TARIKH:
18.6.2021 (Jumaat)
SASARAN
Semua murid Tahun 6
OBJEKTIF
· Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja.
· Dapat membuat persediaan diri dengan lebih awal untuk menempuhi alam remaja dengan penuh yakin.
· Dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri dengan sebaik mungkin.
· Tahu menjaga keselamatan diri dan menjaga adab sopan.
· Tahu menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri dengan sempurna.
RASIONAL / JUSTIFIKASI PROGRAM
Ceramah Awal Remaja dapat melahirkan remaja yang memahami
keperluan sebenar kehidupan seta kepentingan untuk menjaga
dan memelihara jati diri serta mampu bersaing dengan
persekitaran yang semakin mencabar dan merosakkan.
PERLAKSANAAN PROGRAM
Program ini bertujuan melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani (IREJ) dan juga bagi melahirkan murid-murid yang sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri dan tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.
REFLEKSI / IMPAK KESELURUHAN PROGRAM
Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan baik serta semua murid dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa taklimat diberikan. Berdasarkan pemerhatian , murid-murid dan guru menunjukkan minat yang tinggi kerana program ini merupakan satu pendedahan ilmu yang berharga bagi murid-murid. Sesungguhnya program seperti ini mesti diteruskan bagi melahirkan generasi yang sentiasa bersedia menghadapi alam remaja seterusnya alam dewasa apabila mereka berganjak ke alam yang lebih mencabar dan penuh dengan persaingan.
PENUTUP
Ceramah seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun bagi memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua murid sasaran bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dalam menempuh dunia sebenar. Komitmen dan kerjasama yang padu antara guru-guru adalah pemangkin ke arah memantapkan jati diri anak –anak didik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan