Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Murid 2022

 

LAPORAN

Program Pembangunan Sahsiah Diri Dan Disiplin Murid

Tarikh                         :           20 – 21 Julai 2022

Masa                            :           07:00am – 09:30am

Tempat                        :           Perkarangan Sekolah

 

1.0      PENGENALAN

Program ini merupakan kesinambungan selepas program ”KESEDARAN MENGENAI BULI PERINGKAT SEKOLAH” pada 26  Januari 2022 yang lalu. Selain meningkatkan prestasi murid di dalam bidang akademik, pihak sekolah juga bertanggungjawab untuk melahirkan murid-murid yang cemerlang dari segi disiplin dan sahsiah diri. Falsafah Pendidikan Negara juga ada menyatakan bahawa Pendidikan diMalaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensiindividu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Program ini bertujuan menambah baik Sistem Pengendalian dan Penguatkuasaan Disiplin di sekolah ini dengan berpandukan Pekeliling yang telah dikeluarkan di samping memastikan penglibatan menyeluruh dari semua warga sekolah. Diharapkan program ini dapat dijalankan dengan jayanya.

2.0   RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan sifar salah laku di sekolah, di samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid – murid ini dapat dipupuk dengan sikap dan contoh yang baik.

3.0   MATLAMAT

Melahirkan murid –murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati diri  yang tinggi bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga dapat mengetahui betapa pentingnya disiplin diri untuk masa depan masing – masing.

 

4.0   OBJEKTIF

1.      Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain.

2.      Memberi peluang kepada murid – murid yang mempunyai masalah disiplin di sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.

3.      Membimbing peserta meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah.

4.  Menyedarkan murid tentang kepentingan disiplin dalam kehidupan sebagai seorang murid.

5. Memberi maklumat yang jelas tentang peraturan disiplin di sekolah.

6. Membimbing murid yang bermasalah untuk berubah menjadi lebih baik.

7. Memastikan murid agar menghormati peraturan sekolah.

5.0     BUTIRAN PROGRAM

TARIKH                         :           20 Julai 2022     

TEMPOH                        :           2 Hari / Sepanjang Tahun

TEMPAT                        :           Perkarangan Sekolah        

6.0        KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 Hingga 6

 

6.1          Tetamu Jemputan PDRM (IPD Samarahan) :

1. Sarjan Ruziman, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) IPD samarahan

2. Sub Inspector Eona Leo, dari bahagian MPV/Kepolisan Komuniti,

BPJKKD IPD Samarahan.

 

6.2          Anugerah peningkatan prestasi sahsiah dan amalan baik (SSDM)

Mac         :           Muhammad Irfan Bin Muhammad Famizwan (2B)

April       :           Emily LiewXin Yan (1K)

Mei         :           Alyssa Lai Yu Xuan (1K)

Jun          :           Ignatius Yee Xuan Yang(1K

Julai        :           Aiden John Anak Jengkin (6m)

 

 

 

7.0             PENGISIAN PROGRAM

Tentatif Program

TARIKH

MASA

AGENDA

SASARAN

20.7.2022

Rabu

07.30 - 9.30 pagi

·        Nyanyian lagu negaraku

·        Ucapan Guru Besar

·        Pelancaran Program oleh PDRM – Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS).

·        Persembahan Murid

·        Slot bersama PDRM (pameran / taklimat)

·        Penyampaian Cenderahati kepada 2 orang pegawai.

Semua Murid

21.7.2022

Khamis

07.10 – 07.40 pagi

  • Taklimat SSDM daripada Guru Disiplin

·        Taklimat Disiplin daripada PK HEM

Semua murid

 

 

8.0      PERBELANJAAN MENGURUS KEWANGAN

                        Sumber Kewangan : PCG Bimbingan dan Kaunseling

Bil

Jenis Perbelanjaan

Rm / Perunit

Kuantiti

Jumlah

1.

Plak Kayu untuk anugerah 10 orang murid yang mempunyai SSDM yang baik (setiap bulan)

15.00

10

Rm 150.00

2

Plak Kayu ”Dengan ingatan tulus ikhlas” untuk Pegawai Perhubungan Sekolah yang datang.

55.00

2

Rm 110.00

Jumlah Keseluruhan

 

 

RM 260.00

Sumber Kewangan : Lembaga Pengurusan Sekolah

Bil

Jenis Perbelanjaan

Rm / Perunit

Kuantiti

Jumlah

1.

Jamuan untuk 2 orang pegawai dan minuman

15.00

30

Rm 30.00

Jumlah Keseluruhan

 

 

RM 30.00

 

 

9.0             JAWATAN KUASA

PROGRAM PEMBENTUKAN SAHSIAH DIRI

Penasihat

: Yap Shui Lee ( Guru Besar)

Pengerusi

: Ho Lee Na ( GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi

 

: Phang Siat Kian ( GPK Tadbir dan Kurikulum )

  Chua Khee Chuan ( GPK Kokurikulum SK)

Setiausaha

: Stanley Anak Vincent (Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Bendahari

: Ho Lee Na ( GPK Hal Ehwal Murid)

AJK Disiplin

: Semua Guru Kelas dan Guru Subjek bertugas sebagai kawalan disiplin di dalam kelas masing-masing.

PA Sistem

: MFA, YBB, MA

Juruacara

: JL, LCS

Persediaan Tempat

: FBS, TCL, LSS, LKM, LPJ

Hadiah

: TWW, LYFL, TSC

Jamuan

: MBI, TKN, EYZA


11.    Penutup

 

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan program kali ini agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan sekolah . Semoga dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan akan memberi kesan serta kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata mengahrgai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan negara.

 

 

  Disediakan Oleh :

  .......................................

Stanley Anak Vincent

Guru Bimbingan dan Kaunseling

 

 

Disemak Oleh         :                                                           Disahkan Oleh :

 

....................................                                                        .................................

Ho Lee Na                                                                         Yap Shui Lee

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid                                       Guru Besar

SJK Chung Hua Sungai Jernang









 

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MINDA SIHAT 2024

LAMPIRAN PELAKSANAAN MINDA SIHAT 

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages