Tema : Minda Sihat , Emosi Terjaga,
Kehidupan Sejahtera
1.0 PENGENALAN
1.0 PENGENALAN PROMOSI MINDA SIHAT
1.1 Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu merupakan projek yang yang
dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik
Covid19 atau krisis yang sedang berlaku.
1.2 Program ini menggunakan tema ‘MINDA SIHAT: EMOSI TERJAGA, KEHIDUPAN SEJAHTERA’
bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesejahteraan
diri dan kesihatan mental dalam kehidupan seharian.
1.3 Program ini menggunakan empat pendekatan utama iaitu pencegahan, perkembangan,
pemulihan dan krisis.
1.3.1 Pencegahan:
Mengenal pasti isu murid berdasarkan analisis senarai semak keperluan murid dalam
kebiasaan baharu
Mempromosikan kepentingan menjaga kesejahteraan, kesihatan dan mencegah
penyakit mental
Membimbing murid menguruskan emosi bagi meningkatkan gaya daya tindak
1.3.2 Perkembangan:
Meningkatkan keupayaan murid berfikir secara sihat, rasional dan kreatif melalui
aktiviti seperti bimbingan kelompok, bimbingan individu, mentor mentee dan
Pembimbing Rakan Sebaya
Meningkatkan kawalan diri, konsep kendiri positif dan daya tahan
Meningkatkan kemahiran mengawal emosi melalui sesi bimbingan berterusan.
1.3.3 Pemulihan:
Melaksanakan intervensi minda sihat kepada murid yang dikenal pasti
Melaksanakan sesi kaunseling atau sesi bimbingan secara berterusan dan berfokus
kepada penyelesaian isu menggunakan pendekatan kaunseling seperti Solution Focus
Brief Therapy, Cognitive Behaviour Therapy, Choice Theory Reality Therapy dan
sebagainya.
1.3.4 Krisis:
Mengenal pasti murid yang mengalami tanda kemurungan dan tanda awal
kecelaruan/gangguan mental contoh skizofrenia, kecelaruan bipolar, cubaan dan
perancangan psikososial negatif
Melapor kes krisis kepada Pengetua atau Guru Besar
Mengadakan konsultasi dengan ibu bapa untuk merujuk murid kepada pegawai
kesihatan di klinik dan hospital berdekatan
2.0 OBJEKTIF
Melalui Program Minda Sihat ini dihaarapkan dapat:
Meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan penjagaan kesejahteraan diri dan
kesihatan mental
Mengenal pasti gejala awal yang memberi kesan kepada minda akibat pandemik atau
yang berlaku
Melaksanakan intervensi bagi meningkatkan kemampuan murid mengendalikan emosi
dengan baik
Meningkatkan kemahiran daya tindak murid dalam mengendalikan masalah emosi; dan
tingkah laku
Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi dan mental kepada pihak yang
bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
3.0 SASARAN
Murid Tahun 5 & 6 SJK Chung Hua Sungai Jernang
4.0 PERLAKSANAAN
Program ini dilaksanakan memalui strategi promosi minda sihat untuk murid sekolah rendah
melalui google meet ataupun zoom. Promosi minda sihat ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan mental.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
4.1 Saringan Minda Sihat Secara Online di laman Sesawang SePKM Minda Sihat
4.2 Program 5 Minit Pemugaran Minda Sihat
4.3 Teknik Relaksasi
4.4 Ekspresi Emosi
4.5 Lagu dan Video pendek Minda Sihat
SENARAI
SEMAK KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU
新常态下学生需求列表
Nama
姓名 :
___________________________________________
Tarikh 日期 : _______________________
Darjah班级 : _________________ Jantina 性别 :
Arahan 指示 :
Sila
jawab soalan berikut yang jelas menggambarkan tentang diri anda dalam tempoh tiga (3) bulan yang lalu.
