PRS 2022/2023

1. Siapakah PRS?

PRS adalah sebagai pembimbing sebaya , kaunselor sebaya, fasilitator sebaya , pembimbing pelajar, penolong pelajar , pembimbing rakan dan pembantu rakan.


2.Apakah tugas PRS?

  • Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. 
  • Sebagai khidmat sokongan , PRS membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
  • Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapat bantuan.Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu.
  • Sebagai peninjau rasa untuk membolehkan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa menjalankan strategi intervensi  jika perlu.Sebagai Role Model kepada murid lain.
  • Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka dan tanpa syara.
  • Mendengr , menjelas dan membantu rakann melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
  • Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif
  • Mematuhi etika PRS
  • Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi
  • Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal
  • Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkannya mencari penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya
  • Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
  • Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu
3.  Apakah PRS perlu buat apabila ada rasa untuk menolong rakan-rakan ?
  • Membina perpaduan  
Ini adalah langkah awal yang bertujuan untuk membina perhubungan yang mesra , saling mempercayai dan rasa selamat . Rakan akan sedia berbincang. Sekiranya PRS ternampak seorang pelajar dalam keadaan sedih , mungkin PRS boleh menegurnya seperti contoh di bawah ini :

PRS : Saya nampak Hafiez macam susah hati saja . Boleh saya bantu ?

  • Menggalakan rakan bercakap
PRS perlu mampu menggalakan rakan bercakap dengan menggunkan soalan-soalan terbuka. Jika rakan sudah mahu bercakap , jadilah pendengar yang terbaik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam keadaan yang dialami. 

PRS : Apa agaknya yang Hafiez nak bincangkan dengan saya ?
ATAU
PRS : Mungkin ada cerita di sebalik keadaan Hafiez. Hmm

Apabila rakan sedang bercakap , PRS harus mendengar dan memberi respon yang minimum seperti menganggukkan kepala , berkata ya , hmm , untuk menggalakan rakan bercakap.

Hafiez : Macam mana saya tidak sedih Man. Ibu bapa saya selalu bergaduh . 
PRS : (Anggukkan kepala dengan rasa simpati) 

  • Menyatakan semula/Membuat rumusan
Setelah perbualan berlangsung beberapa ketika , PRS perlu bijak menyatakan semula/merumuskan semua untuk memastikan kebenaran keadaan atau menandakan kita mendengar apa yang dikatakan atau rakan kita menyedari apa yang dikatakan kepada kita .

PRS : Daripada apa yang saya dengar daripada Hafiez , saya faham bahawa Hafiez merasa bosan kerana ibu bapa selalu bergaduh sehinggakan Hafiez tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MSSS Bola Keranjang di Sibu

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages