dan berkesan. |
|||
|
●
Bilangan
Murid: ●
Bilangan
Kelas: |
|
●
Ijazah
Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya; dan ●
Sijil
Perguruan / Diploma Pendidikan ATAU ●
Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya; |
|
KOMPETENSI |
|
●
Kemahiran
Belajar ●
Kemahiran
Komunikasi ●
Kemahiran
Asertif ●
Kemahiran
Rohani ●
Kemahiran
Membuat Keputusan ●
Kemahiran
Pengawalan Diri ●
Kemahiran
Aplikasi ●
Kemahiran
Sintesis ●
Kemahiran
Analisis Kritikal ●
Kemahiran
Penyelesaian Masalah ●
Kemahiran
Sosial ●
Kemahiran
Memilih Keutamaan Tugas ●
Kemahiran
Menghindar Jangkitan HIV/ AIDS ●
Kemahiran
Kepimpinan ●
Kemahiran
Merancang Dan Menganalisis ●
Kemahiran
Menyelia |
|
●
Berada
dalam Gred 41/42 |
SEJARAH / MAKLUMAT ASAS SJK CHUNG HUA SUNGAI JERNANG
Kenangan tahun 2017, 2018, 2019
SJK Chung Hua Sg. Jernang ditubuhkan
pada tahun 1938 oleh Encik Kuan Siong Chiam dan Encik Kuang Siong Hua. Dua adik
beradik tersebut menggunakan bilik tamu rumah mereka sebagai bilik kelas. Pada
masa itu, hanya terdapat belasan orang murid sahaja yang mengikuti kelas
tersebut. Guru Besar yang pertama ialah Encik Chong Wu Shu. Nama sekolah ialah
Sekolah Rendah Chung Chen. Pada tahun 1940, Encik Kuan Siong Chiam dan Encik
Kuan Siong Hua mendapat sebidang tanah lebih kurang satu ekar untuk dijadikan
tapak sekolah. Mereka bersama orang kampung membina satu blok bangunan sekolah
yang beratap. Encik Chin Joo Siew merupakan guru dan juga Guru Besar pada masa
itu. Beliau mengajar Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Matematik dan Muzik.
Pada tahun 1941, orang Jepun menjajah
Negeri Sarawak, oleh itu, sekolah terpaksa ditutup. Pada tahun 1946, sekolah
tersebut dibuka semula. Bangunan sekolah dinaiktaraf menggunakan atap zinc dan
kayu. Pada tahun 1956, Encik Kuan Siong Chiam dan adiknya bersama Lembaga
Pengurusan Sekolah berjaya mendaftar tanah sekolah dari Jabatan Ukur Tanah.
Pada masa itu, nama sekolah ditukar menjadi SJK Chung Hua Sg. Jernang. Pada
tahun 1958, Lembaga Pengurusan Sekolah berjaya memohon sebidang tanah dengan
keluasan 1.89 ekar bersebelahan dengan tanah sedia ada sekaligus menjadikan
keluasan tanah 2.88 ekar.
Pada tahun 1960, bilangan murid
adalah seramai 35 orang manakala guru adalah 3 orang. Pada tahun 1975, Encik Ho
Chai Wan adalah Guru Besar dengan bilangan murid 60 orang dan bilangan guru 4
orang. Pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia meluluskan pembinaan
sebuah bilik darjah. Pada tahun 1985, sekolah mempunyai bekalan elektrik dan
dapat dihubungi dengan jalan raya.
Pada tahun 1991, Menteri Pembangunan
Negeri, YB Datuk Adenan Hj. Satem memberi bantuan sebanyak RM20,000.00 untuk
membina Bilik Pentadbiran dan membaiki bilik darjah. Bilik Sains telah dibina
oleh Lembaga Pengurusan Sekolah pada tahun 1999. Pada Tahun 2002, sekolah mendapat bekalan air
paip. YB Datuk Adenan memberi bantuan RM20,000.00 untuk membina 2 buah bilik
darjah dan RM10,000.00 dikhaskan untuk membina sebuah tandas sekolah.
Pada tahun 2004, YB Datuk Adenan
memberi bantuan sebanyak RM40,000.00 untuk membina sebuah bilik komputer, bilik
perpustakaan dan tempat letak kereta. Pada tahun 2005, Encik Ferederick Ong
menjadi Guru Besar, beliau berjaya memohon bantuan sebanyak RM60,000.00 dari
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menaiktaraf 3 buah bilik darjah. Beliau
bersara pada 01 November 2006 dan Puan Kho Hui Ling selaku Penolong Kanan
Pentadbiran telah memangku jawatan Guru Besar.
Pada tahun 2008, Encik Yap Shui Lee
bertugas sebagai Guru Besar sehingga sekarang. Beliau berusaha memohon
kebenaran untuk membina satu blok bangunan 3 tingkat yang mengandungi 18 buah
bilik darjah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Di samping itu, beliau
juga memohon bantuan modal untuk menambah dana pembinaan bangunan sekolah. Pada
tahun 2009 di bawah Pakej Ransangan Ekonomi, Kementerian Pelajaran Malaysia
memberi Dana Pembinaan Bangunan Baru sebanyak RM200,000.00. Upacara Pecah Tanah
telah dilangsungkan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Dr. George Chan
pada 23 Mei 2009.
Melalui Projek-projek Khas, sekolah
juga telah mendapat peruntukan daripada Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri YB Tan
Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin sebanyak RM200,000.00 dan diterima
melalui Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak pada 24 Ogos 2010. Di samping itu,
sekolah telah menerima Bantuan Peruntukan di bawah Program Bantuan Modal
(RMK-10) Sekolah-sekolah SJKC bagi Negeri Sarawak iaitu sebanyak RM50,000.00
pada 13 April 2011 dan RM28,120.00 pada 4 Mei 2011.
Atas usaha gigih dan berkat kerjasama
New School Building Project Committee, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Menteri-menteri, Ketua-ketua masyarakat, Syarikat-syarikat Swasta, orang
persendirian, guru-guru dan ibu bapa, akhirnya berjayalah kita membina satu
blok bangunan baru sekolah yang begitu megah sekali.
(MODUL BIMBINGAN KELAS UBK SR)
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
🌸Memandangkan cuti sempena PKP bersambung lagi, jadi cikgupun sambung lagi beri tugasan kepada murid-murid.
🌸Murid-murid perlu menjawab soalan kuiz ini mengikut tahun masing-masing.
🌸Mengandungi Soalan Kuiz berkaitan Bidang/ Fokus B&K :
📌PEMBANGUNAN DIRI MURID
📌 PSIKOSOSIAL & KESEJAHTERAAN MENTAL MURID
📌PENDIDIKAN KERJAYA
📌 AKADEMIK
Hanya perlu klik dan submit serta view markah. Sila tekan link di bawah ;
https://forms.gle/oTfLhumnTdy44kva7 - Tahun 1
https://forms.gle/a4JpviJMWYhSDja86 - Tahun 2
https://forms.gle/MLk725krhQjSK8kx6 - Tahun 3
https://forms.gle/rUA9RkeLgGTzSpFh8 - Tahun 4
https://forms.gle/c9z8HJk42tB3qzeo9 -Tahun 5
https://forms.gle/sqSHoB21DK8hJRed6 -Tahun 6
Kerjasama daripada semua diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih
#stayAthome
#kitamestimenang
Unit Bimbingan & Kaunseling
SK Seri Iskandar, Perak.



