请回答以下的问题以清楚地描述你自己在二个月前的情况。
BIL
|
SOALAN
|
YA 是
|
TIDAK 否
|
1.
|
Saya
bersemangat untuk belajar.我有学习的士气。
|
|
|
2.
|
Ahli
keluarga saya selalu bergaduh.我的家人常常吵架。
|
|
|
3.
|
Saya
mempunyai kawan baik.我有好朋友。
|
|
|
4.
|
Hubungan
saya dengan guru tidak baik.我和老师的关系不好。
|
|
|
5.
|
Saya
selalu rasa tertekan.我常感到压迫。
|
|
|
6.
|
Ibu/bapa/penjaga
selalu memukul saya.母/父/监护人常常打我。
|
|
|
7.
|
Saya
tidak ada sesiapa untuk berkongsi masalah.没有人与我分担问题。
|
|
|
8.
|
Guru
sentiasa membantu saya.老师常帮助我。
|
|
|
9.
|
Saya
rasa hendak berhenti sekolah.我想要停学。
|
|
|
10.
|
Saya
telah kehilangan orang yang disayangi.我失去了疼爱我的人。
|
|
|
11.
|
Saya
selalu dibuli oleh kawan di media sosial.我常在社交媒体上被朋友霸凌。
|
|
|
12.
|
Guru
selalu memarahi saya.老师常常骂我。
|
|
|
13.
|
Saya
tidak akan melakukan apa-apa yang mencederakan diri walaupun kusut dengan masalah.我不会伤害自己即使遇到棘手的难题。
|
|
|
14.
|
Ibu/bapa/penjaga
saya hilang punca pendapatan.母/父/监护人失去收入来源。
|
|
|
15.
|
Saya
selalu bergaul dan terikut-ikut tingkah laku kawan saya.我常跟朋友在一起并模仿他们的行为。
|
|
|
16.
|
Saya
suka berada di sekolah.我喜欢在学校。
|
|
|
17.
|
Saya
rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan.我觉得没希望考试及格。
|
|
|
18.
|
Ibu/bapa/penjaga
meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap saya.母/父/监护人对我期望过高。
|
|
|
19.
|
Saya
banyak menghabiskan masa saya dengan media sosial.我花太多的时间在社交媒体上。
|
|
|
20.
|
Saya
risau tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.我担心无法完成老师给的课业。
|
|
|
Apakah masalah lain yang tidak dinyatakan
diatas?
__________________________________________________________________________
Apakah yang sangat membimbangkan
anda?
_________________________________________________________________________
Analisis bob dan sepkm
Senarai
keperluan murid bertujuan untuk mengenal pasti isu yang dihadapi oleh murid
setelah kembali ke sekolah berikutan pandemic yang menyebabkan penangguhan sesi
persekolahan.
Saya
memilih kategori yang tertinggi mengikut isu untuk intervensi
BIL
|
KATEGORI
|
SOALAN
|
SOALAN
|
1
|
Peribadi
|
Soalan no 5
|
Saya selalu rasa tertekan.
|
2
|
Keluarga
|
Soalan
no 18
|
Ibu/Bapa/Penjaga
meletakkan harapan yang tinggi terhadap saya
|
3
|
Rakan
dan media sosial
|
Soalan
no 19
|
Saya
tak ada sesiapa untuk berkongsi masalah
|
4
|
Guru
dan sekolah
|
Soalan
no 20
|
Saya
risau tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
|
Seterusnya
untuk kaunseling berfokus untuk pencegahan/perkembangan, kita boleh fokus
kepada mana-mana item.
Maklumat
dan data ini digunakan utk merancang program dan intervensi yg
bersesuaian dan berfokus kepada keperluan murid di sekolah.
PELAN INTERVENSI
Isu Item
|
NO
5 : Selalu rasa tertekan
|
Sasaran
|
Murid-murid yang berkaitan
|
Intervensi
|
Membuat panggilan telefon untuk sesi bimbingan individu untuk mengenal pasti tahap stress, kebimbangan dan kemurungan. Kebiasaan, saya akan menggunakan soalan yang sama untuk memastikan kerana khuatir berlaku "ralat" semasa pengisian saringan tersebut.
Mengenal pasti punca-punca murid
bermasalah kesihatan mental.
|
|
|
Isu Item
|
No
18 : Ibu/Bapa/Penjaga meletakkan harapan yang tinggi terhadap saya
|
Sasaran
|
Murid-murid yang berkaitan
|
Intervensi
|
Mengenal pasti punca hasil sesi
kaunseling kelompok:
1)
Ibu atau
bapa meletakkan harapan yang tinggi terhadap murid.
|
Menyenaraikan nama murid untuk
mengenal pasti murid yang dapat mencapai targert yang dikehendaki oleh ibu
bapa / penjaga.
Mengkategorikan murid kepada murid
yang sangat perlukan bantuan iaitu sokongan,
motivasi dan bimbingan dalam kerjaya di alam persekolahan diberi melalui Program Motivasi, Program
Penetapan Target Subjek Teras Akhir Tahun dan Program Mentor Mentee kepada murid.
|
|
Program dibuat untuk kebaikan
murid-murid supaya lebih bermatlamat, bermotivasi dan mempunyai mentor mentee
di sekolah.
|
Isu Item
|
Murid
memerlukan bantuan
|
Sasaran
|
Murid-murid yang berkaitan
|
Intervensi
|
Mengenal pasti murid -murid yang
memerlukan bantuan terutamanya risau tidak dapat menyiapkan tugasan yang
diberikan oleh guru.
|
|
Sasaran kepada murid yang terlibat.
·
Masalah akademik
·
Risau dengan kerja rumah
Kebanyakan berpunca apabila murid /
keluarga serba kekurangan terumanya tiada telefon pintar / komputer / printer
/ data internet.
Kebanyakan ibu bapa / penjaga dan
murid belum menguasai kemahir dalam menggunakan Google Classroom dan Google Meet.
Ibu bapa / penjaga letih bekerja dan
tidak larat membantu membimbing anak-anak dalam membuat kerja rumah. Terdapat adik beradik didalam sekolah, maka bebanan ibu bapa turut bertambah untuk memantau anak-anak mereka.
Persekitaran di rumah yang tidak
sesuai untuk pembelajaran menyebabkan murid tidak dapat focus untuk belajar
di rumah.
|
|
Menjalankan sesi bimbingan kerjaya dan bimbingan akademik secara google meet.
Slot Motivasi murid dan tips-tips untuk belajar boleh dibuat melalui sebaran Infografik di group whatapps.
|
Isu Kategori
|
Rakan
Dan Media Sosial
|
Sasaran
|
Semua tahun 6
|
Intervensi
|
Murid murid di kelas sasaran
adalah majoriti murid yang memerlukan intervensi dari cara menggunakan media
sosial dengan betul dan bermanfaat. Oleh itu semua murid tahun 6 yang akan
mengikuti program:
Merancang slot Minggu Kesedaran
Gunalah Media Sosial Dengan Bijak
Promosi kesedaran "Buli Cyber" di kalangan murid-murid.
|
SARINGAN KE 2
Saringan minda sihat 1 ada 3 item. Bagi saringan minda sihat ke-2 . Hanya 2 item yang digunakan iaitu "Whooley" dan "Pengurusan Emosi" sahaja yang disaring.
Di sekolah saya, terdapat 37 pelajar yang terdiri dari tahun 5&6. Mereka antara yang terpilih dan terlibat dalam saringan minda sihat ke 2.
Ini pautan bagi pelaksanaan Saringan Minda Sihat 2 : 👇🏻
https://sepkm.com/msihat2
***PERHATIAN MURID
TAHUN 5 & 6
Senarai nama murid diatas WAJIB untuk menghadiri Saringan Minda Sihat 2 : Intervensi khusus dan krisis:
Tarikh : 16/11/2021 (Selasa)
Masa : 2.00 pm
Link GM : To join the video meeting, click this link: https://meet.google.com/ufy-ardp-qdo
Sekiranya tidak dapat hadir, sila maklum kepada Cikgu Stanley
0146847753
‼️ Tempoh pelaksanaan Saringan Minda Sihat 2 :
15 - 26 November 2021
Kempen Cara Hidup Sihat yang bertemakan ‘Sihat Sepanjang Hayat’ telah mula dilaksanakan pada tahun 2003, bertujuan memupuk kesejahteraan diri dan membina kesihatan mental oleh setiap individu bagi menangani ketidakseimbangan emosi dan tingkahlaku dengan baik dan berkesan.
Promosi Minda Sihat bertujuan meningkatkan kesedaran akan kepentingan menjaga kesejahteraan diri dan kesihatan mental. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
1) Sebaran Infografik Minda Sihat melalui pelbagai medium secara dalam talian atau luar talian
2) Siaran info audio, video, multimedia Info Minda Sihat
3) Teknik Relaksasi (Pernafasan, Panduan Penjagaan Diri)
4) Mindfulness
5) Kuiz Pengetahuan, Kemahiran dan Afektif Minda Sihat
6) Kotak / Jurnal / Ruangan / Medium Ekspresi Emosi (luahan emosi)
7) Pertandingan: contohnya poster, doodle, animasi, komik, infografik, lagu dan video pendek satu minit Minda Sihat.