PERTANDINGAN LAMAN MINDA SIHAT PERINGKAT KEBANGSAAN (KPM) 2021

 


Tarikh: 5 OKTOBER 2021 (JUMAAT)

GARIS PANDUAN LAMAN MINDA SIHAT

https://anyflip.com/fytie/fyky/

       Amalan kebiasaan baharu memberi perspektif baharu dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terutama dalam psikososial dan kesejahteraan mental . Oleh itu, perancangan yang sistematik, program yang berfokus dan usaha yang berterusan memastikan kesejahteraan mental murid. Elemen ini menjadi tunjang dalam keberkesanan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan. Penarafan ini dapat menyemarakkan lagi Guru Bimbingan dan Kaunseling. sekolah rendah dan menengah agar lebih  proaktif dan kreatif dalam usaha mempromosikan program psikososial dan kesejahteraan mental dengan mewujudkan laman berfokus minda sihat. Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. dalam membangunkan laman minda sihat bagi memastikan murid mendapat maklumat kesihatan mental dan mampu menguruskan emosi sekaligus menjadikan laman minda sihat sekolah terlibat sebagai penanda aras di peringkat daerah , negeri dan kebangsaan.








78 sekolah yang terpilih diseluruh Malaysia


Rm 2000 - 2500 untuk laman minda sihat

Rm 500 - 1000 untuk promosi / pertandingan

Tapisan awal di peringkat negeri untuk penarafan. 

Pencalonan 1 sekolah rendah dan 1 sekolah menengah ke pringkat kebangsaan.

Papan tanda adalah bebas mengikut kreativiti guru.

Waran yang diturunkan ada kod aktiviti khas dan harus dihabiskan. 

Lokasi harus strategik / senang diakses oleh orang ramai.

laporan program minda sihat

15 slaid mengikut kreativiti guru atau video.

Gambar Sebelum






Hari Pertama 1.12.2021
Pemasangan Jaring untuk menggelakan Burung Bersarang
Bersama Pengulu Chai (Pengerusi Pembinaan Bangunan) / Ahli Lembaga Sekolah
Hari Kedua : 2.12.2021
Pemasangan Rumput Tiruan & Banner

Hari ke Isnin (6.12.2021) & Selasa (7.12.2021)
Bukan senang nak cari barang, kena bandingkan kualiti & harga. Jadi memang rajin-rajin survey

Terima Kasih kepada Sahabat Cikgu Famizwan & Cikgu Chua
Terima kasih kepada para pentadbir yang sentiasa menyokong.

Hari Rabu (8.12.2021) 
Sudah mula kelihatan lebih cantik. Terima Kasih kepada semua sahabat yang sudi membantu meskipun sibuk menyemak kertas Pentaksiran Summatatif. Minggu terakhir memang banyak kerja.
Murid-murid dari pra sekolah terpesona dengan Laman Minda Sihat. Singgah untuk berehat.
Sign Board telah dipasang

10.12.2021 (Jumaat) Kunjung bantu JPN & PPD
Laman dibuka untuk semua warga

Sesiapa pun boleh melawat. Sangat berharap sekolah akan dibuka supaya murid dapat singgah di sini dan penyampaian hadiah seperti anti stress ball, block, puzzle, tangram, pop it dan sebagainya.

1.0 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN
1.1 Carta Organisasi dan Jawatankuasa Program Minda Sihat Sekolah


                        1.3 Perancangan dan Takwim Program Minda Sihat



                        1.4 Pengurusan Fail Program Minda Sihat: (Sesetengah data adalah rahsia / dilindungi)
                                    Kertas Kerja Program dan Pembangunan Laman Minda Sihat (Dec 2021) 
                                    Laporan Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu (Mac 2021) 
                        1.4.1   Induk (Surat-menyurat / Kertas Minit)
                                    
                        1.4.2   Fail pengurusan Program Minda Sihat
                                   Program / Saringan minda Sihat 1 & 2 tahun 2021
            
                        1.4.3  Pekeliling-pekeliling Ikhtisas / Arahan berkaitan Minda Sihat
                                    garis-panduan-pengurusan-pembukaan-semula-sekolah
                        1.5 Kerjasama berterusan Klinik/ Pejabat Kesihatan/ Hospital



      2.0          PENGURUSAN LAMAN MINDA SIHAT

2.1 Bersih, kemas, ceria dan susun atur bahan menarik - Hiasan mematuhi SOP Norma Baharu

2.1.1   Tema

MINDA

2.1.2   Promosi Minda Sihat (Poster/ Template/ Infografik)

Minda &Gaya Hidup Sihat


2.1.3   Menunjukkan data analisis Saringan Minda Sihat (Sesetengah data adalah rahsia / dilindungi)

Laporan Minda Sihat 2020 (Restrict)

Laporan Analisis Senarai Semak Keperluan Murid (April 2021)

Laporan Analisis Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu pada bulan Julai & Ogos 2021

Rumusan : Hasil analisis menunjukkan Kategori Kebergantungan Internet adalah paling tinggi dengan skor sebanyak 23 orang murid, diikuti dengan Kategori Rakan (4 orang murid), Kategori Peribadi (2 orang murid), Keluarga (orang murid) . Murid yang telah dikenalpasti akan diberikan Intervensi / dihubungi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling melalui telefon / whatapps.


Analisis Whooley pada bulan Julai & Ogos 2021

      Rumusan : Hasil analisis menunjukkan 25 orang  murid (14.37%) berisiko dan sebanyak 149 orang murid (85.63%) murid tidak berisiko. Murid yang skor 3 ke atas akan diberikan intervensi kursus melalui panggilan telefon / whatapps supaya murid dapat merasakan bahawa pihak sekolah dan guru ambil peduli dan prihatin.


 
Rumusan : Hasil analisis Pengurusan Emosi menunjukkan bahawa terdapat 3(L) & 1(P) tahun 5 yang skor 6-12. Tahun 6 pula 4 (L) & 7 (P) yang skor 6-12. Mereka perlu diberikan perhatian / Intervensi (Krisis / Khusus) dengan kadar segera.


SARINGAN MINDA SIHAT (WHOOLEY) DAN PENGURUSAN EMOSI KE 2  : Telah dibuat pada bulan November 2021

Kebiasan Murid yang dikenalpasti akan dihubungi untuk:

1. mengenal pasti status murid dalam tempoh PKP

2. meningkatkan sokongan emosi kepada murid

3. membantu menyalurkan bantuan untuk kebajikan murid

4. dapat memupuk sikap prihatin dan budaya sayang menyayangi antara murid dan guru,


Pengisian

Soal selidik / Panggilan telefon/ whatsapp/telegram/sms / 

i.  Bertanya khabar murid 

ii. Bertanya keperluan asas murid (makan minum/ kesihatan/ keperluan belajar/ dll)

iii. Bantuan sokongan emosi dan psikopendidikan

Kenangan / laporan mula-mula 2020


2.1.4   Intervensi (contoh: terapi aroma, air terjun, kolam, terapi bunyi)

2.1.5   Keunikan / keistimewaan

2.2 Mudah diakses oleh semua warga sekolah (lokasi strategik)

2.3 Kepelbagaian bahan / sumber dan kreativiti inovasi

2.4 Jadual Lawatan/Rekod Penggunaan (buku log pelawat/kehadiran)


3.0          IMPAK

3.1 Maklumbalas pelanggan/ Tinjauan Kepuasan Pelanggan

        GF Maklum Balas Kepuasan Pelanggan

3.2 Pengiktirafan/ Penglibatan.







3.3 Penglibatan Murid dan Komuniti Setempat







Kenangan Video yang sempat dirakam sebelum sekolah tutup , untuk pelajar yang sakit tidak hadir ke sekolah 

semoga cepat sembuh

selamat hari jadi

4.0          INOVASI DAN KREATIVITI

4.1 Kajian Tindakan

Kajian Tindakan Pembangunan Laman Minda Sihat 2021

PEMBANGUNAN LAMAN MINDA SIHAT DAPAT MENINGKATKAN PEMBENTUKAN KESEJAHTERAAN MENTAL YANG SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6.

SATU KAJIAN TINDAKAN DI SJK CHUNG HUA SUNGAI JERNANG, SAMARAHAN.

 

Oleh:

Stanley Anak Vincent

Sekolah Kebangsaan Jenis Kebangsaan Chung Hua Sungai Jernang,

Samarahan.

g-99302761@moe-dl.edu.my

Abhstrak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan Kesejahteraan Mental dalam kalangan murid Tahun 6 melalui Pengunaan Laman Minda Sihat. Pembangunan Laman Minda Sihat di sekolah sebagai model terbaik dalam pembentukan kesejahteraan mental yang sihat dalam kebiasaan baharu dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam kebiasaan baharu di sekolah dan membangunkan potensi murid melalui fokus kepada psikososial dan kesejahteraan mental. Seramai 87 orang murid Tahun 6 serta seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian dan soal selidik / saringan minda sihat iaitu “Senarai Semak Keperluan Murid Dalam Kebiasaan Baharu”. Antara lima item yang diuji dari faktor Peribadi, Keluarga, Kawan Guru & Sekolah dan Kebergantungan Kepada Internet. Hasil dapatan menunjukkan penemuan bahawa skor yang paling ramai dan tinggi iaitu 28 orang murid skor sederhana dan 13 orang murid skor tinggi adalah “Kebergantungan Kepada Internet”. Faktor Pandemik Covid-19 menyebabkan gaya perubahan hidup dikalangan murid-murid. Suatu perancangan tindakan dibuat bagi meningkatkan kemampuan murid mengendalikan emosi dan gaya hidup sihat dengan baik. Pelbagai aktiviti seperti sesi bimbingan individu atau kelompok diberikan kepada murid di Laman Minda Sihat. Maklumat daripada pemerhatian dan temu bual menunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid dalam pengendalian emosi dan tingkahlaku mereka. Setelah kajian tindakan dilaksanakan, keputusan soal selidik pasca menunjukkan pengurangan kebergantungan kepada internet. Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan amalan “Self-Care” dalam mengurangkan kebergantungan kepada internet melalui setting fizikal yang berkesan di sekolah.

4.2 Amalan Terbaik dalam Kebiasaan Baharu

4.3 Jaringan Pintar bersama Agensi Luar

       1. Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) / Balai Polis Samarahan iaitu Sarjan Ruziman

       2. Pegawai Perpaduan Bahagian / Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasiolan               iaitu Encik  Abdul Rasid

      3. Kapitan Kampung Jernang Baru Iaitu Encik Thian Nai Poh 



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Mengenai Saya

Foto saya
"I have not failed. I have just found 10,000 things that do not work." — Thomas Edison (1847-1931)

MSSS Bola Keranjang di Sibu

Jumlah Pengunjung

Face Book Pages