PENGURUSAN EMOSI BERKESAN https://forms.gle/VW2yDxiC6jRvvYvW7

 LINK : SARINGAN KESEJAHTERAAN DIRI


PENGURUSAN EMOSI BEKERSAN

FAHAMI EMOSI DIRI

APABILA seseorang itu selalu mengalami perasaan resah, bimbang, takut dalam jangka masa yang lama sehingga ia menjejaskan fungsi kehidupan atau aktiviti seharian seseorang itu maka keresahan yang sebegini boleh menjadi satu gangguan psikologi


Memahami kepentingan minda yang sihat. • Mengetahui cara terbaik menangani isu yang melibatkan emosi • Mengetahui bagaimana mendapatkan bantuan dan rawatan berkaitan


Kesihatan Mental merujuk kepada keupayaan individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi di antara satu sama lain bagi menjana perasaan sejahtera dan fungsi yang optima dan penggunaan kebolehan kognitif / intelek, afektif / emosi dan perhubungan dalam mencapai matlamat individu dan kumpulan yang konsisten dengan keadilan. (Polisi Kesihatan Mental Malaysia)


Individu yang sihat mental berupaya mengekalkan perhubungan yang harmoni dengan orang lain, mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan dan boleh menyumbang di dalam masyarakat (Definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia – WHO)


Kesihatan mental yang positif jika anda: • Selesa dengan diri sendiri • Selesa dengan orang lain • Selesa dengan persekitaran • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan Individu yang sihat mental dapat mengekalkan fungsi biologi, psikologi, sosial dan kerohanian yang baik

D

Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau ber tahuntahun.

A

Kebimbangan/Keresahan (anxiety neurosis, anxiety disorder) ialah keadaan ketakutan dan kebimbangan yang kronik, tanpa ada sebab atau rangsangan yang khusus.

S

 Tekanan/stress adalah tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental terhadap sebarang perubahan. Tekanan perasaan didefinisikan sebagai ‘suatu reaksi ’ yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages